Sekadar berkongsi catatan semasa menyiapkan tugasan berkaitan akidah. Nota ini adalah ringkasan daripada kitab akidah karangan Said Ibrahim (1996),
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Darul Ma’rifat, Kuala Lumpur
Antara faktor yang boleh menyebabkan batalnya Islam seseorang ialah seperti berikut:
Menafikan
apa-apa sifat daripada sifat kamalat Allah s.w.t.,
Menta'wilkan
sifat-sifat Allah dan nama-nama-Nya dengan ta'wilan yang mengurangkan
sifat-sifat kamalat Allah, atau mengehadkan (membataskan) sifat-sifat kamalat
Allah itu pada sesuatu perkara yang tertentu
Mensabitkan
apa-apa sifat bagi Allah Taala yang Allah Taala sendiri menafikan sifat-sifat
itu pada diri-Nya, atau Rasulullah s.a.w. menafikan sifat-sifat itu daripada
Allah s.w.t.,
Mensabitkan
sesuatu sifat daripada sifat-sifat Allah pada diri seseorang, atau pada makhluk
Ingkar
kepada perkara-perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.
Ingkar
akan sesuatu ayat yang ada di dalam al-Quran
Ingkar
akan sesuatu hukum yang didapati dalil dan nasnya di dalarn al-Quran atau
as-Sunnah
Ingkar
akan satu ayat-ayat al-Quran, atau ingkar pada sesuatu perkara yang ghaib,
Ingkar
kerasulan rasul-rasul yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w., atau ingkar
akan kisah-kisah rasulrasul itu bersama-sama kaumnya yang disebutkan di dalam
al-Quran, atau ingkar cara kejadian makhluk yang disebutkan Allah di dalam
al-Quran, atau mendakwa kejadian makhluk itu bukan sebagaimana yang disebutkan
di dalam a-lQuran, atau mereka ingkar adanya jin dan syaitan, atau ingkar adanya
kursi, Arasy, Luh Mahfuz dan kalam yang sabit nasnya di dalam al-Quran.
Ingkar
kerasulan rasul-rasul atau kenabian nabi-nabi
Ingkar
mu'jizat al-Quran yang berkekalan hingga ke hari kiamat
Memperolok-olok
atau mengejek-ejek sesuatu hukum yang sudah jelas diketahui dalam agama Islam
Melahirkan
kebencian dan kemarahan ketika menyebut dan mengingati Allah dan rasul-Nya,
atau ketika dibacakan ayat-ayat Quran, atau membincangkan sesuatu hukum agama,
atau ketika berdakwah bersabit dengan agama Islam
Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan
bagi tahun 2016 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam
seluruh negeri Di Malaysia Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2016 yang
disertakan ini adalah rasmi diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan
Negara Malaysia (JANM)
Jadual Bayaran Gaji
Bulanan Bagi Tahun 2016 ini dapat memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam
(pekerja sektor awam) merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan
Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan
bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan
Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni
rumah suami tahun depan rumah isteri.
Sedangkan seorang isteri nak kluar rumah pon perlu kepada
keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami
untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.
Namun apa yg diamalkan(giliran balik raya) tidaklah salah,
cuma perlu sedar yang di amalkan(giliran blk raya) tersebut adalah atas konsep
ihsan seorang suami kepada isteri.
Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan
daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.
Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil
sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan (
contoh : ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, mslh kewangan dll).
Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat
menerimanya.
Terkadang kita lupa:
1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih Utama Dari Isteri
2. Ada Isteri yang lupa bahawa suaminya lebih Utama Dari
ibubapa nya
3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu
mrngutamakan suaminya dari ibubapa
4. Ada Isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan
ibubapa nya sendiri melebihi Isteri
5. Ada Anak lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga ibubapa
tergalas dibahu mereka Dan bukan pada Anak Anak perempuan
6. Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat
dengan tanggungjawab kepada suami lebih Dari ibubapa nya sendiri.
Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan
perlu berhari raya.. Selamat menyambut hari raya.
..Moga diampuni segala kesilapan yg telah hamba lakukan...
The Star bertarikh 24 September 2012 mukasurat 22 melaporkan bahawa pemilik PELITA NASI KANDAR, DATUK D.RAMESH melakukan pecah tanah untuk pembinaan sebuah kuil...
