Pages

Selasa, 17 November 2015

Tips Keselamatan Masa Guna Facebook-Khusus Untuk Wanita


Berkenaan kes rompak, rogol dan bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan difacebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Takde kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan:

1. Kurangkan selfie.

Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.


2. Jangan check in rumah sendiri.
Tolonglah.... jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal sorang kat rumah.

Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa...jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.

4. Jangan post no plat kereta

Ye... tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check in semua tempat yang awak pergi.

Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.

Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi difacebook.

Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.


Tips Mengenalpasti telefon Ori atau bukan

Kita semua semestinya ingin tahu sama ada telefon bimbit yang kita gunakan ini asli atau ciplak. Cara memeriksa kod ini adalah cara lama, tapi masih relevan dipraktikkan bagi sesiapa yang belum maklum akan cara- caranya. Jadi, sila perhatikan kod-kod di bawah dan semoga kita sama- sama menjadi pengguna bijak dengan membeli barangan tulen.



Sila lakukan langkah berikut:

1. Tekan *#06# dan tekan dail - nombor siri atau IMEI akan terpapar di skrin telefon bimbit anda

2. Sila lihat pada nombor siri 15 angka atau IMEI telefon anda, fokus pada nombor digit ke-7 dan ke-8.

3. Contoh 958061016411753

Sila lihat telefon anda sekarang pada no digit 7 dan 8

01 atau 10 - buatan Finland, maksudnya telefon itu baik kualitinya
02 atau 20 - buatan China atau Emiriyah, maksudnya kualiti sangat buruk
08 atau 80 - buatan Jerman, maksudnya berkualiti

00 - maksudnya ia dihasilkan di kilang asal dan kualiti pada tahap terbaik.
13 - maskudnya telefon itu dibuat di Azerbaijan dan berkualiti rendah serta membahayakan kesihatan

06 atau 60- buatan China, Hong Kong, Mexico- berkualiti rendah


Kesimpulannya… telefon yang bernombor 02,20, 13, 06, 60 adalah yang kurang kualiti. Elakkan membeli

Kes yang pernah berlaku:

a) 01 atau 10 itu bukan buatan China, tetapi dari kilang asal syarikat telefon tersebut, jadi kualitinya lebih baik berbanding buatan China.

b) Ada juga kes badan telefon itu mempunyai pelekat SIRIM, dan apabila pelekat itu dicabut, kelihatan 'made by nokia' tapi selepas buat *#06#, nombor yang keluar = 353504029093758.Kenapa pula ia buatan China? Bila berhadapan dengan keadaaan ini, lebih baik anda tidak percaya kepada cop luaran telefon itu. Hakikatnya, tulisan made in nokia itu boleh dibuat di mana- mana kilang dan satu lagi, telefon ciplak biasanya ringan.

c) Tidak kiralah telefon jenama apa pun, kalau diSUB kan ke kilang China, ia akan tetap asli. Tetapi bagi jenama nokia, banyak negara yang menciplaknya padahal negara asalnya Finland. Tambahan pula, telefon buatan China berbeza dengan yang asli iaitu bentuknya sama tetapi fungsinya berlainan.80% telefon nokia dilengkapi sistem symbian dan yang buatan China semuanya java.

d) Kebanyakan telefon asli tulen (SE, Nokia, HTC dan sebagainya) sekarang memang dibuat di China. Cukup mudah sebenarnya untuk kita bezakan telefon tulen dengan yang ciplakan China berdasarkan 4 aspek berikut:

* harga - harga Iphone asli tulen dalam RM2k++ tapi Itouch (Iphone yang diciplak) hanya RM300++
* kualiti - pegang pun kita boleh beza antara kualiti asli dengan tiruan
* operating system - nokia asli selalunya pakai symbian, tapi kalau nok'L'a (nokia yang diciplak) pakai java
* skrin - telefon asli akan membuatkan gambar kelihatan cantik, sebaliknya bagi telefon ciplak.


Jumaat, 30 Oktober 2015

Coretan Kecil Buya Hamka

Pada 1964, ulama besar nusantara, Buya Hamka pernah ditahan secara zalim oleh Presiden Indonesia Soekarno,dengan tuduhan kononnya terlibat dalam rencana pembunuhan beliau. Hamka ditahan tanpa bicara, bahkan buku-bukunya dilarang untuk diedarkan.

