Pages

Rabu, 28 Mei 2008

Islam Hadhari..petikan Paper

Kelantan sudah lama tolak konsep Islam Hadhari
Lanjusoh
Wed | May 28, 08 | 1:07:47 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Mei (Hrkh) Ketika Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) memperlekehkan kerajaan Selangor menolak konsep Islam Hadhari, sebaliknya Kelantan telah lama menolak prinsip ciptaan pemimpin Umno itu.
Sejak awal lagi kerajaan PAS di negeri ini menolak konsep tersebut kerana Islam yang ada sudah lengkap dan tidak perlu kepada nama baru bagi Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, Kelantan sejak awal lagi tidak menerima konsep Islam Hadhari kerana agama Islam yang ada telah lengkap lagi sempurna.
Penambahan nama baru bagi Islam biar bagi apa tujuan pun secara jelas menggambarkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw seperti tidak lengkap dan ia juga boleh menggelirukan orang ramai.
Jadi kerajaan Kelantan menolak konsep itu sejak ia mula diperkenalkan. Lagi pun ia tidak lebih sebagai satu agenda politik pemimpin Umno bagi mengekang kebangkitan PAS, katanya di sini.
Kelmarin kerajaan Selangor menolak secara terbuka konsep tersebut dan menegahkan masjid dan surau di negeri terbabit menyentuh mengenai Islam Hadhari termasuk dalam khutbah.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali memberitahu negeri itu mahu kepada ajaran Islam sebenar dan bukannya Islam Hadhari.
Ekoran kenyataan itu Ketua Pengaran Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dilapor menyifatkan tindakan kerajaan Selangor sebagai sesuatu yang merugikan penduduk negeri terbabit.
Manakala Yang Dipertua Yadim, Datuk Mohd Nakhie Ahmad pula menganggapkan sebagai perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara dan orang Melayu.
Berdasarkan kepada kenyataan kedua-dua tokoh tersebut ramai menyifatkan tindakan mereka sebagai terdesak bagi mempertahankan jawatan masing-masing dan bukannya mahu mendaulatkan Islam.
Mereka bermati-matian cuba mempertahankan Islam Hadhari kerana tahu Perdana Menterilah yang melantik mereka ke jawatan yang bergaji besar sekarang dan bukannya ikhlas mempertahankan Islam, kata seorang guru agama.
Dr Fadzli yang juga Adun Temangan berkata, konsep Islam Hadhari sudah diketahui umum gagal biar pun kerajaan persekutuan terpaksa membelanjakan banyak wang bagi membawa satu aliran baru kepada orang Melayu.
Katanya, bukti yang jelas dapat dilihat apabila ramai orang Islam dan bukan Melayu menolak Umno pada pilihan raya umum lalu, yang mana sekaligus menggambarkan mereka menolak konsep ciptaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mufti Perlis secara terang-terangan menjelaskan konsep Islam Hadhari cukup menggelirukan dan mengapa pula pegawai kanan Jakim dan Yadim cuba menegak benang basah.

Sepatutnya mereka mengeluarkan kenyataan berpangkal kepada hati nurani yang ikhlas dan bukannya kelihatan ada perkara lain yang mahu dipertahankan, ujarnya.
Oleh itu beliau berkata, kerajaan Kelantan menyokong penuh langkah dibuat kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang secara jelas menolak konsep Islam Hadhari. - mj

Islam Itu Cantik Dan Mudah

Isnin, 26 Mei 2008

Debat Islam Dengan Kristian..

LELAKI MEMAKAI GELANG???

Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim. Syarat-syarat tersebut:

1) pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah
2) pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

3) gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

4) jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Jumaat, 23 Mei 2008

Sama-sama Kita Renungi......

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengarkan jawapan ini:

"Terima kasih kerana Anda telah menghubungi Baitullah".


Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'.


Atau....

