Pages

Khamis, 18 September 2008

7 Yang Menghairankan.....

Forward Daripada email seorang sahabat :



1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.





2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.


3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Dusta Dengan Rasul....

Dalil Pertama

"Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka."

[Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).]

Dalil Kedua

"Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta."

[Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]

Jumaat, 12 September 2008

Iklan...



Tidak dapat tidak, perlunya kita melengkapi dengan ilmu, termasuk juga ilmu mempertahankan diri. Kalau boleh mempelajari ilmu ketenteraan seperti penggunaan senapang, M16, kereta perisai dan sebagainya juga adalah baik sebagai salah satu persediaan “tarbiah jihadiyyah” dalam melengkapi kekuatan dan menakutkan musuh-musuh Allah.
 


Walaubagaimanpun, andaikata tidak berkemampuan untuk mempelajari ilmu ketenteraan, tetapi sekurang-kurangnya belajar ilmu mempertahankan diri yang biasa sama ada ilmu mempertahankan diri tempatan atau luar Negara seperti silat, taekwando, judo, tomoi dan sebagainya juga dikira bersedia.
Apa pun, kat sini saya nak memperkenalkan kepada kalian semua berkaitan dengan ilmu mempertahankan diri tempatan iaitu Silat. Khususnya ialah silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia


Kelebihan:
  • Isi luar ilmu ini adalah silat dan mempertahankan diri, tetapi pada masa yang sama, mengenal Allah yang Esa
  • Menolak benda-benda yang mencarik adat yang boleh dilatih dan dipertontonkan. (yang mencarik adat; mukjizat, karamah, maunah,istidraj dan sihir)
  • Mudah dipelajari
  • Boleh tamat belajar dalam masa 7 bulan sahaja
  • Gerak silat adalah mengikut gerak manusia normal yang bersifat khalifah berbanding kita meniru geraklaku haiwan
  • Asal silat ini adalah warisan panglima Kedah; andaikata berlatih betul-betul boleh mengalahkan sebarang ilmu mempertahankan diri yang lain

  • Silat beladiri bukan silat tarian kahwin dan seumpama dengannya
Maltamat Utama :
  • Untuk mendaulat silat Melayu yang betul-betul asli

  • Untuk membasmi dan menentang segala bentuk kefahaman ilmu ghaib, tahyul dan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan agama Islam

Silat ini sebenarnya diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad, seorang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama tetapi pada masa yang sama mewarisi ilmu yang telah diguna pakai sejak sekian lama iaitu ilmu kepahlawanan Panglima Ismail, panglima kanan kerajaan Kedah (sila rujuk sejarah negeri Kedah). Ilmu ini sebenarnya hanya diajar oleh orang-orang tertentu sahaja, panglima dan bakal panglima dan kerabat diraja Kedah. Dari segi sejarah ringkas, Panglima Ismail telah menurunkan ilmu persilatan ini kepada Panglima Tok Rashid. Panglima Tok Rashid sempat mengajarkan ilmu ini kepada seseorang bernama Yahya Said sebelum menghembuskan nafas terakhir dengan beberapa wasiat iaitu beliau memohon kepada Yahya agar memulangkan balik ilmu ini kepada anak cucunya yang keturunan Kedah jika mereka berhajat mempelajarinya. Yahya Said adalah seorang polis dan menetap di Perak. Beliau dianggap sebagai pemegang amanah. Ilmu ini telah terpendam selama 40 tahun tanpa diajarkan oleh sesiapa sehinggalah Ustaz Hanafi mengambil balik daripada Yahya Said.

Guru-guru Ustaz Hanafi pernah menasihati ustaz agar membuka pondok daripada membuka gelanggang silat. Ustaz Hanafi mengatakan bahawa kalau buka pondok, memang tak de masalah Cuma orang-orang yang datang sudah semestinya berjiwa suci bersih. Jadi bagaimana pula mereka-mereka yang berkelakuan tidak baik, maka jalan silat lah salah satu cara mendekati mereka dan pada masa yang sama menarik mereka kepada jalan yang lurus disamping sebagai alternatif kepada ilmu-ilmu persilatan yang agak bercanggah dengan akidah seorang muslim.


