Pages

Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Januari 2016

Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2016

http://www.mysumber.com/jadual-dan-tarikh-gaji-2015-kakitangan-awam.html

Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan bagi tahun 2016 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2016 yang disertakan ini adalah rasmi diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)


 Jadual Bayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2016 ini dapat memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan

Tarikh Dapat Gaji (2016)
Bulan
Hari
Catatan
21 Januari
1
Khamis

25 Februari
2
Khamis
Khamis Tahun Baru Cina 8, 9 Februari
24 Mac 
3
Khamis

25 April
4
Isnin

24 Mei
5
Selasa
Pesta Keamatan 30, 31 Mei
23 Jun
6
Khamis
Hari Gawai 1, 2 Jun
25 Julai
7
Isnin
Hari Raya Aidilfitri 6, 7 Julai
5 Ogos
8
Khamis

22 September
9
Khamis
Hari Raya Aidiladha 12 September
20 Oktober
10
Khamis
Hari Deepavali 29 Oktober
24 November
11
Khamis

20 Disember
12
Selasa
Hari Krismas 25 Disember

Selasa, 10 September 2013

Pelita Nasi Kandar

Daripada facebook
PLEASE "SHARE" 


The Star bertarikh 24 September 2012 mukasurat 22 melaporkan bahawa pemilik PELITA NASI KANDAR, DATUK D.RAMESH melakukan pecah tanah untuk pembinaan sebuah kuil...

Dengan kata lain, pemilik PELITA NASI KANDAR adalah seorang HINDU....

Hasil jualan daripada PELITA NASI KANDAR telah digunakan untuk pembinaan KUIL HINDU.

BERSUBAHAT maknanya bagi orang Islam yang selama ini makan dan minum di PELITA NASI KANDAR....

Memandangkan pemilik dan tujuannya telah diketahui, mulai saat ini, tidak perlulah lagi kita pekena atau menjamu selera di mana-mana premis PELITA NASI KANDAR LAGI...

Yang mana sudah terlanjur dan menjadikan makanan serta minuman di PELITA NASI KANDAR sebagai darah daging, mohonlah taubat kepada Allah Taala kerana kejahilan dan kelekaan kita berusul periksa...

Masih banyak restoran milik umat Islam yang kita boleh pergi berbanding ke restoran-restoran sebegini.

Moga-moga kita diampunkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun....

Selasa, 3 September 2013

OO 20 sen


Hari ini riuh dengan isu kenaikan harga minyak. Bukan, sejak semalam lagi. Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri pada petang semalam berkaitan kenaikan sebanyak 20 sen untuk petrol RON95 yang akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. Kenaikan harga minyak ini sebenarnya disebabkan pengurangan subsidi kerajaan dari 83 sen seliter untuk RON95 ke 63sen seliter dan untuk diesel dari RM1 ke 80sen.

Khamis, 30 Ogos 2012

Salam Aidifitri dan Salam Perkahwinan



Ai kad jemputan kawen pun de juga ye sempena sambutan hari raya ni.. pepun….
Tahniah lah kepada sahabat2 yang akan melangsungkan perkahwinan sempena cuti hari raya nanti. Cuma sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman perkahwinan sebagai menjadi rujukan untuk anda.

  •   Ijab dan Qabul

Untuk ijab dan qabul ini, sebelum anda bersalam dengan tok imam/wali yang akan mengahwinkan anda, cubalah Tanya dahulu lafaz qabul yang macam mane yang dikehendaki oleh tok imam/wali yang perlu anda jawab nanti. Biasanya lafaz yang digunapakai adalah lafaz kata tempatan. Walaupun sebelum ini anda pernah menghafal kata qabul ini daripada buku2 agama, terima lisan daripada mana2 ustaz/tok guru, ataupun anda pernah mendengar ceramah daripada mana2  tok guru berkaitan lafaz ini, tok imam berkenaan tetap akan berpegang kepada lafaz yang dia telah tetapkan itu walaupun kita mempertikaikannya berdasarkan keilmuan yang kita ada. Ini semua bergantung kepada tok imam itu, kalau dia jenis terbuka dengan lafaz ini, maka senanglah urusan kita.

Ahad, 20 Mei 2012

Selamat Hari Guru


3 hari yang lepas, ku bersama-sama sahabat guru meraikan hari yang berbahagia dalam hidup kami sebagai seorang guru. Memang kehidupan seorang guru ini ada cabarannya yang tersendiri. Hanya guru sahaja yang memahami hidup sebagai seorang guru.