Bagaimana jika Anda menerima jawapan daripada Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Harap maaf, saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah

sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab sebentar lagi mengikut giliran."


Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat

respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat, sila:-


Tekan 1. Dengan malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah sambil Anda menunggu,

Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, sila tunggu sampai Anda tiba di sini!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini:

"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah menelefon sekali pada hari ini. Sila cuba lagi esok."


atau...

"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah Subhanahu Wata'ala mengasihi kita hambaNya, kita dapat menelefon-Nya setiap saat, setiap waktu!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila masa sahaja dan Dia sentiasa mendengarkan anda. Kerana bila memanggil Allah, anda tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.


Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya'

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh

8 : solat Dhuha

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya'

8 : Solat Tahajjud atau lainnya

3 : Solat Witir

Maklumat terperinci untuk membuat panggilan ada terdapat di dalam Buku berjudul
"Al-Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus, tanpa perlu melalui Operator atau Perantara, dan yang lebih penting, tiada dikenakan apa-apa bayaran...

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian 'hunting' yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut"

7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok/akan datang.

5. Mengucap "La Haula Wala Quwwata Illa Billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La Ilaha IllAllah Muhammadur Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Dari tafsir Hanafi, "Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat...
Mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu... Mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa..."
Dipetik daripada email seorang sahabat

Rabu, 21 Mei 2008

Mengimbau Kenangan....

Jatuhnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 merupakan satu tamparan hebat terhadap setiap individu Muslim yang cinta kepada agamaNya. Sejak dari saat itu, Islam telah diinjak-injak dan dihina serendah-rendahnya. Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar la’natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh. Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan, sehingga umat Islam yang tinggal hanyalah Muslim yang berkulitkan Islam. Pemikiran dan budaya Barat diagung-agungkan. Al-Qur’an dan as-Sunnah dilekeh-lekehkan. Pemerintahan negara-negara Islam pula diwariskan oleh penjajah kuffar kepada anak-anak didik mereka yang telah kosong roh Islamnya dan boleh diharap untuk meneruskan dasar-dasar penjajah. Hasilnya, tiada satu inci muka bumi Allah SWT pun sekarang ini yang terlaksana di dalamnya syari’at Allah SWT yang Maha Sempurna, yang tidak perlu diragukan lagi sama ada sesuai atau tidak dengan keadaan semasa.

Jumaat, 16 Mei 2008

Jadilah Pembawa Obor Kemenangan

Sahabat-sahabat kaum muslimin sekelian....


Ingatlah.....Allah s.w.t. telah menolong Rasul-Nya pada perang Badar, Perang Ahzaab, dan peperangan-peperangan yang lain yang pernah beliau lakukan. Demikian pula, Allah telah menolong para sahabat Rasulullah s.a.w. sepeninggalan beliau dalam menghadapi musuh-musuh mereka, sehinggalah Islam tersebar luas ke segenap lapisan dan pelusuk dunia.

Kaum muslimin akan selalu mendapat pertolongan Allah walaupun banyak mengalami tragedi dan musibah. Memang, kesudahan yang baik pasti akan sentiasa bersama orang-orang yang beriman iaitu mereka yang benar-benar teguh dalam memegang keimanan dan ketauhidan dalam setiap ibadahnya, doanya, dan setiap apa jua perkara di dalam perjalanan hidupnya.

Al-Qur’an mengisahkan bagaimana keadaan kaum muslimin pada saat Perang Badar. Jumlah mereka sedikit, dan kelengkapan perang mereka juga berada pada tahap minima. Namun, mereka selalu yakin kepada Allah, sehingga mereka pun berdoa kepada Allah agar memberi mereka kemenangan.

Ingatlah janji Allah:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka (fasik). (an-Nuur: 55)

Akan tetapi, kita menyaksikan pemandangan di beberapa negara Islam, bagaimana kaum muslimin tidak mampu mengalahkan musuh-musuh mereka. Mengapa perkara ini berlaku? Apakah puncanya sehingga umat Islam menjadi sedemikian lemah sekali? Apakah kerena Allah mengingkari janjinya?