Dengan kata lain, pemilik PELITA NASI KANDAR adalah seorang HINDU....
Hasil jualan daripada PELITA NASI KANDAR telah digunakan untuk pembinaan KUIL HINDU.
BERSUBAHAT maknanya bagi orang Islam yang selama ini makan dan minum di PELITA NASI KANDAR....
Memandangkan pemilik dan tujuannya telah diketahui, mulai saat ini, tidak perlulah lagi kita pekena atau menjamu selera di mana-mana premis PELITA NASI KANDAR LAGI...
Yang mana sudah terlanjur dan menjadikan makanan serta minuman di PELITA NASI KANDAR sebagai darah daging, mohonlah taubat kepada Allah Taala kerana kejahilan dan kelekaan kita berusul periksa...
Masih banyak restoran milik umat Islam yang kita boleh pergi berbanding ke restoran-restoran sebegini.
Moga-moga kita diampunkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun....
Apabila melihat kembali blog ini, aduhai.. lamanya tidak
update. Mungkin kesibukan bekerja menyebabkan seolah-olah tiada masa untuk
menaip apa-apa untuknya. Atau mungkin juga ketidakurusan masa dengan baik juga
turut menyumbang kepada ketidakkemaskinian blog ini. Apapun sebabnya, untuk
akan datang ini, cubalah taip sedikit kalaupun tidak banyak.
Bekerja sebagai seorang pendidik ini, bukanlah sesenang yang
diharapkan sebagaimana banyaknya cerita-cerita dalam masyarakat yang
dihebah-hebahkan. Ada cabaran tersendiri. Kita memang bekerja untuk mendidik
pelajar. Walaubagaimanapun, bukan sahaja masuk kelas untuk mengajar, tetapi
juga kita akan turut terlibat dengan aktiviti di sekolah.
Sebelum kita masuk kelas, memang kena buat persediaan
mengajar, apa-apa yang patut perlu kita sediakan. Selain itu, kena semak
latihan pelajar, buat soalan, tanda jawapan pelajar, masukkan markah pelajar
dalam system online,offline,buku rekod pelajar. Yang jadi guru tingkatan kena
ambil tahu pelalarnya,kehadiran dan lain-lain.Kalau ada aktiviti di sekolah,
gurulah yang akan jadi AJK. Buat banner,persiapan dewan dan lain-lain. Kalau aktiviti
ko-kurikulum, guru jugalah yang jadi jurulatih bola sepak,olahraga, jadi
penasihat pengakap, aktiviti perkhemahan, kawad, pertandingan dan
sebagainya.Ada juga jadi Ajk majalah sekolah. Yang jadi bahagian ICT, memang
kena bersedia untuk kerja-kerja ICT termasuklah pembangunan aplikasi sekolah
dan hal-hal seumpama dengannya. Kena juga jadi pegawai peralatan sekolah dan
lain-lain.
Itulah adalah sebahagian tugas-tugas guru.Mungkin ada
sahabat guru kita yang diluar itu boleh tambah lagi isi di sini. Sekadar perkongsian.
Suatu ketika dulu, ku pernah terbaca beberapa kajian berkaitan orang yang tidak mengerjakan solat. Dikatakan hampir 70% rakyat Malaysia yang ada pada hari ini mengabaikan kewajiban solat 5 waktu setiap hari. Ku rasa agak terkejut, dan kadang-kadang ku merasakan fakta itu tidak benar sama sekali.
Tetapi apabila ku menyelami masyarakat, barulah ku akui ada kebenarannya. Masakan tidak, rakan sekuliah, rakan sepermainan, rakan sekerja dan kenalan-kenalan yang rapat, rata-ratanya tidak melaksanakan solat. Roomateku dulu pun sama. Adoi.. Puas ku untuk memujuknya.erm..