Setelah Buya Hamka dibebaskan, taqdir Allah, akhirnya Soekarno digulingkan, dikenakan tahanan rumah, kehidupannya mulai terasing, lalu dalam keadaan uzur beliau meninggalkan pesan buat orang yang pernah dizaliminya, Buya Hamka. Ia berbunyi, “Bila aku mati kelak, minta kesudian Hamka untuk menjadi imam solat jenazahku..”

Apabila pesan itu disampaikan, Buya Hamka terkejut, tanpa fikir panjang, beliau melawat ke Wisma Yaso, tempat jenazah Bung Karno disemayamkan. Sesuai dgn wasiat Soekarno, Buya Hamka pun memimpin solat jenazah tokoh yang pernah menghumbankannya ke penjara itu. Dengan ikhlas beliau menunaikan wasiat itu, mereka yang hadir pun terharu.

Lalu, apakah Buya Hamka tidak menaruh dendam pada Soekarno? Dengan tulus ikhlas beliau mengatakan, “Aku tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakitiku. Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan aku ditahan, aku merasakan itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga daripada Allah kepadaku, sehingga aku mampu menyelesaikan kitab tafsir Al-Qur’an 30 juz. Jika bukan dalam tahanan, tidak mungkin aku punya waktu untuk menyelesaikan pekerjaan itu…”

Kesimpulannya: Maafkanlah sesiapa pun yang memusuhimu, jangan sesekali menyimpan dendam, ketahuilah bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya...

Isnin, 19 Oktober 2015

Tayar Kereta Kita


Kita sering menukar tayar kereta...tapi kita sering lupa untuk meneliti nombor-nombor dan kod-kod yang ada tayar tersebut. Sebenarnya ada maklumat penting seperti, tarikh tayar dikeluarkan dan had laju maksimum yang perlu kita teliti sebelum bersetuju untuk membeli tayar tersebut.....


205/65/R15 94H


Nombor 205 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.

Nombor 65 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan angka 15 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.

 Nombor 94 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg.

Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sehingga 210 km/j.

Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
 - T - 190 km/j
 - U - 200 km/j
 - H - 210 km/j
 - V - 240 km/j
 - Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j


Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 0811 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 8 pada 2011. 



Rabu, 14 Oktober 2015

Ya! Sertai Amanah Sebab Sikap Pas Undur Ke Belakang...



http://wadahbaru.blogspot.my/2015/10/ya-sertai-amanah-sebab-sikap-pas-undur.html


Assalamualaikum sahabat seperjuangan yg menentang kezaliman. Respons kpd pertanyaan,kemusykilan dan juga cercaan yg dilemparkan kpd sy atas penyertaan sy bersama parti AMANAH yg dianggap oleh rakan2 PAS sbg parti yg ditubuhkan atas dasar kecewa.

Sememangnya parti AMANAH ditubuhkan kerana kecewa,tp bkn faktor kecewa kerana tewas pemilihan,tp kecewa kerana keengganan PAS utk terus bekerjasama dgn PR yg terbukti mampu menjatuhkan BN yg merujuk kpd keputusan PRU12 dan 13.

Penubuhan AMANAH bkn bermaksud menolak ulamak,bkn bermaksud menolak islam,bkn bermaksud ingin mendapatkan projek yg pastinya takkan dapat sbb AMANAH bkn kerajaan berbanding PAS atau DAP yg sudah menjadi kerajaan...tp AMANAH ditubuhkan bg menggantikan PAS yg menolak kerjasama dgn parti pembangkang lain utk menjatuhkan BN.

Sy melihat PAS sudah berjaya pd peringkat pertama utk berdakwah kpd rakan sekutu dlm PR dahulu,malahan kejayaan dakwah itu bkn saja pd rakan muslim,malahan rakan non muslim yg sudah mula mengenali akan islam.

Sy tertarik dgn ucapan ahli parlimen DAP pd satu majlis parti AMANAH yg memetik terjemahan ayaq al quran sbh intipati ucapan beliau.ini menunjukkan yg masyarakat bkn islam sudah mula tertarik dgn islam,tertarik dgn keindahan islam.pd sy ini adalah kesan penyertaan PAS bersama PR sebelumnya.

