Pages

Sabtu, 17 Februari 2024

Yang Membatalkan Islam Dan Yang Membawa Kekufuran

Sekadar berkongsi catatan semasa menyiapkan tugasan berkaitan akidah. Nota ini adalah ringkasan daripada kitab akidah karangan Said Ibrahim (1996), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Darul Ma’rifat, Kuala Lumpur

Antara faktor yang boleh menyebabkan batalnya Islam seseorang ialah seperti berikut:        

 Menafikan apa-apa sifat daripada sifat kamalat Allah s.w.t.,

Menta'wilkan sifat-sifat Allah dan nama-nama-Nya dengan ta'wilan yang mengurangkan sifat-sifat kamalat Allah, atau mengehadkan (membataskan) sifat-sifat kamalat Allah itu pada sesuatu perkara yang tertentu

Mensabitkan apa-apa sifat bagi Allah Taala yang Allah Taala sendiri menafikan sifat-sifat itu pada diri-Nya, atau Rasulullah s.a.w. menafikan sifat-sifat itu daripada Allah s.w.t.,

Mensabitkan sesuatu sifat daripada sifat-sifat Allah pada diri seseorang, atau pada makhluk

Ingkar kepada perkara-perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a. 

 Ingkar akan sesuatu ayat yang ada di dalam al-Quran

 Ingkar akan sesuatu hukum yang didapati dalil dan nasnya di dalarn al-Quran atau as-Sunnah

 Ingkar akan satu ayat-ayat al-Quran, atau ingkar pada sesuatu perkara yang ghaib,

Ingkar kerasulan rasul-rasul yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w., atau ingkar akan kisah-kisah rasul­rasul itu bersama-sama kaumnya yang disebutkan di dalam al­-Quran, atau ingkar cara kejadian makhluk yang disebutkan Allah di dalam al-Quran, atau mendakwa kejadian makhluk itu bukan sebagaimana yang disebutkan di dalam a-l­Quran, atau mereka ingkar adanya jin dan syaitan, atau ingkar adanya kursi, Arasy, Luh Mahfuz dan kalam yang sabit nasnya di dalam al-Quran.

Ingkar kerasulan rasul-rasul atau kenabian nabi-nabi

Ingkar mu'jizat al-Quran yang berkekalan hingga ke hari kiamat

Memperolok-olok atau mengejek-ejek sesuatu hukum yang sudah jelas diketahui dalam agama Islam

Melahirkan kebencian dan kemarahan ketika menyebut dan mengingati Allah dan rasul-Nya, atau ketika dibacakan ayat-ayat Quran, atau membincangkan sesuatu hukum agama, atau ketika berdakwah bersabit dengan agama Islam