Dalam 2 bulan yang lepas, ku berkesempatan menghadiri 1 kem. Semasa di sana, ku ditempatkan dalam sebuah chalet. Ku berkongsi dengan 2 orang. Seorang umurnya lebih tua dariku hampir 4 tahun dan seorang lagi sudah setahun untuk bersara serta bergelar haji. Sepanjang 3 malam bersama, ku cuba mengamati kedua-dua mereka ini. Tidak nampak bilakah mereka bersolat. “Mungkin mereka solat jamak,”fikirku. Pada setiap pagi, ku bangun awal sebelum subuh lagi, kemudian ku solat subuh, termenung sehinggalah matahari memancar dan masuk solat Dhuha. Ku sempat juga solat Dhuha. Tetapi ahli chalet ku ini tidak bangun pun untuk solat, bangun untuk tarik selimut, pergi tandas itu sahaja ada lah. Termenung ku.”Ai takkan Subuh jamak jugak kot, susahnya, bagaimanalah hendak tegur orang yang lebih tua ni, kena rancang dengan hikmah ni,..erm”.
Agak mustahil kalau masyarakat hari ini tidak mengetahui tentang kewajipan solat ini. Masakan tidaknya, subjek pendidikan Islam diajar di sekolah, kelas fardhu ain, kuliah-kuliah agama banyak di masjid-masjid, surau-surau, di radio dan di tv sekalipun.. Buku-buku agama bertaburan di mana-mana…
“Ya Allah ya tuhanku, bukakanlah hati mereka-mereka yang meninggalkan solat untuk melaksanakan kewajipan ini ya Allah”
Tidakkah mereka tahu bahawa sesungguhnya solat adalah amalan yang wajib dilakukan oleh setiap yang bergelar muslim. Tidak dapat tidak walaupun uzur macam mana sekalipun, solat mesti dilaksanakan. Dalam Al-Quran sendiri ada dijelaskan :
“Maka dirikanlah solat(sebaik-baiknya). Sesungguhnya solat itu kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”.[An-Nisa’;103]
Bukankah solat ini adalah tiang agama. Tertegaknya agama dalam diri seseorang itu dengan tertegaknya solat dalam dirinya. Kalaulah diibaratkan rumah, jika tidak ada tiang, tiadalah terbinanya rumah tersebut sekalipun ada papan, atap bumbung, pintu dan sebagainya. Begitulah juga amalan kita. Tiadalah bergunanya amal kebaikan yang kita buat sekalipun bina masjid, derma kepada anak-anak yatim dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama, tidak melakukan solat. Sia-sia sahaja amalan tersebut.
Solat juga adalah pembeza antara orang Islam dengan orang bukan Islam.
Sebagaimana yang dikhabarkan oleh junjungan kita Rasul s.a.w. :
“Beza antara seseorang dengan syirik serta kufur ialah meninggalkan solat”
Maka sebab itulah, sama-samalah kita berpesan-pesan antara ahli keluarga kita dan ahli masyarakat sekeliling kita akan perlunya solat 5 waktu ini. Macam manalah untuk kita bina individu muslim, rumahtangga muslim dan masyarakat serta Negara Is
lam kalaulah solat, amalan asas ini pun masih lagi diabai-abaikan. Sama-samalah kita berusaha menyedarkan ummah ini…
Ada sahabat yang bertanya mengenai zakat.... em...Zakat ini sebenarnya hanya dikeluarkan oleh orang kaya, bukan orang miskin... secara asasnya :
orang Kaya = Duit yang ada melebihi keperluan hidup
orang Miskin= duit yang ada hanya mencukupi untuk menampung keperluan hidup
orang Fakir = Duit yang ada, tidak mampu untuk memenuhi keperluan
em... berkaitan Zakat Pendapatan... de khilaf dikalangan ulamak..ringkasnya Ulamak mutakhir menerima dengan qiasan kepada zakat tanaman tuaian...
Ada 3 cara untuk menimbangkan jumlah duit yang perlu dikeluarkan untuk zakat. pilih salah satu yang berkenan...
Tolak terus 2.5% daripada gaji kita
Setelah semua keperluan telah dipenuhi. bakinya di darab dengan 2.5%
Kira secara anggaran kasar semua keperluan yang biasa digunakan setiap bulan,tolak terus..kemudian bakinya di darab dengan 2.5%
Keperluan yang telah digariskan:
Makanan
Minuman
Kediaman
Pengangkutan
Pendidikan
kesihatan
Itu zakat. kalau sedekah, walaupun fakir, nak beri semua duit kepada pun tak de masalah. semua tu bergantung tahap keimanan dan keikhlasan seseorang. walaubagaimanapun tanggungjawab kepada keluarga, isteri, anak2 dan lain2, perlu dipertimbangkan...