Sudah tentu tidak!!! Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya...

Namun sebaliknya, kitalah yang perlu bertanya kepada diri kita sendiri, “Apakah kita telah melakukan selaras kehendak Allah bagi mendapatkan janji Allah itu?”

Sebenarnya, pada kesempatan yang ada ini kita perlu bertanya kepada para pejuang “berlabel Islam” kita... sudahkah mereka memenuhi prasyarat-prasyarat di mana agar pertolongan dan janji Allah itu turun.

Di antara prasyarat-prasyarat itu adalah:

1 – Mereka perlu mempersiapkan diri dengan bekal keimanan dan ketauhidan yang sebenar dan sahih. Dan itulah sebenarnya bekalan yang digunakan oleh para salafussoleh di zaman Rasulullah s.a.w. . Sudahkah bekalan ini, kita semua sudah persiapkan?

إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (٣)

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar: 3)

2 – Mereka harus melakukan usaha-usaha yang gigih untuk menggapai kemenangan yang mereka harapkan, sebagaimana diperintahkan oleh Allah dalam firman-Nya:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (al-Anfal: 60)

3 – Mereka perlu sentiasa berdoa dan memohon kemenangan kepada Allah semata-mata, selama perjuangan berlangsung (tidak berputus asa). Dan tidak memohon pertolongan selain dari kepada Allah s.w.t. Mereka perlu mencontohi Rasulullah s.a.w. di dalam berdoa di mana Rasulullah hanya menujukan doanya itu kepada Allah semata-mata. Allah berfirman:

أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِنْ دُونِهِ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ (٣٦)

Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? dan mereka menakutkanmu (Wahai Muhammad) Dengan Yang mereka sembah Yang lain dari Allah. dan (ingatlah) sesiapa Yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya Yang salah), maka tidak ada sesiapapun Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadaNya. (az-Zumar: 36)

4 – Mereka mesti bersatu padu, saling mengasihi dan mencintai di antara satu sama lain, serta meletakkan semangat yang kukuh di dalam dada-dada mereka. Di bawah petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (٤٦)

Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar. (al-Anfal: 46)

Sudahkah kalian, wahai mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang-pejuang Islam melakukan hal-hal asas seperti yang demikian itu?

Ketika umat Islam tidak mahu mempedulikan lagi kesahihahan aqidah mereka, mengabaikan perintah-perintah agama mereka, meninggalkan kepentingan ilmu pengetahuan (baik dalam hal agama mahupun ilmu-ilmu lain yang bermanfaat), dan meninggalkan petunjuk Rasulullah (melalui hadis-hadis yang sahih), mengabaikan petunjuk al-Qur’an, maka... mereka pun akan diabaikan oleh Allah dari mendapat pertolongan yang dijanjikan, sehinggalah mereka benar-benar komited dalam tindakan mereka. Apakah kalian masih tidur...



Bangkit lah wahai pejuang-pejuang agama Allah

Sedikit Kongsi Kenangan


BELAJAR DI DARUSSYIFA

Sedikit pengalaman yang saya hendak kongsikan di sini, bukannya niat hendak tonjolkan diri tetapi sebagai perkongsian dan tambahan maklumat kepada sahabat-sahabiah yang dikasihi sekelian. Sejak saya berada di kawasan berdekatan Bangi ini, terlintas di fikiran tentang kewujudan Darussyifa, tetapi tidak tahu dimana dan tidak tahu punca bagaimana untuk mengahlikan diri kat situ. Alhamdulillah, akhirnya terjumpa dengan izin Allah. Ini adalah sedikit maklumat untuk sahabat-sahabat yang berminat seumpama itu juga. Sebenarnya niat untuk berguru dengan Tuan Guru Dato' Harun Din ini telah berputik sejak darjah 2 lagi bilamana bermulanya meminati dan menatapi buku perubatan yang telah ditulis beliau. Buku tersebut adalah milik ayahandaku. Ku tatapi buku tersebut dan kubacanya berulang-ulang kali, ada sedikit beramal tetapi masa itu kefahamanku telah diserlahkan tentang wujudnya keberkatan ilmu dan menguasai ilmu adalah setelah diijazahkan dan diizin oleh guru terlebih dahulu. Disebab itulah, ilmu yang ku pelajari itu hanyalah sekadar ilmu didada tanpa di praktikalkan.