Kadang-kadang kita ada terbaca di mana-mana berkaitan komen-komen, kritikan, tuduhan dan sebagainya terhadap guru. Cubalah teliti dahulu siapakah mereka ini, adakah seorang guru jua. Sepemerhatian saya, semua itu adalah komen daripada orang luar yang tidak terlibat dalam profesion perguruan. Bagi saya, orang-orang seumpama ini perlu diberi ruang kepadanya untuk menjadi guru walau dalam tempoh masa yang sekejap. Sebagai contohnya dalam masa sebulan ke, agar mereka ini lebih memahami kerjaya seorang guru dan pada masa yang sama jikalau mereka ini juga adalah ibu bapa, maka mereka boleh memain peranan yang terbaik semasa berada di rumah. Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan sepenuhnya peranan mendidik anak-anak mereka kepada guru-guru dan pihak sekolah. Cuba bayangkan berapa bilangankah pelajar di sekolah berbanding guru-guru. Dikalangan pelajar ini pula punyai pelbagai ragam manusia.  Ada yang suka ponteng kelas, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah, tak suka belajar, buat kacau bising dalam kelas, kerja sekolah gagal disiapkan dan lain-lain lagi, semuanya itu men’tension’kan guru di sekolah. Alangkah baiknya kalau semua pelajar macam robot, boleh dikawal tuturbicaranya, kelakuannya, semua focus untuk belajar. Tugas guru masuk kelas, mengajar dan keluar kelas. Di samping itu juga, guru pun boleh focus kepada pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya tanpa memikirkan perkara-perkara yang lain.
Bila terkenang kembali masa yang lalu, ku dulu adalah seorang pelajar dan di hadapanku adalah seorang guru. Masa terus berlalu dan kini ku telahpun bergelar sebagai seorang guru juga. Memang banyak jasa yang telah ditaburkan oleh guruku kepadaku. Ku hargai sangat-sangat. Setiap wajah guru-guruku sentiasa menari-nari dalam ingatan. Merekalah yang menjadi mentorku dalam mendidik anak bangsa ini. Segala ilmu yang kuperolehi, akan ku abadikan dan persembahkan kepada masyarakat untuk manfaat sejagat.

Terima Kasih guru…

Di sini ku ungkilkan nukilan dari Sasterawan Negara

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sabtu, 19 Mei 2012

Ibu


Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat terbaru ini menyambut hari ibu pada minggu ke-2 bulan Mei setiap tahun. Dengan keadaan iklan yang diwarwarkan di mana-mana, sama ada di media massa dan media elektronik, memeriahkan lagi suasana hari ibu. Walaubagaimanapun, kita sebagai seorang muslim, janganlah menyambut hari ibu ini untuk setahun sekali ini sahaja, tetapi hari ibu kita adalah sepanjang tahun. Itulah sepatutnya.

Ibu, betapa besar dan banyaknya jasamu kepada kami
Tanpa engkau, tidak mungkin kami ini akan dilahirkan
Enkaulah perantara ketentuan Ilahi
Dari rahimmulah, kami dibesarkan
Bermulanya kami ini setitik benih
Kemudian beransur-ansur menjadi seketul darah
Membentuk daging dan tulang temulang ini

Di Rahim inilah kami dibekalkan dengan segala nutrient makanan yang diperlukan
Semua itu datangnya daripada dikau wahai ibu
Jika dulu engkau dapat menikmati makanan seenaknya
Tetapi kini setelah kami berada dalam dirimu, semuanya berubah
Engkau menjadi tersangat lapar walaupun baru sahaja menikmati santapanmu
Engkau kadang-kadang tersentak dari lamunan tidurmu
Dek kerana gangguan kami yang menendang-nendang perutmu
Engkau kadang-kadang terbeban setiap masa, memikul kami ini ke mana-mana
Engkau merasa cepat penat, letih, berpeluh-peluh kerana kami di sisi
Sembilan bulan engkau tanggung
Pada saat kelahiran kami, pelbagai penderitaan yang engkau terpaksa hadapi
Sehingga tidak termampu untuk diungkapkan melalui kata-kata
Hanya tuhan sahajalah yang tahu, penderitaan dikau.

Terima kasih ibuku…

Jumaat, 20 April 2012

Alahai sutera...