Rujuk juga kepada Majlis Agama Islam/Pusat Zakat di negeri masing2..
Sudah sekian lama ku tidak mencorakkan apa-apa di halaman ini. Walaupun di fikiran ini ada sesuatu untuk ku coretkan, tetapi kekangan masa menyebabkan semua itu terpendam. Ku gagahi jua. “Bulan Tarbiyyah” yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor ; tiba-tiba ku tersentak. Maklumlah perancangan kerajaan yang begitu berbeza berbanding sebelum ini walaupun sudah hampir 5 tahun ku bermukim di Selangor ini.
2 minggu yang lepas, ku gagahi diri ini mengunjungi rumah-Nya. Masjid Negeri, yang terletak di Shah Alam menjadi destinasi mindaku. Maklumlah tukar angin sikit. Perlahan-lahan ku melangkahkan kaki ini menyusuri anak-anak tangganya. Air yang sedikit bergelingan di sekitar tiba-tiba mengganggu pergerakkanku. Agak licin. Kumemasuki dewan masjidnya. “ Eh, ramainya orang, penuh dewan”, bisikku. Ku berjalan membongkok diri sedikit di celah-celah pengunjung di situ. “Ah, dah jumpa dah tempat strategic, betul-betul menghadap pentas forum”. Ku melabuhkan punggungku. Menanti dan terus menanti. Dewan sedikit riuh,al-maklum lah. Mataku terpacak ke depn. Kadang-kadang, mata ini juga melilau ke kanan dan ke kiri, memmerhati kot-kot ada sahabat-sahabat lama, atau yang dikenali. “Eh, tak kenal sorang pun, students UiTM pun tak nampak batang hidung.. Erm…. Maybe muslimat je kot yang dating, duk kat belakang kot”, fikirku.
Suara gema MC, tiba-tiba mengejutkan semua hadirin. Senyap. MC terus memperkenalkan barisan ahli panel iaitu Datuk Ismail Kamus, Dato’ Hashim Yahya dan forum dipengerusikan oleh Dato’ Hasan Ali. Selama 2 jam lebih ku ternganga di sana, setiap point-point yang penting ku catat dalam nota ku. Mungkin ku boleh list kat sini beberapa point.
Persoalan tarbiyyah memang tidak boleh dipisahkan dengan individu yang ingin terus bersama-Nya. Individu yang beriltizam dengan perjuangan-Nya sebagaimana yang diasaskan oleh kekasih-Nya dan utusan kepada seluruh manusia keseluruhannya. Tarbiyyah dalam erti kata yang mudah adalah ,merujuk kepada mendidik atau juga mengajar. Tetapi apabila dirujuk kepada khususiyyah adalah merujuk kepada proses mendidik diri untuk membina syakhsiah sebagai seorang muslim sejati.
Apa yang memeningkan ku sejak sekian lamanya adalah berkaitan model pentarbiahan yang telah diasaskan oleh Rasul junjungan sejak individu berada dalam kandungan, umur kanak-kanak, remaja dan dewasa.Ku tercari-cari model itu. Diumur remaja, apa yang sepatutnya mereka telah miliki, apa yang perlu diberi semasa ini dan akan datang. Bagaimana pendekatan terbaik. Perlu tak ketegasan dan di mana.. Erm….menjadi assignment bagiku..
Sepanjang forum ini, satu point yang menarik bagiku. Dalam proses mendidik anak-anak, ada 2 elemen penting yang perlu ada iaitu :
1. Kasih Sayang 2. Ketegasan Bagaimana Rasulullah s.a.w mendidik Hasan Husin sehinggakan Rasulullah sanggup ditunggani mereka samada semasa solat dan di luar solat. Bagaimana begitu tegasnya Rasulullah apabila mendepan hokum Allah dan melibatkan ahli keluarganya..
