Pages

Jumaat, 27 Februari 2009

Saya Makan Ulat Sagu???



Saya sebenarnya tertarik dengan iklan majalah 3 untuk siaran minggu ini, iaitu berkaitan dokumentari mengenai ulat sagu dari bumi kenyalang. Termenung daku dibuatnya. Manakan tidak terimbau kenangan lampau semasa ku sendiri berada di sana. Sudah 4 tahun ku meninggalkan bumi kenyalang ini. Air liurku tiba-tiba meleleh, membasahi hujung bibirku. Rakan-rakan Ibanku tergelak beramai-ramai. Mengunyah-ngunyah bagaikan memakan gula-gula getah. “ Akram, rasalah sedikit..”,pinta seorang rakan. Tetapi ku menolak pelawaan tu. Perasaan geli-gelimang memenuhi ruang jasadku.”Biar dok pon”, bisikku dalam hati.

Beberapa hari kemudian, ku menghadiri kuliah yang disampaikan oleh ustaz murabbiku, timbalan pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Beliaulah juga yang menandatangi sijil kursus kahwinku. Tersenyumku teringatkannya. Boleh dikatakan setiap minggu, ku memancakkan diri mendengar ceramahnya di masjid utama di sana. Berbahasakan campuran melayu Sarawak dan bahasa melayu standard, kadang-kadang memeningkan sesiapa yang berasal dari semenanjung. Alhamdulillah, ku boleh memahami percakapannya. (Sekarang ni, dah pening dah, lama tak guna)

Ku memberanikan diri bertanya ustaz berkaitan isu ini. Memang biasalah ustaz ni bertanya ku masa time kuliah, maklumlah ku ade sedikit asas dekat sekolah dulu, sebagai memperingatkan balik ilmu yang ku pelajari sebelum ini. Komunikasiku dengannya tak lah terisi dengan perasaan malu dan sebagainya. Ku dah biasa. Kadang-kadang ku menyoal, kadang-kadang dia menyoal.

Ustaz cakap kalau bab-bab ulat ni, memang ku juga tahu pasal ini (teringat daku kitab Feqah Islamiyyah,karangan kalau tak silap bekas mufti Sabah dan dalam kitab Iqna’), kalau kita makan buah dan ulat ada di dalamnya, dimaafkan bilamana kita makan secara tidak sengaja. Ini adalah kerana ruksah/kepayahan yang timbul untuk mencarinya apabila kita memakan buah.. jika termakan..dimaafkan. Tetapi apabila kita nampak ulat itu mellilit atau nampak terjulur kepala dan kita tak berusaha untuk mengeluarkannya dan terus memakannya, itu adalah HARAM. Begitu juga jika kita keluarkan ulat itu, kita asingkan ke dalam bekas yang lain, dan makan selepas itu, itu lebih-lebihlah HARAM. Begitu juga jika dikaitkan dengan ulat sagu. Ini sebenarnya pandangan ashabul As-Syafieyyah, kalau pendapat mazhab lain, Wallahua’lam.

So, sama-samalah kita mengambil pengajaran bersama. Kalau dah termakan tu, kira rezekilah. Sampaikanlah kepada mereka-mereka yang tidak mengetahuinya.


Rabu, 25 Februari 2009

Di Sebalik Penciptaan Air






Hari ni saya nak bincang pasal keajaiban air.Ketika saya belajar di Darussyifa' pun ada dimasukkan sukatan pelajaran berkaitan air. Air inilah yang memberi kesan kepada pesakit dengan izin Allah. Berikut disenaraikan urutan air yang baik untuk didoakan ketika merawat pesakit iaitu:

i. Air Zamzam
ii.Air Kolah Masjid
iii.Air hujan malam Jumaat
iv. Air mineral

Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum air yang didoakan ada macam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan,ada yang tak nak buka mulut dan kena paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya. Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.


Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.
Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).

Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.

Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.
Perhatikan!

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya.


Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan di depan sebotol air










Selain itu, jika kita sekadar menampal perkataan baik seperti ucapan terima kasih, juga membentuk molekul yang cantik. Begitulah juga jika sebaliknya.

Selanjutnya ditunjukkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah (gambar atas) dan ketika ditunjukan kata "setan", kristal berbentuk buruk dengan bola api ditengah (gambar bawah).

Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya




Apabila diperdengarkan muzik heavy metal :


Apabila disebut Adolph Hitler :



You Make Me Sick, I Will Kill You




Aktiviti

Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu

diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya. Di sini saya nak ajar satu ilmu kepada pembaca blog ini berkaitan dengan air dan diharap pembaca blog ini dapat mencubanya. Ambil 
air mineral sebanyak 2 gelas dan ambilkan satu tasbih.


Untuk gelas pertama cuba bacakan kalimah Allah seperti bismillah @fatihah@yaasin dan sebagainya

a. Untuk gelas kedua cuba ucapkan kata-kata yang jahat pada air itu seperti
jahanam,celaka,sial dan sebagainya. Kemudian ambilkan tasbih letakkan diatas gelas tersebut. Insyaallah gelas yang dibisikkan kalimah Allah akan berputar tasbihnya dan gelas yang gelas yang dibisikkan kata yang jahat tidak akan berputar. Tapi dengan syarat kena"yakin".Insyaallah. Semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan. Insyaallah.

Kesimpulan Kendiri
Apabila merenungi diri kita, tahu tak diri kita sendiri terdiri daripada 70% adalah air. Bolehkah anda semua menghubungkaitkan diri kita ini dengan situasi seperti yang dibincangkan di atas? Oleh itulah mengapa baginda menekankan umatnya untuk sentiasa mendampingi ulamak, menghadiri majlis ilmu walaupun pada majlis tersebut kita tidur, mendengar Al-Quran walaupun tidak membacanya dan lain-lain lagi adalah untuk memulihkan kristal molekul air dalam diri kita supaya sentiasa membentuk dan cantik dan dikaitkan dengan kesihatan rohani dan jasmani. Sehubungan itu, marilah sama-sama kita :
  • Membasahi diri dengan zikir (dari segi fizik telah dibincangkan sebelum ini)
  • Mendampingi Al-Quran
  • Bersama Ahli Solihin
  • Melazimi majlis ilmu
  • Menjauhi lagu-lagu yang keras


Selasa, 17 Februari 2009

Keajaiban Air


Nantikan kemunculannya.......

Rabu, 4 Februari 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Pedoman buat BAKAL-BAKAL PENGANTIN

& yang TELAH BERKAHWIN

Ini adalah satu catatan benar seorang professor dari California,
Dr. Stephen Carr Leon semasa beliau berada di Israel dalam menyiapkan tesisnya di sana. Semoga kita semua mendapat pengajaran bersama.

Alkisahnya.....
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka sayapun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun. Ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari, makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan, yang saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging lain tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah menjijikkan, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg murung dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu menjijikkan dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler. Bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

p/s: semua yang yahudi amalkan tu adalah sama dengan yang Rasulullah sarankan..cuma mereka tukar mengaji Al-Quran dengan menyanyi. Yang lain seperti pemakanan, latihan, goyang kepala (solat), memanah, berenang, menunggang kuda, cara bisnes, semua Rasulullah dah ajarkan kita. Cuma umat Islam yang tak ikut, terpengaruh dengan dakyah Yahudi.

Ahad, 1 Februari 2009