Pages

Sabtu, 17 Februari 2024

Yang Membatalkan Islam Dan Yang Membawa Kekufuran

Sekadar berkongsi catatan semasa menyiapkan tugasan berkaitan akidah. Nota ini adalah ringkasan daripada kitab akidah karangan Said Ibrahim (1996), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Darul Ma’rifat, Kuala Lumpur

Antara faktor yang boleh menyebabkan batalnya Islam seseorang ialah seperti berikut:        

 Menafikan apa-apa sifat daripada sifat kamalat Allah s.w.t.,

Menta'wilkan sifat-sifat Allah dan nama-nama-Nya dengan ta'wilan yang mengurangkan sifat-sifat kamalat Allah, atau mengehadkan (membataskan) sifat-sifat kamalat Allah itu pada sesuatu perkara yang tertentu

Mensabitkan apa-apa sifat bagi Allah Taala yang Allah Taala sendiri menafikan sifat-sifat itu pada diri-Nya, atau Rasulullah s.a.w. menafikan sifat-sifat itu daripada Allah s.w.t.,

Mensabitkan sesuatu sifat daripada sifat-sifat Allah pada diri seseorang, atau pada makhluk

Ingkar kepada perkara-perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a. 

 Ingkar akan sesuatu ayat yang ada di dalam al-Quran

 Ingkar akan sesuatu hukum yang didapati dalil dan nasnya di dalarn al-Quran atau as-Sunnah

 Ingkar akan satu ayat-ayat al-Quran, atau ingkar pada sesuatu perkara yang ghaib,

Ingkar kerasulan rasul-rasul yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w., atau ingkar akan kisah-kisah rasul­rasul itu bersama-sama kaumnya yang disebutkan di dalam al­-Quran, atau ingkar cara kejadian makhluk yang disebutkan Allah di dalam al-Quran, atau mendakwa kejadian makhluk itu bukan sebagaimana yang disebutkan di dalam a-l­Quran, atau mereka ingkar adanya jin dan syaitan, atau ingkar adanya kursi, Arasy, Luh Mahfuz dan kalam yang sabit nasnya di dalam al-Quran.

Ingkar kerasulan rasul-rasul atau kenabian nabi-nabi

Ingkar mu'jizat al-Quran yang berkekalan hingga ke hari kiamat

Memperolok-olok atau mengejek-ejek sesuatu hukum yang sudah jelas diketahui dalam agama Islam

Melahirkan kebencian dan kemarahan ketika menyebut dan mengingati Allah dan rasul-Nya, atau ketika dibacakan ayat-ayat Quran, atau membincangkan sesuatu hukum agama, atau ketika berdakwah bersabit dengan agama Islam

Isnin, 13 Februari 2023

Lama Juga Menyepi

 Sudah berapa tahun sudahku tinggalkan dunia blog ini.. Bila lagi ye untuk diaktifkan kembali... mungkin dengan topik kehidupan harian.. Entah la.. huhu

Rabu, 20 Mei 2020

Pembelajaran Atas Talian bersama Google For Education by GEG APAC CONNECT (Bahasa Malaysia)

Di sini saya kongsikan beberapa video yang dihasilkan oleh individu yang pakar dalam bidangnya mengenai pembelajaran online yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja terutama yang melibatkan warga pendidikan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Pembelajaran Atas Talian bersama Google For Education by GEG APAC CONNECT (Bahasa Malaysia)

Bersama Pembentang Google Certified Educator & Trainer Malaysia.

Link Playlist untuk ditontoni.

1. Membina Kuiz Atas Talian Menggunakan Google Form


2. Keterujaan Membina Laman Google Site



3. Integrasi Pembelajaran Berteraskan Youtube & Edpuzzle 



4. Membina soalan objektif menggunakan Google Form



5. Keluarbiasaan & Menakjubkan menggunakan Google Docs


6. Integrasi Video Youtube ke Google Classroom


7. Explorasi bersama Google Expeditions


8. Bijak Matematik menggunakan Google Docs
Link Youtube Live: https://youtu.be/94EEGasgMmk




Jumaat, 15 Mei 2020

Baca Buku Untuk Rekod SPLKM- LDP


Salam /Hi..