Erm…. Persoalan yang perlu ku ungkaikan…. Secara detailnya
Termenung ku seketika. Setiap helaian ku teliti satu persatu. Berbahasa Arab yang simple, benar-benar tidak menyusahkan sesiapa yang ada asas bahasa Arab untuk menelitinya. Buku 2 jilid ini dengan setiap satu bermuka surat 200 benar-benar menguji tatabahasa Arabku. Almaklumlah sudah hampir enam tahun ku meninggalkannya. Namun mataku tak lekang meneliti setiap untaian katanya.
“Assakhsiyatul Muslimi”- sakhsiah @ akhlak sebagai seorang muslim, karangan Abu Alhashimi Al-Jaaafari benar-benar menyentuh sanubariku. Masakan tidak, apabila membaca setiap bait-bait yang ditulisnya, membakar setiap jiwa yang bergelar muslim ini. Setiap patah perkataannya, seolah-olah mengetuk kepala-kepala yang mengaku muslim ini. Ku tenungi masyarakat muslim sekelilingku. Memang jauh berbeza seperti yang digariskan, Cuma ada segelintir..
Cuma satu je topic yang ingin ku perkatakan di sini adalah berkisarkan kepada soal kebersihan…
Masyarakat kita bukannya tidak tahu berkaitan kebersihan ini. Masing-masing boleh menyebut bahawa Kebersihan itu sebahagian cabang-cabang iman yang perlu disempurnakan. Tetapi bila tengok sekeliling, nampak cam orang tidak tahu berkaitan kebersihan ini adalah melibatkan keimanan... erm.....
Sedar atau pun tidak, sebenarnya Andaikata kita tidak mempraktikkan dasar ini, ini akan mencacatkan iman kita. Bagaimana mungkin kita melafazkan kalimah iman kepada Allah, mengucap dua kalimah syahadah tetapi pada masa yang sama kita menafikan tuntutan-tuntutan kalimah tersebut? Bagaimana mungkin kita menghadap Allah dengan keadaan iman yang cacat ini? Boleh ke masuk syurga ni??.....
Bercakap dengan isu yang besar-besar, tetapi isu yang kecil ni pun kita entah di mana...
Sama-samalah kita bermuhasabah. Yang baik, ambil sebagai pengajaran, yang buruk tinggal-tingalkanlah. Apa-apa pun, setiap perbuatan dan perubahan biarlah berniat kerana Allah.
Antara contoh yang berlaku dalam masyarakat kita, negara Islam:
lempar sampah merata-rata habis makan je, terus lempar sekeliling. Kalau naik kenderaan, lempar ikut tingkap kenderaan, sampah dalam kenderaan
Luar Rumah- sungai..Masya Allah, tepi jalan, tepi rumah, kat pejabat, sekolah, masjid pun
Halaman rumah dan dalam rumah-
pengurusan bau- baju lama dah tak basuh, tergantung kat sana sini, longkang tersumbat dibiarkan cam tu, tong sampah
pengurusan kebersihan diri- tandas,ish2... siap kat masjid lagi..erm..
Tidak disangka-sangka, peristiwa pada malam itu benar-benar memeranjatkan daku. Tidak pernah terlintas pun difikiran ini, peristiwa yang berlaku sejak 2 bulan itu, berakhir dengan satu malam yang penuh misteri. Tiada kata yang boleh ku ungkapkan melainkan kalimah syukur ku sebanyak-banyaknya kepada-Mu ya Rabbi.
Terkenang daku, sejak 2,3 bulan tersebut, ku tidak pernah menyedari kehadiran individu ke-3 antara kami berdua. Kehidupanku bersama rakan sebilikku di Kosass begitu harmoni sehinggalah ku mendengar keluahan darinya. Itupu berlaku pada bulan Oktober setelah kami bersama sejak Julai 2008.
“Abg Akram, sejak 2,3 bulan ini, boleh dikatakan setiap hari saya ditindih sesuatu, tak boleh nak bernafas rasa.. eis… Abg Akram cam ne, tak pernah ke??”, Tanya Roomate ku kepadaku.
“Ape, kena tindih, biar betik.. saya tidur ok je tiap-tiap malam”, balasku kehairanan.
