Pages

Selasa, 25 Disember 2012

Mengucapkan "Merry Chrismas"

petikan daripada kawan facebook...




Bolehkah seorang Muslim mengucapkan "Merry Chrismast"?

Kita risau sangat orang kristian terasa hati bila kita tidak ucapkan 'Merry Christmas',namun kita tidak ...risau pun Nabi SAW terasa hati dengan kedangkalan kita secara langsung atau tidak langsung mengiktiraf syirik mereka yang bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Baginda SAW.

Nabi SAW bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ mengatakan bahawa sanad hadith ini jayyid/bagus)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Iqtidho’ As Sirothil Mustaqim mengatakan, “Menyerupai orang bukan Islam dalam sebahagian sambutan perayaan mereka boleh menyebabkan hati mereka berasa senang atas kebatilan yang mereka lakukan. Boleh jadi perkara memberi manfaat pada mereka kerana membuka kesempatan pada mereka untuk menghina kaum muslimin.”

Syaikh Muhammad bin Salih Uthaymeen RA, dari kumpulan risalah (tulisan) dan fatwa beliau (Majmu’ Fatawa wa Rosail Ibnu ‘Utsaimin), 3/28-29, no. 404 pula berkata,

"Memberi ucapan Selamat Natal atau mengucapkan selamat dalam hari raya mereka (dalam agama) yang lainnya pada orang bukan Islam adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan kesepakatan para ulama"

Rabu, 19 September 2012

Matematik dan Solat



Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, 

Sabda Rasulullah SAW: 
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Secara matematiknya, kita lihat berikut: 

Solat berjemaah : 
1 waktu = lebih 27 kali pahala 
1 hari = 5 waktu x 27 = lebih 135 kali pahala 
Sebulan = 30 hari x 135 = lebih 4,050 kali pahala 
Setahun = 12 bulan x 4,050 = lebih 48,600 kali pahala 
10 tahun = 10 tahun x 48,600 = lebih 486,000 kali pahala 

Solat sendirian : 
1 waktu = 1 pahala 
1 hari = 5 waktu x 1 = 5 pahala 
Sebulan = 30 hari x 5 = 150 pahala 
Setahun = 12 bulan x 150 = 1800 pahala 
10 tahun = 10 tahun x 1800 = 18,000 pahala 

Sama ada kita sedar atau tidak, bagi yang sembahyang sendirian di rumah selama 10 tahun, pahalanya hanya menyamai beberapa bulan solat berjemaah. 
Andai kata pahala 486,000 itu dalam bentuk RM486,000 (atau 486,000 liter petrol) agaknya barulah ramai manusia mengejarnya. Ramai manusia inginkan syurga tapi tidak mencari ke arahnya; sebaliknya ramai manusia yang takutkan neraka tapi tidak menghindar diri dari terjerumus kepadanya. Wallahu'alam.

share drpd sebuah blog


Khamis, 30 Ogos 2012

Salam Aidifitri dan Salam Perkahwinan



Ai kad jemputan kawen pun de juga ye sempena sambutan hari raya ni.. pepun….
Tahniah lah kepada sahabat2 yang akan melangsungkan perkahwinan sempena cuti hari raya nanti. Cuma sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman perkahwinan sebagai menjadi rujukan untuk anda.

  •   Ijab dan Qabul

Untuk ijab dan qabul ini, sebelum anda bersalam dengan tok imam/wali yang akan mengahwinkan anda, cubalah Tanya dahulu lafaz qabul yang macam mane yang dikehendaki oleh tok imam/wali yang perlu anda jawab nanti. Biasanya lafaz yang digunapakai adalah lafaz kata tempatan. Walaupun sebelum ini anda pernah menghafal kata qabul ini daripada buku2 agama, terima lisan daripada mana2 ustaz/tok guru, ataupun anda pernah mendengar ceramah daripada mana2  tok guru berkaitan lafaz ini, tok imam berkenaan tetap akan berpegang kepada lafaz yang dia telah tetapkan itu walaupun kita mempertikaikannya berdasarkan keilmuan yang kita ada. Ini semua bergantung kepada tok imam itu, kalau dia jenis terbuka dengan lafaz ini, maka senanglah urusan kita.