Hari ini tetiba riuh dengan persoalan pemakaian sutera. Ada cadangan untuk menempah baju batik sutera sebagai pakaian rasmi ke sekolah. Sebelum itu, perlu kita memahami beberapa perkara berkaitan sutera ini. Untuk orang perempuan memang tiada halangan untuk memakainya. Itulah keistimewaan yang dikurniakan kepada orang perempuan. Begitu juga dengan pemakaian emas dikalangan warga hawa.

Walaubagaimanpun, untuk orang lelaki, memang ada hukum yang tersendiri. Emas dan sutera memang diharamkan oleh Allah untuk dipakai. Sebagaimana dalam satu hadis nabi s.a.w pernah diriwayatkan :

"Sesungguhnya Nabi saw mengambil sekeping kain sutera disebelah tangan kanannya dan emas disebelah tangan kirinya kemudian bersabda : 'sesungguhnya dua benda ini diharamkan keatas kaum lelaki dari umatku" - [Hadith riwayat Abu Daud, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani]

Yang dimaksudkan oleh hadis ini adalah sutera yang asli, yang dibuat sepenuhnya oleh ulat (silkworm). Biasanya harga kain sutera asli ini agak mahal sedikit. 

Walaubagaimanapun, yang berada dipasaran yang lebih murah itu biasanya bukan kain sutera asli. Ianya adalah kain sutera tiruan atau juga dikenali synthetic silk. Ada juga kain campuran beberapa peratus dengan sutera. 


Menurut bekas pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar :-

الحرير الذى وردت فيه النصوص هو الحرير الطبيعى المأخوذ من دودة القز، أما الحرير الصناعى فيشبهه فى النعومة ولكن لا يأخذ حكمه
"Sutera yang bahannya datang dari sutera asli diambil dari ulat sutera, maka bagi sutera tiruan yang serupa dengan kelembutan sutera asli, akan tetapi tidak mengambil hukumnya"


Sutera yang tiruan tidak dikira hukum sebagaimana sutera yang asli, tidak haram. hukumnya harus.


Isnin, 1 Ogos 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Alhamdulillah, bersyukur kita sebanyak-banyaknya kepada Allahu Rabbul Jalil kerana mempertemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan ini, bulan yang penuh dengan segala keberkatan dan kemuliaan. Bulan paling istimewa yang hanya dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w., tidak diberi kepada umat Nabi Adam, Nabi Ibrahim, hatta kepada Nabi Isa a.s sekalipun. Maka rebutlah peluang yang ada ini untuk mengambil seberapa banyak manfaat yang ada padanya. Beruntunglah orang-orang yang apabila datangnya bulan Ramadhan ini, bertambahlah iman dan amal mereka; mencapai kepada matlamat puasa itu sendiri iaitu memperoleh darjat sebagai orang bertaqwa sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah dalam Al-Quran yang mulia. Dan rugilah bagi orang-orang yang tidak ada apa-apa pun yang berubah apabila berkunjungnya Ramadhan ini, sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain, seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Dari segi amal dan amal perbuatan mereka;sama sahaja. Dan teramatlah rugi orang-orang yang amal mereka pada bulan puasa ini, semakin teruk dan lebih teruk daripada bulan-bulan yang lain. Maka apalah gunanya kehadiran bulan Ramdhan ini kepada mereka.
Rasul s.a.w. pernah bersabda apabila datangnya bulan Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, manakala syaitan-syaitan akan dipenjarakan. Tetapi apabila kita merenung dalam masyarakat kita, tidakkah kita merasa hairan dan pelik, masih banyak lagi orang yang melakukan kemungkaran dalam bulan puasa ini walaupun syaitan telah diikat. Itulah persoalannya. Sebenarnya kita sedia maklum bahawa dalam diri kita ini ada nafsu tersendiri. Kalaulah nafsu kita ini telah dididik oleh syaitan sekian lama, 11 bulan yang lepas, maka kita akan terus terdidik seumpama itu juga walaupun berada dalam bulan puasa sekalipun. Kalau kita sebelum ini suka mencuri sebagai contohnya, maka bulan puasa pun kita rasa hendak mencuri juga. Begitulah juga untuk perbuatan-perbuatan yang lain.
Oleh sebab itu, kuatkanlah diri kita bersempena Ramadhan ini. Cubalah didik diri kita dan nafsu kita ini agar kembali kepada pangkuan ajaran Islam yang sebenar. Kalaulah sebelum ini kita suka mendedahkan aurat, cubalah perbaiki. Mudah-mudahan perubahan kita dalam bulan Ramadhan kali ini memberi impak yang begitu besar kepada kita. Manalah tahu kita kembali kepada Allah pada suatu hari nanti dengan penuh berseri-seri dan kegembiraan hasil usaha penat kita dalam bulan ini. Ambillah peluang yang diberi ini dengan sebaik-baiknya sebelum masa terlambat dan menyebabkan kita akan menyesal selama-lamanya pada masa tersebut. Wallahua’lam.