Sungguh pelik dan ajaib, sudah 2,3 bulan, tapi saya tidak pernah menyedari kehadirannya. Biasanya apabila makhluk ini berada berdekatan dengan kita, roh kita akan memberi isyarat kepada kita berkenaan kehadirannya. Contoh yang mudah bagi orang awam ialah seperti berdirinya bulu roma dan sebagainya. Ini kerana roh kita dan makhluk ini adalah mempunyai secara ringkasnya saya nak terangkan di sini mempunyai cas yang berbeza dan akan berinteraksi apabila berdekatan. Erm… tapi kenapa daku tak terkesan pun..
“Ok, tak pe. Malam ni kita tukar tempat tidur. Abang tidur kat katil adik dan adik tidur kat katil abang,”daku bagi cadangan. Roomate ku mengangguk, tanda setuju.
Sebelum tidur, ku ada berborak dengan rakan sebilikku ini.
Ku boleh dikatakan berbual besar. Ku cakap ,“Hah, keluar kau malam ni, aku nak terajang betul-betul”. Roomate ku tersenyum. Roomate ku cakap supaya jangan berbual besar, biasanya orang yang berbual besar ini akan diuji. Dia juga menceritakan kisah kawannya yang berbual besar, nak jumpa hantu dan sebagainya. Last-last dikejar hantu, 2 minggu demam. Ku dengar cerita tu, terdiam dan rasa sedikit takut. Ku lawan perasaan tu, dan terus tidur.
Memang tidak boleh kita berbual besar, tapi di hati ini cuma nak memberanikan diri.
Tidurlah daku dengan nyenyaknya di atas katil yang empuk itu. Ku tidak tahu apa yang berlaku sepanjang tidur itu, maklumlah tidur, pukul berapa ku start tidur pun tidak tahu. Tiba-tiba….
Ku bermimpi dengan mimpi yang agak pelik. Ku melihat ada satu lembaga hitam mendekatiku. Apalagi, Ku terus pegang kepalanya dengan menggunakan tangan kiri ku, manakala tangan kananku ku tumbuk beberapa kali. “Hah, ambik kau..”. Makhluk itu mengeram kesakitan. Tiba-tiba, ku tersedar dari ingauan mimpiku. Ku lihat keadaan ku berselimut seperti biasa, cuma tanganku seperti dalam mimpiku sebentar tadi, pegang dan menggenggam.
“Astaghfirullah… Apa yang aku mengingau tadi”,keluhku sambil mengusap-usap rambut kepalaku. Ku lihat jam locengku, menunjukkan pukul 4:30 pagi. Ku sempat melihat roomateku, kot-kot dia tersedar dek kelakuanku tadi. Tapi nampaknya dia tidur dengan nyenyaknya di atasa katilku.
Ku gagahi bangkit dari tempat tidurku. “Alhamdulillah, bolehku bermunajat sedikit”,bisikku. Ku pun berwuduk dan solat apa yang patut. Sedikit zikir. Kira-kira pukul 5:15, ku fikir nak tidur sekejap. Biasanya tidur sebelum subuh ini, kalau bermimpi biasanya adalah mimpi malakat, mimpi dari Allah.. Ku sebenarnya nak tahu apa petunjuk dari mimpi burukku tadi.
Loceng dan azan berbunyi. Ku bangkit dan pergi menunaikan solat Subuh kat surau kolej ku. Sebelum pergi, ku sempat mengejutkan roomateku untuk solat bersama. Cerita hari itu berakhir di situ. Ku tak ceritakan pada sape-sape mimpiku semalam.
Besok malam dan sehingga 2 minggu, roomateku telah pun tidur di katilnya sendiri. Setelah genap 2 minggu, barulah ku bertanya roomateku ini tentang keadaan dirinya sekarang, adakah kena tindih lagi atau pun tidak.
“Sejak abang Akram tidur hari itu kat atas katil ni, sejak itu, gangguan tindih ni dah tak berlaku dah. Terima kasih ek.” Katanya.
“Hah, biar betul”,jawabku. “Ucap syukurlah pada Allah, saya tak buat apapun”.
Termenung daku sekejap.”Apa yang aku buat ek”,bisik hatiku.”Hah, takkan sebab mimpi hari tu, biar betul”. Tergelakku dibuatnya. Mungkin inilah yang dikatakan kebaikan apabila kita mengamalkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.