Isnin, 18 Jun 2012

Hati-hati Sepanjang Perjalanan



Alhamdulillah, sudah ramai antara kita ini sudah berkecimpung dalam bidang pembangunan insan ini; iaitu suatu bidang yang memerlukan semangat  juang yang tinggi dalam mengharungi ranjau berduri liku-liku perjuangan. Yang saya maksudkan di sini adalah bidang dakwah; mengajak manusia kembali pada  fitrahnya, mentaati suruhan pencipta_Nya sebagaimana yang telah dipelopori oleh para nabi dan rasul terdahulu. Memang itulah tugas mereka, dan apabila mereka sudah tiada, maka siapalah lagi yang diharapkan untuk menyambung perjuangan tersebut jika tidak diletakkan pada bahu kita semua ini. Sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah dalam Al-Quran, kita inilah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia sejagat, untuk menyuruh ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Maka sebab itulah, galaslah tugas ini dengan sebaik-baiknya. Berwaspadalah kepada musuh-musuh kita yang sentiasa berusaha untuk memesongkan setiap langkah kita ini. baik berupa serangan luaran dan juga dalaman kita sendiri. Apa yang saya ingin kongsikan di sini, beberapa isu hasil daripada pembacaan buku haraki di mana cuba membongkar masalah yang sering dihadapi gerakan Islam sepanjang zaman iaitu masalah dalaman yang mengganggu perjalanan gerakan Islam, di samping mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi berkaitan ahli dan pendukung gerakan Islam sendiri dan memberi suntikan baru kepada ahli untuk lebih komited dalam perjuangan dengan memahami tentang cabaran dan dugaan yang akan dihadapi.



Antara ancaman pertama iaitu : Al-FUTUR (terhenti dan melengah-lengah)

Pengertian 
Dari sudut bahasa :-
(1)   Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak.
(2)   Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.

Atasilah dengan :
  1. Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar ataupun yang kecil
  2. Berterusan melakukan ibadat harian
  3. Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat
  4. Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama.
  5. Meletakkan diri dalam dakapan jamaah
  6. Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya
  7. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
  8. Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan.
  9. Sentiasa mendampingi orang-orang yang soleh yang berjihad dikalangan hamba Allah.
  10. Memberi hak kepada badan
  11. Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus.
  12. Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi
  13. Sentiasa mengingati mati dan soal kubur
  14. Sentiasa mengingati syurga dan neraka
  15. Sentiasa menghadiri majlis ilmu
  16. Menerima Islam secara keseluruhan
  17. Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa

Rujukan:
Wabak sepanjang Jalan


Ahad, 20 Mei 2012

Selamat Hari Guru


3 hari yang lepas, ku bersama-sama sahabat guru meraikan hari yang berbahagia dalam hidup kami sebagai seorang guru. Memang kehidupan seorang guru ini ada cabarannya yang tersendiri. Hanya guru sahaja yang memahami hidup sebagai seorang guru.

Kadang-kadang kita ada terbaca di mana-mana berkaitan komen-komen, kritikan, tuduhan dan sebagainya terhadap guru. Cubalah teliti dahulu siapakah mereka ini, adakah seorang guru jua. Sepemerhatian saya, semua itu adalah komen daripada orang luar yang tidak terlibat dalam profesion perguruan. Bagi saya, orang-orang seumpama ini perlu diberi ruang kepadanya untuk menjadi guru walau dalam tempoh masa yang sekejap. Sebagai contohnya dalam masa sebulan ke, agar mereka ini lebih memahami kerjaya seorang guru dan pada masa yang sama jikalau mereka ini juga adalah ibu bapa, maka mereka boleh memain peranan yang terbaik semasa berada di rumah. Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan sepenuhnya peranan mendidik anak-anak mereka kepada guru-guru dan pihak sekolah. Cuba bayangkan berapa bilangankah pelajar di sekolah berbanding guru-guru. Dikalangan pelajar ini pula punyai pelbagai ragam manusia.  Ada yang suka ponteng kelas, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah, tak suka belajar, buat kacau bising dalam kelas, kerja sekolah gagal disiapkan dan lain-lain lagi, semuanya itu men’tension’kan guru di sekolah. Alangkah baiknya kalau semua pelajar macam robot, boleh dikawal tuturbicaranya, kelakuannya, semua focus untuk belajar. Tugas guru masuk kelas, mengajar dan keluar kelas. Di samping itu juga, guru pun boleh focus kepada pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya tanpa memikirkan perkara-perkara yang lain.
Bila terkenang kembali masa yang lalu, ku dulu adalah seorang pelajar dan di hadapanku adalah seorang guru. Masa terus berlalu dan kini ku telahpun bergelar sebagai seorang guru juga. Memang banyak jasa yang telah ditaburkan oleh guruku kepadaku. Ku hargai sangat-sangat. Setiap wajah guru-guruku sentiasa menari-nari dalam ingatan. Merekalah yang menjadi mentorku dalam mendidik anak bangsa ini. Segala ilmu yang kuperolehi, akan ku abadikan dan persembahkan kepada masyarakat untuk manfaat sejagat.