Ahad, 6 Februari 2011

Solat Diabaikan

Suatu ketika dulu, ku pernah terbaca beberapa kajian berkaitan orang yang tidak mengerjakan solat. Dikatakan hampir 70% rakyat Malaysia yang ada pada hari ini mengabaikan kewajiban solat 5 waktu setiap hari. Ku rasa agak terkejut, dan kadang-kadang ku merasakan fakta itu tidak benar sama sekali.
Tetapi apabila ku menyelami masyarakat, barulah ku akui ada kebenarannya. Masakan tidak, rakan sekuliah, rakan sepermainan, rakan sekerja dan kenalan-kenalan yang rapat, rata-ratanya tidak melaksanakan solat. Roomateku dulu pun sama. Adoi.. Puas ku untuk memujuknya.erm..

Dalam 2 bulan yang lepas, ku berkesempatan menghadiri 1 kem. Semasa di sana, ku ditempatkan dalam sebuah chalet. Ku berkongsi dengan 2 orang. Seorang umurnya lebih tua dariku hampir 4 tahun dan seorang lagi sudah setahun untuk bersara serta bergelar haji. Sepanjang 3 malam bersama, ku cuba mengamati kedua-dua mereka ini. Tidak nampak bilakah mereka bersolat. “Mungkin mereka solat jamak,”fikirku. Pada setiap pagi, ku bangun awal sebelum subuh lagi, kemudian ku solat subuh, termenung sehinggalah matahari memancar dan masuk solat Dhuha. Ku sempat juga solat Dhuha. Tetapi ahli chalet ku ini tidak bangun pun untuk solat, bangun untuk tarik selimut, pergi tandas itu sahaja ada lah. Termenung ku.”Ai takkan Subuh jamak jugak kot, susahnya, bagaimanalah hendak tegur orang yang lebih tua ni, kena rancang dengan hikmah ni,..erm”.

Agak mustahil kalau masyarakat hari ini tidak mengetahui tentang kewajipan solat ini. Masakan tidaknya, subjek pendidikan Islam diajar di sekolah, kelas fardhu ain, kuliah-kuliah agama banyak di masjid-masjid, surau-surau, di radio dan di tv sekalipun.. Buku-buku agama bertaburan di mana-mana…
“Ya Allah ya tuhanku, bukakanlah hati mereka-mereka yang meninggalkan solat untuk melaksanakan kewajipan ini ya Allah”

Tidakkah mereka tahu bahawa sesungguhnya solat adalah amalan yang wajib dilakukan oleh setiap yang bergelar muslim. Tidak dapat tidak walaupun uzur macam mana sekalipun, solat mesti dilaksanakan. Dalam Al-Quran sendiri ada dijelaskan :
“Maka dirikanlah solat(sebaik-baiknya). Sesungguhnya solat itu kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”.[An-Nisa’;103]

Bukankah solat ini adalah tiang agama. Tertegaknya agama dalam diri seseorang itu dengan tertegaknya solat dalam dirinya. Kalaulah diibaratkan rumah, jika tidak ada tiang, tiadalah terbinanya rumah tersebut sekalipun ada papan, atap bumbung, pintu dan sebagainya. Begitulah juga amalan kita. Tiadalah bergunanya amal kebaikan yang kita buat sekalipun bina masjid, derma kepada anak-anak yatim dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama, tidak melakukan solat. Sia-sia sahaja amalan tersebut.
Solat juga adalah pembeza antara orang Islam dengan orang bukan Islam. 