Bersambung…..

Saksikan Kehebatan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia





Jumaat, 5 September 2008

AWAS…Jangan tertipu…



Kehadiran bulan Ramadhan memang ditunggu-tunggu oleh setiap jiwa yang merdeka; merdeka daripada 
hawa nafsu dan perhiasan dunia. Masing-masing berlumba-lumba melaksanakan amalan kebajikan baik yang bersifat khususiyyah ataupun sebaliknya. Kehadiran hadis-hadis yang bersifat fadhailul a’mal (kelebihan-kelebihan amal) juga banyak memotivasikan diri kitaa untuk terus beristiqamah dalam amal kebajikan ini. Memang berlakunya ikhtilaf tentang hadis seumpama ini, biasanya taraf hadis tersebut di bawah status hassan tetapi tidak dinafikan tentang wujudnya yang berstatus shahih dan hassan serta mutawatir. Boleh beramal dengan hadis sedemikian, Cuma tidak kuat untuk dibuat hujah. Ini sebenarnya tidak ada masalah, Cuma yang menjadi masalah apabila wujudnya hadis-hadis yang direka-reka. Sebagai contohnya, yang banyak tersebar di internet dalam masa terdekat. No komen dan kita sebagai yang orang berilmu perlu sama-sama menulusuri dan mendasari; sama ada benar atau sebaliknya. Bagus dari segi maksudnya, ada mesej yang hendak disampaikan, cuma....Dari segi kesahihan diragui.......



Ini adalah hadis yang diwarwarkan dalam masa terdekat:


Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Ni adalah hadis yang sebenarnya :

Maksud hadis:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]


PENTINGNYA ilmu…….





Memang semua orang tidak menafikan akan kepentingan ilmu. Ilmu bagaikan cahaya dan akan menerangi jiwa-jiwa yang memilikinya berbanding kejahilan yang diumpamakan sebagai kegelapan dan amat malang bagi mereka yang memilikinya. Beza antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu juga ada jauhnya.
Perkara yang melibatkan kejahilan ini memang banyak berlaku dalam kehidupan kita. Sempena Ramadhan ini, sudah semestinya semua berpuasa. Apabila waktu berbuka telah tiba dan pada masa yang sama, kuliah ilmu masih berjalan dan tiada makanan untuk berbuka, ”Macam ne ni kita nak berbuka, dah azan, makanan tak de..em...ye...kita korek hidung....”
Hah.......
Pernah suatu ketika dulu, seseorang bertanya,”Kalau puasa sunat, kita buat pada hari Isnin dan Khamis je kan, kalau hari lain, haram..betul tak?....”.
Hah.......
”Jom kita pi solat berjamaah kat surau, lama dah tak nampak ni, guano...”.”Em..tak pela...Awak dapat hidayah, saya ni tak dapat hidayah, susah nak pi surau...sila-sila,...”.
Hah........
”Saya rasa tumbukan awak tu, salah..Saya belajar daripada guru saya dulu cam ni...”.”Ok,tq...em..jap nak tanya, awak dah bengkung ke berapa sekarang ni, kuning ke?...”.”Tak, baru putih..”
Hah......putih..
(pelajaran asas akan melatih dan menyempurnakan buah yang terkehadapan...buah terkehadapan ini adalah gerak yang sebenarnya)

”Saya rasa bacaaan awak tu, silap...”.”Oh ye ke, terima kasih..em...nak tanya awak sempat berguru berapa orang ye?....”.”seorang”.”Dah tasmi’ dengan berapa guru dah?...”.”2 orang”.
Hah.....
”em..ilmu qiraat, sempat belajar kat ne ?...”.”Em, tak pernah belajar qiraat, tapi kalau qiraati tu adalah belajar.......”
Hah......
(ilmu Qiraati ini adalah ilmu asas baca al-Quran yang bebudak belajar mengeja baca al-Quran).