NASIHAT
Amalkankanlah apa yang telah diajar oleh junjungan Rasul kita.
Sebelum tidur, mohonlah perlindungan dari-Nya.
Berwuduk.
Baca 3 Qul tiga kali dan sapu ke seluruh tubuh sebanyak 3 kali juga.
Allahlah penentu segla-galanya, ayat al-Quran itu adalah sebagai doa semata-mata dan keberkatan. Jangan mensyirikkan Allah dengan ayat-ayat-Nya
Nantikan kemunculan peristiwa penindihan dari sudut sains..
Daun pintu ku tolak perlahan-lahan. Bunyi krek pintu tiba-tiba mengingatkan daku dengan cerita-cerita seram suasana di rumah berhantu. Ku melangkah memasuki bilik tersebut. Kaki kanan ku goyah. Kertas kuning berframe emas tiba-tiba menyilau pandanganku. Mataku merenung jauh ke dinding, memandang tepat ke frame itu. Terpaku ku di situ.Tiada kata yang keluar dari mulutku. Perlahan-lahan ku membaca apa yang tertulis di situ.
“Sesiapa yang menggantungkan azimat ayat ini di dalam rumah, maka rumah tersebut tidak akan ditimpa sebarang musibah seperti kebakaran, kemusnahan, kecurian dan musibah-musibah yang lain”
Termenung panjang ku dibuatnya. Manakan tidak, melibatkan persoalan akidah..erm….
Komen
Memang tidak dinafikan, situasi seperti ini memang banyak berlaku dikalangan masyarakat kita sehingga hari ini. Ada yang menggantung dengan rajah-rajah, ayat-ayat dan sebagainya yang menunjukkan ada unsur-unsur memohon keselamatan dan seumpama dengannya. Cuba anda semua perhatikan contoh yang saya letakkan dalam penceritaan di atas, boleh anda terjemahkan kepada persoalan akidah yang kita pegang selama ini.
Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah mensyirikkan Allah dengan meletakkan sesuatu menyamai kekuasaan-Nya. Adakah azimat itu yang menjadikan dan menghalang sesuatu musibah?
“Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hamba-Nya (dengan tadbir dan takdir); Dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam Pengetahuan-Nya”-Al-An’am 17&18
Menggunakan sesuatu benda sama ada tangkal dan sebagainya dengan keyakinan ia dapat memberikan manfaat atau menolak kemudharatan adalah mencemari Kemurniaan tauhid kerana benda tersebut dianggap sejajar dengan kekuasaan Allah, malah mengambil alih kekuasaan Allah dalam menentukan apa yang dapat membawa manfaat dan menolak mudharat.
Apabila diteliti tentang benda-benda seumpama ini, memang banyak namanya. Bilamana mengkaji dari segi bahasa, hadis, panggilan masyarakat dan sebagainya. Ada yang dikenali sebagai Al-Tuqatan, Al-Tamaim, Al-Tiwalah, wafaq dan lain-lain.
Sedikit contoh yang masih ada dikalangan masyarakat kita. Kat UPM pun ada, Cuma tak nak ambik gambar dan letak kat sini. Fikir-fikirlah sendiri….
Huruf yang kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi isinya ternyata bukan.
Wafaq yang dinamakan tapak Rasulullah SAW yang digunakan sebagai pelindung. Ramai yang menyimpannya di dalam kereta, atau dalam beg dan sebagainya.
Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.
"Kalau dah tahu pasal ni, ambillah tindakan, buang je la kalau ada tergantung kat rumah tu. Moga rahmat Allah sentiasa menaungi"
Catatan yang lama kadang2 susah utk dibaca disebabkan tulisannya berwarna dll.. Ini adalah berpunca templat blog yang digunakan sebelum ini.Utk memudahkan pembacaan,highlightkan tulisan tersebut.Terima kasih
UCAPAN TEMA
Jika kita bukan pelita yang mampu menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang menemani di kegelapan.
FAKTA SEMASA
1) "Scientist has proved that the sound which comes from heart is LUB DUB. But now they analyze that it is RUB RUB.. RUB is an Arabic word which means who made each and everything... That is ALLAH.. So it means every heart beats says ALLAH...ALLAH... "