Sebagaimana yang dikhabarkan oleh junjungan kita Rasul s.a.w. :
“Beza antara seseorang dengan syirik serta kufur ialah meninggalkan solat”

Maka sebab itulah, sama-samalah kita berpesan-pesan antara ahli keluarga kita dan ahli masyarakat sekeliling kita akan perlunya solat 5 waktu ini. Macam manalah untuk kita bina individu muslim, rumahtangga muslim dan masyarakat serta Negara Is
lam kalaulah solat, amalan asas ini pun masih lagi diabai-abaikan. Sama-samalah kita berusaha menyedarkan ummah ini…

Ahad, 14 Jun 2009

Perginya Seorang Pejuang...


Gempar seluruh dunia Islam....Tidak disangka, semalm, 13 Jun 2009 merupakan hari terakhir kepada seorang pujangga Islam yang mengabdikan seluruh hidup dan jasadnya semata-mata atas nama perjuangan menegakkan agama kekasih-Nya, Rabbul Jalal. Nama yang tidak asing lagi dikalangan kita semua iaitu Dr. Fathi Yakan.

Mengimbas kembali hidup Al-Marhum. Sejarah banyak membuktikan keterlibatan beliau dalam perjuangan menegakkan agamanya. Antara karya yang paling mashyur ialah buku "Maza ya'ni Intima' lil Islam" yang digunapakai seluruh pelusuk dunia. Selain itu, al-Mutasiqituna fala toriq dakwah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain melebihi 35 buah.

Beliau telah terlibat dengan kerja dakwah sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal tahun 60an dan pernah menjawat ketua umum di dalam jamah Islam. Beliau juga pernah bertanding kerusi parlimen Lubnan dan memenanginya.

MOGA ALLAH MERAHMATI AL-MARHUM DAN DILETAKKAN BERSAMA ROH PARA ANBIYA' SERTA AL-SOLIHIN. AMIN

AL-FATIHAH



Jumaat, 7 November 2008

Bahang PRK, Di Manakah Kita??



Salam Perjuangan, Salam Perpaduan dan Salam Keadilan......
Paluan gendang PRK (pilhanraya kampus) kembali bergema. Rata-rata masyarakat mahasiswa turut merasai kehangatannya. Namun, masih ramai lagi yang leka dengan dunia masing-masing. Ada yang sibuk dengan dunia per’couple’lannya, ada yang sibuk dengan tariannya, ada yang dengan sukan bolanya, ada yang sibuk dengan buku dan librarynya dan macam-macam lagi tanpa mengambil peduli apa yang berlaku di sekitar. Di manakah sepatutnya posisi kita sebagai mahasiswa Islam dalam mendepani situasi sedemikian? Adakah sekadar buat tak tahu, buat-buat tak tahu atau memang tak nak ambil tahu? Nabi S.A.W pernah bersabda :

”Barangsiapa yang tidak ambil peduli berkaitan dengan urusan kaum muslimin, maka bukanlah daripada golongan mereka (kaum muslimin) ”.







Bersambung......

Jumaat, 5 September 2008

AWAS…Jangan tertipu…



Kehadiran bulan Ramadhan memang ditunggu-tunggu oleh setiap jiwa yang merdeka; merdeka daripada 
hawa nafsu dan perhiasan dunia. Masing-masing berlumba-lumba melaksanakan amalan kebajikan baik yang bersifat khususiyyah ataupun sebaliknya. Kehadiran hadis-hadis yang bersifat fadhailul a’mal (kelebihan-kelebihan amal) juga banyak memotivasikan diri kitaa untuk terus beristiqamah dalam amal kebajikan ini. Memang berlakunya ikhtilaf tentang hadis seumpama ini, biasanya taraf hadis tersebut di bawah status hassan tetapi tidak dinafikan tentang wujudnya yang berstatus shahih dan hassan serta mutawatir. Boleh beramal dengan hadis sedemikian, Cuma tidak kuat untuk dibuat hujah. Ini sebenarnya tidak ada masalah, Cuma yang menjadi masalah apabila wujudnya hadis-hadis yang direka-reka. Sebagai contohnya, yang banyak tersebar di internet dalam masa terdekat. No komen dan kita sebagai yang orang berilmu perlu sama-sama menulusuri dan mendasari; sama ada benar atau sebaliknya. Bagus dari segi maksudnya, ada mesej yang hendak disampaikan, cuma....Dari segi kesahihan diragui.......



Ini adalah hadis yang diwarwarkan dalam masa terdekat:


Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Ni adalah hadis yang sebenarnya :

Maksud hadis:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]