Pages

Isnin, 15 Februari 2010

Zakat VS Sedekah

Islam itu mudah....

Ada sahabat yang bertanya mengenai zakat.... em...Zakat ini sebenarnya hanya dikeluarkan oleh orang kaya, bukan orang miskin...
secara asasnya :


  • orang Kaya = Duit yang ada melebihi keperluan hidup
  • orang Miskin= duit yang ada hanya mencukupi untuk menampung keperluan hidup
  • orang Fakir = Duit yang ada, tidak mampu untuk memenuhi keperluan
em... berkaitan Zakat Pendapatan... de khilaf dikalangan ulamak..ringkasnya Ulamak mutakhir menerima dengan qiasan kepada zakat tanaman tuaian...

Ada 3 cara untuk menimbangkan jumlah duit yang perlu dikeluarkan untuk zakat. pilih salah satu yang berkenan...

  1. Tolak terus 2.5% daripada gaji kita
  2. Setelah semua keperluan telah dipenuhi. bakinya di darab dengan 2.5%
  3. Kira secara anggaran kasar semua keperluan yang biasa digunakan setiap bulan,tolak terus..kemudian bakinya di darab dengan 2.5%

Keperluan
yang telah digariskan:


  1. Makanan
  2. Minuman
  3. Kediaman
  4. Pengangkutan
  5. Pendidikan
  6. kesihatan

Itu zakat. kalau sedekah, walaupun fakir, nak beri semua duit kepada pun tak de masalah. semua tu bergantung tahap keimanan dan keikhlasan seseorang. walaubagaimanapun tanggungjawab kepada keluarga, isteri, anak2 dan lain2, perlu dipertimbangkan...

Rujuk juga kepada Majlis Agama Islam/Pusat Zakat di negeri masing2..

Wassalam