Malangnya PAS memilih utk tidak meneruskan dakwah ini kpd sekutunya dgn memutuskan hubungan bersama komponen PR yg pastinya melegakan BN yg sedang dlm ketenatan.

Justeru,penubuhan AMANAH sbg parti islam tunggal yg memiliki ilmuan islam didalamnya adalah sgt bertepatan dgn masanya agar legasi dakwah yg ditinggalkan PAS  dlm PR dapat disambungkan.

Sy tak nafikan,penubuhan AMANAH bakal memecahkan undi PAS,tetapi jgn lupa,pengunduran PAS dlm PR juga bakal memecahkan undi PR yg terbukti berjaya meruntuhkan tradisi 2/3 majoriti BN dlm dewan rakyat.

Tp malangnya PAS memilih utk memutuskan kerjasama dgn DAP sbg salah satu sekutunya dlm PR..lebih malang kptsan utk memutuskan hbgn itu juga d buat tanpa bahas dgn mengenepikan pandangan perwakilan yg lain dlm muktamar.

Pas bertindak demikian atas alasan DAP menolak hudud..Ya!..mmg DAP menolak hudud malahan sejak dr hari pertama penubuhan PR,DAP konsisten dgn pendirian mereka..namun atas dasar politik dakwah,PAS meneruskan kerjasama kerana keperluan demokrasi menuntut pembentukan gabungan PR bg menjatuhkan BN.

Seharusnya PAS jgn melatah,DAP sudah diketahui umum sebuah parti yg bkn islam sedangkan PAS adalah sebuah parti islam yg sememangnya adil dan sesuai utk semua.PAS sbg parti islam harus menunjukkan nilai2 islam dlm perbezaan pendapat.

Contohilah nabi berpolitik,contohilah akhlak nabi ketika berdakwah,walau dihina,diperlakukan dgn perkara buruk,malahan cubaan bunuh oleh yahudi,namun rasulaallah S.A.W memilih utk tidak bertindak balas,malahan memilih utk menunjukkan sikap terpuji yg akhirnya membuatkan non muslim tertarik dgn keindahan islam.

Sbnarnya DAP sudah mula terpikat dgn keperibadian islam yg ada dlm PAS,terutamanya akhlak yg ditunjukkan oleh pimpinan hebat pas,tg nik abd aziz yg memikat hati kerana perwatakan,kesederhanaan dan toleransi yg ditunjukkan.DAP percaya bahawa pimpinan PAS lebih berintegriti kerana di asuh secara islam yg sebenar..atas alasan itulah ketika PR berjaya menakluki negeri perak,DAP lebih cenderung memilih PAS sbg menteri besar berbanding PKR sedangkan kerusi PAS paling sedikit dlm dewan undangan negeri perak.

Tp malangnya PAS terlalu tidak bersabar,PAS inginkan DAP supaya terus menerima islam secara total sedangkan dakwah yg diberi baru berjaya pd fasa pertama.

DAP ibarat muallaf,jgnlah hari pertama muallaf bersama islam,kita dh suruh dia menjadi seperti kita.kalau hari pertama dia dah didesak utk infaq harta dia,kalau hari pertama dia kita dh suruh dia bgn tahajjud,mau lari dia..dlm dakwah harus ada seni psikologinya mcm mana nabi muhammad buat.

Perpecahan PAS dlm PR bukannya kesan kpd parti politik semata2,tp sgt terkesan kpd rakyat kerana rakyat sedar,selagi BN mentadbir malaysia,rakyat akan terus sengsara spt mana fenomena hari ini dgn kenaikan kos sara hidup,peningkatan kes sosial dan jenayah,dan yg paling buruk adalah kesan kejatuhan nilai ringgit yg sgt merudum sehingga mencecah rm4.4+ ..

Mungkin hari ini pimpinan pas atau kita sendiri masih boleh makan kfc,masih boleh memandu kereta bercuti dgn keluarga..tp apakah nasib rakyat yg berpendapatan rendah yg menyewa rumah?yg ada anak kecil dan anak sekolah?yg tak punya kenderaan berbumbung?..apakah kita tak ada perasaan sedih bila lihat anak kecil dikendong oleh si ibu,si abang atau kakak yg baru berusia 4-5 tahun didlm raga motor bersama si bapa ketika hukan lebat menunggang motosikal dgn bahaya yg menanti?