Memandangkan ramai di kalangan guru dan staf mempunyai mata kredit yang sedikit, lebih-lebih lagi pada tahun 2020 ini kita banyak bercuti dengan cuti Perintah Kawalan Pergerakan ini, maka disarankan agar Guru2 dan staf dpt membaca buku /journal berbentuk ilmiah agar guru2 dan staf dpt menambah mata kredit masing2.

Utk makluman semua guru dan staf , bagi 1 buku yg dibaca, cikgu2 boleh mendapat

1 Buku = 6 JAM = 1 HARI LDP= 6 MATA KREDIT.

Maksimum buku yg boleh dibaca  ialah 3 buah buku.

Oleh itu Cikgu2, SELAMAT MEMBACA semasa cuti Sekolah ini ya.

Dikongsikan bersama langkah untuk mendaftar pembacaan buku dalam sistem e-SPLG.
Dikongsikan juga 1 buku dalam bentuk e-book untuk dibaca.



  1. Buka laman web SPLKPM    Klik Link Ini Website SPLKPM
  2. Log masuk ke akaun individu. 
  3.  Klik  Pembelajaran Kendiri > Senarai Pembelajaran Kendiri > Pembacaan buku > Tambah Aktiviti.
  4. Isikan data yang diperlukan dan klik “SIMPAN”.Ok siap bahagian online
  5. Borang sinopsis individu, boleh ambil di link ni. Klik Link ini utk Download Borang 
  6. Taipkan maklumat yang diperlukan.Kemudian hantar kepada SU LADAP untuk pengesahan.

Di sini dikongsikan 1 buku e-book.. leh la untuk dimasukkan dalam SPLKPM

Buku bertajuk 40 Hadis Tentang Wabak Penyakit - Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Karya ini menghimpunkan 40 Hadis berkaitan wabak penyakit serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Hadis-hadis ini amat sesuai untuk dibaca dan ditekuni pada hari PKP ni untuk ilmu pengetahuan.. 46 muka surat je.. Selamat membaca






Nota Google Classroom





Ini adalah sedikit nota penggunaan Google Classroom bagi rujukan bagi sesiapa yang ingin menggunakannya terutamanya dalam kalangan warga pendidik dan warga pelajar. Tidak kurang juga menjadi rujukan ibu bapa. Nota diambil daripada Cikgu Aziz Mahmud

[Kredit daripada Aziz Mahmud]

Alhamdulillah sempat buat video ini untuk bimbingan kepada rakan-rakan yang mahu mempelajari Google Classroom. Akan sentiasa di update dgn video-video yang bersesuaian dengan perubahan aplikasi Google Classroom. 

Video ini mungkin terdapat kekurangan di sana sini, tapi adalah permulaan untuk yang lebih baik pada masa akan datang. Saya dah siapkan Channel Youtube saya sendiri. Jadi jangan lupa Like semua video-video ini ya dan jangan lupa Subscribed selepas anda menonton video-video dipaparkan.

Updating terbaru dengan tajuk-tajuk baru perkongsian saya bersama rakan saya cikgu Shafinas Acha...silakan share, like dan subcribers

Layari Channel Youtube saya dipautan berikut :
https://www.youtube.com/channel/UCLhH1NXz-CY5DVinpBXR6Lw

Cara Pelajar Menjawab Dan Menghantar Tugasan Dalam Google Classroom
https://youtu.be/TEQm2ZxRnuM

Cara Melaksanakan Reuse Post Dalam Google Classroom
https://youtu.be/3rhox5IYhDE

Cara Membina Tugasan Assignment Dalam Google Classroom
https://youtu.be/AdvC0Lo1iPE