Terima Kasih guru…

Di sini ku ungkilkan nukilan dari Sasterawan Negara

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sabtu, 19 Mei 2012

Ibu


Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat terbaru ini menyambut hari ibu pada minggu ke-2 bulan Mei setiap tahun. Dengan keadaan iklan yang diwarwarkan di mana-mana, sama ada di media massa dan media elektronik, memeriahkan lagi suasana hari ibu. Walaubagaimanapun, kita sebagai seorang muslim, janganlah menyambut hari ibu ini untuk setahun sekali ini sahaja, tetapi hari ibu kita adalah sepanjang tahun. Itulah sepatutnya.

Ibu, betapa besar dan banyaknya jasamu kepada kami
Tanpa engkau, tidak mungkin kami ini akan dilahirkan
Enkaulah perantara ketentuan Ilahi
Dari rahimmulah, kami dibesarkan
Bermulanya kami ini setitik benih
Kemudian beransur-ansur menjadi seketul darah
Membentuk daging dan tulang temulang ini

Di Rahim inilah kami dibekalkan dengan segala nutrient makanan yang diperlukan
Semua itu datangnya daripada dikau wahai ibu
Jika dulu engkau dapat menikmati makanan seenaknya
Tetapi kini setelah kami berada dalam dirimu, semuanya berubah
Engkau menjadi tersangat lapar walaupun baru sahaja menikmati santapanmu
Engkau kadang-kadang tersentak dari lamunan tidurmu
Dek kerana gangguan kami yang menendang-nendang perutmu
Engkau kadang-kadang terbeban setiap masa, memikul kami ini ke mana-mana
Engkau merasa cepat penat, letih, berpeluh-peluh kerana kami di sisi
Sembilan bulan engkau tanggung
Pada saat kelahiran kami, pelbagai penderitaan yang engkau terpaksa hadapi
Sehingga tidak termampu untuk diungkapkan melalui kata-kata
Hanya tuhan sahajalah yang tahu, penderitaan dikau.

Terima kasih ibuku…

Jumaat, 11 Mei 2012

Al-Kisah..


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .


Di petik dari seorang sahabat dalam facebook..

Khamis, 26 April 2012

Tabiat Jalan Dakwah



Merupakan suatu jalan yang susah dan panjang

Memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat

Memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan

Kita hanya disuruh berusaha, tidak disuruh melihat hasil dan buahnya

Hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendaki-Nya

Akan berhadapan dengan gangguan dan penyeksaan daripada golongan taghut dan musuh-musuh Islam

Akan menerima tuduhan-tuduhan keji yang direka-reka.


          Sepanjang perjalanan, mesti ada :
  1.      Iman yang mendalam
  2.      Perancangan pembentukan gerakan yang rapi dan kemas
  3.      Usaha dan amal yang berterusan

Jumaat, 20 April 2012

Alahai sutera...

Hari ini tetiba riuh dengan persoalan pemakaian sutera. Ada cadangan untuk menempah baju batik sutera sebagai pakaian rasmi ke sekolah. Sebelum itu, perlu kita memahami beberapa perkara berkaitan sutera ini. Untuk orang perempuan memang tiada halangan untuk memakainya. Itulah keistimewaan yang dikurniakan kepada orang perempuan. Begitu juga dengan pemakaian emas dikalangan warga hawa.

Walaubagaimanpun, untuk orang lelaki, memang ada hukum yang tersendiri. Emas dan sutera memang diharamkan oleh Allah untuk dipakai. Sebagaimana dalam satu hadis nabi s.a.w pernah diriwayatkan :

"Sesungguhnya Nabi saw mengambil sekeping kain sutera disebelah tangan kanannya dan emas disebelah tangan kirinya kemudian bersabda : 'sesungguhnya dua benda ini diharamkan keatas kaum lelaki dari umatku" - [Hadith riwayat Abu Daud, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani]

Yang dimaksudkan oleh hadis ini adalah sutera yang asli, yang dibuat sepenuhnya oleh ulat (silkworm). Biasanya harga kain sutera asli ini agak mahal sedikit. 

Walaubagaimanapun, yang berada dipasaran yang lebih murah itu biasanya bukan kain sutera asli. Ianya adalah kain sutera tiruan atau juga dikenali synthetic silk. Ada juga kain campuran beberapa peratus dengan sutera. 


Menurut bekas pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar :-

الحرير الذى وردت فيه النصوص هو الحرير الطبيعى المأخوذ من دودة القز، أما الحرير الصناعى فيشبهه فى النعومة ولكن لا يأخذ حكمه
"Sutera yang bahannya datang dari sutera asli diambil dari ulat sutera, maka bagi sutera tiruan yang serupa dengan kelembutan sutera asli, akan tetapi tidak mengambil hukumnya"


Sutera yang tiruan tidak dikira hukum sebagaimana sutera yang asli, tidak haram. hukumnya harus.