Kalau kita ada perasaan simpati,apakah dgn hanya menyebut "kesian" sudah memadai?

Ya!..mmg kita tak mampu beli kereta utk beri pd si miskin,tp jgn la pula kita lupuskan impian mereka utk mereka dptkan pemerintahan yg lebih baik drpd BN kerana sikap egois dan menyombong kita yg kesannya akan memanjangkan lagi jangka hayat BN?

Sedarlah semua kita nak islam,tp berdasarkan perlembagaan malaysia hari ini kita x mampu laksanakan lagi kerana bertentangan dgn perlembagaan yg kita semua terima pakai..kita harus pinda perlembagaan dahulu yg memerlukan 2/3 majoriti dewan..

Jgn akibat kegopohan kita,bkn saja hudud tak dapat dilaksanakan,malahan maksiat makin berleluasa..biar dapat buat sedikit kebaikan,daripada langsung tak dapat buat kebaikan..ISLAM RAHMATAN LIL ALAMAIN

Mohd Nazli Mansor
(S/U ARiF Kedah)



Ahad, 11 Oktober 2015

Nota Servis Kereta-2


Suatu hari anda mengeluh, “Eh, kenapa kereta aku rasa berat semacam je ni?”. Setelah beberapa hari memandu, anda berasa tidak puashati dengan prestasi kereta anda. Lantas anda mengambil keputusan untuk membawa kereta anda ke bengkel dan bertanya kepada mekanik. “Oh, enjin kereta cik ni dah teruk. Nak kena buat full overhaul ni!”, jawab mekanik di bengkel membaiki kereta tersebut bersungguh-sungguh. ”Berapa kos untuk baiki enjin kereta saya ni bang?” ”Semua nak tukar barang-barang dalam enjin yang dah haus ganti dengan yang baru campur upah lebih kurang 900 hingga 1000 ringgit la..”.

AWAS, Jangan tertipu! Jika anda memandu dengan cermat dan membuat penyelenggaraan kereta anda secara berkala (servis / tukar minyak enjin bila sudah sampai masanya), enjin kereta anda boleh tahan 10 hingga 15 tahun.
Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat:~

Jangka hayat palam pencucuh (spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)

Tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal – buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali

Penapis minyak petrol (petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapat flow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] – setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.

Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni.

Enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak – cuci karbon setiap 2 tahun sekali .

Brek cakera (disc brake) kereta anda tersangkut akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis – biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston tak release balik disc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyi disc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis.

Bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 – 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.

Minyak kotak gear (gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac (clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali].
tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi.

Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan ’fan’, ’alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin, ada bunyi berdencit yg kedengaran).

Timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.

Mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.

Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.

Jika Nak ’Lowered’ Kan (Bagi Rendah) Kereta Tukar Adjustable Absorber & Sport Spring.

Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan) strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenis adjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepada sport spring (contohnya jenama kimex).

Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat), lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard.

(Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original proton part. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).

sekian


motorsport for life!!!!!!


Ahad, 4 Oktober 2015

Tips Sebelum Kereta Kena Tarik




Tips sangat baik drp Persatuan Keselamatan Pengguna. (PKP)

Sekiranya anda tidak mampu meneruskan membayar finance kenderaan anda, 
jangan sesekali anda:-



- Serah kpd pihak ke3 (samb.bayar @ skim sewa)
- Sembunyikan drp pihak bank elak ditarik.
- Jual spare part atau sebagainye..


Ini kerana anda akan di blacklisted, ccriss, dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci kereta anda.
Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari drp tarikh anda serah kpd bank untuk dituntut semula.


Sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari drp tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong td akan di tolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda.




Bank tidak boleh tarik kenderaan anda sekiranya:-

1- finance dh melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah
2- kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.
3- pada hari cuti umum
4- selepas jam 9 malam.

-Ajen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula drp KPDNKK.

- Sekiranya si penarik kereta dtg lebih drp seorang, semua drp mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang drp mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dll.

Sekiranya berlaku juga seperti yg di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

#Jadilah pengguna yg bijak..sharing is caring‍‌‌‌‌‍‍‍‍‌‌✌

Ahad, 27 September 2015

Giliran Balik Raya...


Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.
Sedangkan seorang isteri nak kluar rumah pon perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.

Namun apa yg diamalkan(giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan(giliran blk raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.

Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.

Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan ( contoh : ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, mslh kewangan dll).

Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya.

Terkadang kita lupa:

1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih Utama Dari Isteri

2. Ada Isteri yang lupa bahawa suaminya lebih Utama Dari ibubapa nya
3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mrngutamakan suaminya dari ibubapa
4. Ada Isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapa nya sendiri melebihi Isteri
5. Ada Anak lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka Dan bukan pada Anak Anak perempuan
6. Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih Dari ibubapa nya sendiri.


Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya.. Selamat menyambut hari raya.

..Moga diampuni segala kesilapan yg telah hamba lakukan...


Isnin, 21 September 2015

Minyak JTX 1000 Gold ni hanya untuk YANG nak melindungi ENGINE dan menjimatkan WANG.

ANDA MENGALAMI MASALAH KENDERAAN KURANG PENJIMATAN PETROL, KURANG PICK-UP, TERASA BERAT @ BERGEGAR DAN KURANG POWER. RISAU DENGAN PRESTASI KENDERAAN ANDA YANG SEMAKIN MEROSOT DAN HAMBAR ?

BERITA BAIK UNTUK ANDA. AKHIRNYA !!! TIADA LAGI RAHSIA. JTX1000 MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA DENGAN MUDAH DAN MURAH.

LEBIH EFISIEN DAN EFEKTIF.ANDA TIDAK PERLU RUNSING LAGI MEMIKIRKAN TENTANG PENJAGAAN ENJIN AGAR SENTIASA BERADA DITAHAP PRESTASI TERBAIK.

HANYA TUANGKAN JTX 1000 KEDALAM ENJIN ANDA DAN BIARKAN TRIBOLOGI MENGURUSKANNYA.

KINI DENGAN FORMULA YANG LEBIH HEBAT - JTX1000 GOLD - PERFORMANCE LIKE NO OTHER WITH API SN/CF, SAE 10W-40

·         REVOLUSI PELINCIR PERTAMA DI DUNIA DENGAN TEKNOLOGI TRIBOLOGY (TRIBO CLEAR FILM)

·         PENJIMATAN PETROL HINGGA 40% BERGANTUNG KEPADA KONDISI ENJIN

·         MERENDAHKAN SUHU ENJIN DAN MENINGKATKAN PRESTASI ENJIN HINGGA 35%

·         EP (EXTREME PRESSURE)/ AW (ANTI WEAR) - TAHAN TEKANAN LAMPAU DAN ANTI HAUS

·         MENYINGKIRKAN KOTORAN ENAPAN, KARAT DAN KARBON

·         MENINGKATKAN PRESTASI DAN JANGKA HAYAT ENJIN

·         SESUAI UNTUK ENJIN PETROL, DIESEL, NGV (MULTIGRADE)

·         PENGGUNAAN LEBIH KILOMETER PERJALANAN SEHINGGA 10,000 KM

·         MINYAK PELINCIR YANG DI JAMINKAN KUALITI DENGAN SIJIL ISO 9001 SERTA PENGIKTIRAFAN PRODUK SUPERBRANDS

·         KEPUASAN KUALITI PENGGUNAAN HINGGA 100 PERATUS

JANGAN TUNGGU SEHINGGA ENAPAN KARBON DAN SLUDGE MENGGANGU PRESTASI ENJIN ANDA.

DAPATKAN JTX 1000 SEKARANG.

Sms/whatsapp/line/wechat/telegram  0132816077



Minyak JTX 1000 Kedai Ibnu Sanusi- Seremban

Rabu, 16 September 2015

Coretan Hati Seorang Bapa


SEORANG PEMUDA DUDUK DI HADAPAN LAPTOPNYA. LOGIN FACEBOOK.

BENDA PERTAMA SEKALI DIA CHECK ADALAH INBOX.

HARI INI DIA TERLIHAT SESUATU YANG DIA TERLEPAS PANDANG SELAMA INI.

BAHAGIAN ‘OTHER’ DI INBOXNYA

ADA SATU, DUA MESEJ.

MESEJ PERTAMA, SPAM.