Membina Classroom GC
https://youtu.be/CyUzsC-SESQ

Invite Teacher Ke Dalam Classroom Kita
https://youtu.be/FXgrbKpt3lI

Invite Masuk Pelajar Guna Class Code & Email
https://youtu.be/5tsR_IaplWI

Edit Kelas Yang Sudah Dibina
https://youtu.be/QXKOWAtOb4g

Convert Upload Google Drive
https://youtu.be/DlJ4jb9zdjw

Cara Menerima Invitation CO Teacher Classroom
https://youtu.be/jygQMU-iABc

Cara Mencipta Material Dalam Google Classroom
https://youtu.be/O5OZ8Le4kok

Cara menyemak tugasan pelajar menggunakan telefon bimbit di Google Classroom
https://youtu.be/vKB_PsS54v0

Cara Setting Email @moe-dl.edu.my dan Google Classroom Dalam Telefon Bimbit
https://youtu.be/4OyS9xG07oU

Cara Import Grade Dalam Google Classroom Bersama Cikgu Shafinas
https://youtu.be/TtvzzLqJXRA

Import Quizizz Ke Dalam Google Classroom Bersama CIkgu Shafinas
https://youtu.be/hzJrNXNeZIQ

Import Soalan Dari Google Docs Ke Google Form Bersama Cikgu Shafinas
https://youtu.be/AAAuvXLgS6o

Cara Bagaimana Menaip Jawi Di Dalam Dokumen Google Docs Bersama Cikgu Shafinas
https://youtu.be/o5Cqb9MX3RE

Cara Memulakan Pengendalian Aplikasi Google Meet Untuk Sidang Video
https://youtu.be/sYgnf7BqZnc

Cara Kongsikan Paparan Screen dan Window Di Dalam Google Meet
https://youtu.be/HTwKtzK7kzM

Cara Menggunakan Jamboard Dalam Aplikasi Google Meet Sebagai Smart Board
https://youtu.be/rofeGpxLqHw

Cara Menggunakan Google Meet Dalam Google Classroom
https://youtu.be/PWlIYN3Hc94

Cara Mengaktifkan Google Meet Di Dalam Google Classroom Menerusi Telefon Mudah Alih
https://youtu.be/vryouib_d9s

Cara Setting Grid View Google Meet Supaya Nampak Semua Gambar Rakan Kita Semasa Meeting
https://youtu.be/dlsojlFgiGI


JOM SERTAI TELEGRAM RASMI : GOOGLE CLASSROOM TRAINING MALAYSIA : http://t.me/GoogleClassroomTraining



Rabu, 8 Januari 2020

Lamenya blog ni tidak ter'update'

Sudah agak lame blog ini tidak disapa oleh empunya adminnya..
mungkin disebabkan  teknologi hari ini yang lebih maju media sosialnya menjadikan platform blog ini agak suram dipandang citizen..
Untuk kali ini ku gagahi sekadar untuk mencoret kate menghidupkan sedikit minat berblog ini..
ku perhatikan memang sudah aktif member2 yang lain..

Sekadar ingatan kepada diri sendiri...

 Daripada Abu Hurairah r.a. : Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu, kemudian ia menyembunyikannya, maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka.

(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)



Ahad, 8 Mei 2016

Keputusan Penuh Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) 2016

BERIKUT adalah keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11)

N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846
1. Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)..................1,778
2. DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (BN-PBB).......8,820

Jumlah mengundi.....................10,839
Peratus..............................73.00%
Undi rosaks............................55
Majoriti...............................7,042

N049: NGEMAH: SARAWAK: 8,899
1. Alexander ak Vincent (BN-PRS)...........2,888
2. Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)........2,734
3. Richard ak Lias (DAP).....................243
4. Thomas Laja ak Besi (PKR).................396

Jumlah mengundi.................6,396
Peratus..........................71.9%
Undi rosak......................114
Majoriti............................154