Tanpa sewenang-wenangnya ku terjumpa seorang senior yang sedang belajar kat sana. Di situlah ku dapatkan maklumat dan ku minta dia daftarkan ku ke kuliah perubatan Darussyifa. Darussyifa akan mengambil pelajar barunya setiap awal Januari, borang akan dibuka pada bulan November dan akan ditemuramah pada bulan Disember sebelum dipersetujui untuk dilantik pelajar Darussyifa. Alhamdulillah ku harungi temuduga tersebut dengan hati yang selesa. Persoalan banyak ditimbulkan oleh salah seorang ustaz kat sana baik dalam aspek qiraah, feqh, akidah, dan sedikit tasawwuf. Ini semuanya bergantung kepada penemuduga tersebut.

Saya ringkaskan cerita, selama mana setahun saya belajar di sana, setiap malam Isnin saya ikuti kuliah Tuan Guru dan pagi Selasa jika berkelangan, pergi ke sana tengok bagaiman Tuan Guru mengubat, akhirnya saya di ujiankan, ditasmi' dan diijazahkan sebagai salah seorang perawat. Walaubagaimanapun, Tuan Guru berpesan agar menambah pengalaman dari semasa ke semasa dalam memperkasakan ilmu yang saya dapati ini.

Kalau saya hendak kongsi pengalaman merawat orang ni, memang ada. Pernah merawat seorang yang selalu diganggu jembalang pada setiap malam hari, kaki ditarik, terlihat bayangan sehinggakan tidak boleh nak tidur dan perlu de teman sentiasa. Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Berkuasa sembuh. Pernah rasa berputus asa bilamana merawat rasukan daripada makhluk Allah bergelar Iblis. Kalau syaitan, itu biasa dan bersifat lemah. Iblis ini dia lain, bekas Ketua para malaikat, akhirnya si dia keluar tetapi diri ini merasa tersungkur dan lemah dan rasa tak nak dah nak merawat orang. Tapi alhamdulillah, besok tu telefon ustaz kat Darussyifa dan dia memeotivasikan dan memberi sedikit nasihat. Gah bertenaga kembali. Itu adalah sedikit pengalaman untuk dikongsikan. Mungkin lain kali yang selebihnya.

Itu adalah sedkit ceroten daripada saya. Saya mengharapkan agar sahabat-sahabat yang berkelapangan, belajarlah ilmu ini. Terasa terlalu rugi jika kita berkesempatan, tetapi beralasan malas, tidak berminat dan sebagainya. Begitu banyak masyarakat yang bergelumang dengan perubatan-perubatan bomoh yang jauh terpesong daripada ajaran-Nya yang sebenar. Andaikata ilmu ini kita kuasai, sekurang-kurangnya kelurga kita, jiran tetangga dan mereka yang berdekatan boleh terhindar daripada bahaya kesyirikan ini.