MESEJ KEDUA DIBUKANYA.

MESEJ 3 BULAN YANG LEPAS TARIKHNYA.

DITATAP ISINYA,

“SALAM.

INI KALI PERTAMA ABAH CUBA GUNA FACEBOOK.

ABAH CUBA TAMBAH KAMU
SEBAGAI KAWAN TAPI TAK DAPAT.

ABAH PUN TAK FAHAM SANGAT BENDA NI.

ABAH CUBA HANTAR MESEJ INI KEPADA KAMU.

MAAF, ABAH TAK BIASA SANGAT MENAIP. INI PUN KAWAN ABAH YANG AJARKAN.

INGAT TAK BILA PERTAMA KALI KAMU ADA HENFON?

MASA TU KAMU TINGKATAN
4. ABAH KESIAN SEMUA ANAK-ANAK SEKARANG ADA HENFON.

JADI, ABAH HADIAHKAN PADA KAMU SATU. DENGAN HARAPAN, KAMU AKAN CALL ABAH.

KALAU KAMU ADA NAK KONGSI MASALAH TENTANG ASRAMA ATAU SEKOLAH ATAU APA-APA SAJA.

TAPI, KAMU HANYA CALL ABAH SEMINGGU SEKALI. TANYA TENTANG DUIT MAKAN DAN BELANJA.

ABAH TERFIKIR JUGA, TOPUP RM10 TAPI CALL ABAH TAK SAMPAI 5 MINIT.
BOLEH HABIS KE PREPAID TU?

MASA KAMU KECIL DULU, ABAH INGAT LAGI BILA KAMU DAH BOLEH BERCAKAP.

KAMU ASYIK PANGGIL,

‘ABAH, ABAH, ABAH’.

ABAH SERONOK SEKALI ANAK LELAKI ABAH PANGGIL ABAH.

PANGGIL MAMA.

Ahad, 6 September 2015

Hutang Dhuha

Sekadar share perkongsian sahabat..


Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.


Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “  Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.



Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.

Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.


Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.


Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :
“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.


Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.  Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.


Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

 Hutang Dhuha
❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…
❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain  melalui bersolat dhuha
❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?
❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya 
Jom mengajak orang lain untuk berdhuha juga


Isnin, 24 Ogos 2015

Hisap Rokok Di Neraka



Perbualan seorang pakcik berumur 75 tahun dengan seorang ustaz di sebuah surau.

Pakcik:Assalamualaikum ustaz.

Ustaz:  Waalaikumussalam.

Pakcik: Nak tanya ustaz sikit. Di syurga ada rokok ke?      

   
Ustaz: Ada.

Pakcik: Alhamdulillah. Lega hati dengar ustaz!

Ustaz: Tetapi ada masalah sikit pakcik.

Pakcik: Apa dia ustaz?

Ustaz: Dalam syurga tiada api. Kalau nak cucuh rokok, kena pergi ke neraka.      

Pakcik: Astagfirullahalazim. Tak apalah kalau  begitu ustaz.
              Assalamualaikum.


Ahad, 16 Ogos 2015

Rabu, 12 Ogos 2015

Perkara Yang Perlu Diketahui Berkaitan Asas Servis Kereta


Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.

Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :

1. Minyak hitam. 
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.

7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..

8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri. 

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.car maintenance tips basic engine bay layout 500x264 
10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.

15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas. 
16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.

Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas. 

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.

19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.

22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :- 
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
  

23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Sumber :http://nokroyakv.blogspot.com/2015/04/service-maintenance-kereta-asas.html

Ahad, 9 Ogos 2015

Kisah benar , Mat Rempit Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan



Kisah Mat Rempit Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan | Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an dahulu. Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.
Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….

Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”….

Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….

Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit….Dengan penuh mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar….!
Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah….

Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan…..
Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa berkaca……Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik….

Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi…
“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….

Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah beredar meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya….

Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya)….
Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, “MA RABBUKA!”, “MA NABIYYUKA!”, “MA DINNIKA”, “MA KIBLATUKA!”, “MA IMMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..
Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya…Subhanallah..!

Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu….Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi….

Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MA RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi…Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital…..Subhanallah…!
Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….
Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita….

Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah…..Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!
Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika “Meninggal Dunia” kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3 Tahun selepas itu….

Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya…..

Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi….
Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti….Insya Allah…