Salam. Moga-moga sedikit perkongsian ini mendapat manfaat kepada sahabat-sahabat.
terima kasih


Salam Perjuangan

Assalamualaikum Warahmathi Wabarakatuh...
Saudara-saudaraku seummatil muslimin..
Segala jutaan syukur ku untaikan ke hadrat Allah rubbul alamin yang telah melebarkan rahmah dan kasih sayang-Nya ke seluruh penghuni alam buana ini baik yang taat kepada-Nya, derhaka kepada-Nya atau pun berpura-pura beriman kepada-Nya, ataupun beriman dalam aspek yang kecil dalam kehidupan mereka.
Berapa banyak ummat Islam hari ini mengakui beriman kepada Allah, mengakui ketuhanan Allah,melafazkan taat setia kepada-Nya tetapi pada yang sama masih bersekongkol dengan perintah syaitan yang dimurkai, masih patuh kepada hawa nafsu yang memegarinya, masih berbelah bahagi dengan perintah-perintah-Nya baik dalam bab ibadah, muamalah, pemakaian, ekonomi, perundangan dan seluruh kehidupan manusia sejak kita bangun di awal pagi sehinggalah kita ditidurkan kembali, semuanya telah digariskan oleh Allah panduan yang sepatutnya.
Berapa banyak ummat Islam hari ini, mengakui keimanan kepada Rasullullah, menyatakan kecintaan kepada Baginda, tetapi pada masa yang sama mengingkari perintahnya, tidak menyintai sunnahnya, tidak sanggup menjiwai peribadi Rasullah sebagai panji-panji obor perjuangan. Adakah Rasulullah merima Islam untuk dirinya sahaja, tanpa mengajak kepada kepada orang lain. Bagaimana pula dengan jiwa sahabat-sahabat yang telah dibina oleh Baginda s.a.w. Tidak pernahkah kita terfikir bagaimana kedudukan diri kita ini andaikata kita berada di zaman Rasullullah s.a.w.. Adakah Rasullullah redha dengan keadaan kita yang berpeluk tubuh ini, ternanti-nanti tanpa menyahut seruan untuk berjihad dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Kita hendak mengharapkan siapa lagi untuk meneruskan kesinambungan ini andaikata bukan kita.
"Ayuhlah ummat muslimin, bangkitlah dari tidur nyenyakmu....."

Khamis, 15 Mei 2008

Sama-sama kita berkongsi

Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka. Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan:

1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.
4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Rancang jadual aktiviti j
dengan sebaiknya. Manfaatkan sepenuhnya Silent Hour & Libraryday.
5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari yang sama.
6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.

Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :
1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk
belajar.
2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir
peperiksaan.
3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

TIPS KUATKAN INGATAN:

Untuk kuatkan ingatan, amalkan seperti berikut:
1)Doa apa sahaja pun boleh asalkan maksudnya jelas. Berdoa sebaiknya di malam hari
sebelum subuh. Elok sebelum doa, bertaubat dulu.
3)Jangan tidur lepas subuh dan lepas asar.
4)Tinggalkan maksiat, ikut pesanan Guru kepada Imam Syafie, kalau hendak mudah
menghafal, hendaklah kamu tinggalkan maksiat
5)Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti membaca Al-Quran, berzikir, bermeditasi dan sebagainya.

6)Berhati-hati dengan pengambilan vitamin @ makanan tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan
sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk doctor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

7)Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran otak. Oleh itu, daya ingatan kita akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar beerjalan kaki. Ataupun masa sport hour itupun dah kira ok.

8)Elakkan kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan beramal ibadah mendekatkan diri kepada-Nya.

9)Awasi pengambilan ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormone, ubat darah tinggi, antikemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, berbincang dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

10)Belajar sesuatu yang baru
Cuba aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya bahasa Arab, menghadiri ceramah, motivasi dan sebagainya

11)Banyak membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

12)Katakan berulang kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakana dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

13)Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering focus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar focus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

14)Bermain dengan angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

15)Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Makanan:
Utk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia - Buah badam
- Susu - Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Jauhi:- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan
atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia
yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan. - Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kepada kepala seperti tinju, gusti &
sebagainya. Gegaran di kepala yangg kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis
bahan kimia yg dipanggil 'dopamin' akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah & otot-otot yg kurang bermaya.