Pages

Khamis, 28 Mei 2009

Keajaiban Al-Quran (suatu perkongsian)


Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang
disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali

MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali


UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali


IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali


BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali


BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali


MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali


NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali


LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali


LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus


Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!





P/s : Banyak rahsia lagi yang perlu digali.. erm...



Isnin, 25 Mei 2009

Uslub Dakwah-Siri2- Uslub al – Murasalah


Uslub al – Murasalah / Cara menulis surat
( sambungan uslub dakwah)

Kaedah menulis adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai dalam proses dakwah dan mendidik insan. Memang diakui sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi dan khalifah-khalifah Islam selepas baginda. Contoh baginda s.a.w menggunakan kaedah pengutusan surat–surat kepada pembesar–pembesar dunia pada zamannya bagi menyeru mereka menerima Islam. Hal ini perlu dikaji dan diprakraktikkan. Baginda menyuruh para sahabat r.a untuk menulis surat untuknya dan surat–surat itu kemudiannya dihantar kepada an–Najasyi(raja Habsyah), Kaisar(Raja Parsi), Hiraqqel@Hercules (Raja Rom), Maqauqis (pembesar Mesir) dan banyak lagi. Ada yang menerima dakwah Islam seperti an–Najasyi, ada yang mengakui kerasulan baginda s.a.w seperti Hiraqqel@Hercules akan tetapi tidak menerima Islam dan ada yang menentang bahkan mencabar nabi s.a.w seperti Kisra.
Di dalam kitab Minhaj as–Solihin oleh ‘Izz al–Din Baliq(sila rujuk sendiri) ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w pernah meminta sahabat r.a menulis sekuran– kurangnya 33 pucuk surat yang akan dihantar ke dalam negara dan 29 pucuk surat yang akan dihantar ke luar negara. Kesemuanya mengandungi mesej dakwah yang menyeru mereka menerima Islam. Sekiranya tidak, mereka perlu mengiktiraf Islam sebagai agama dan sebuah kerajaan berdaulat di samping membayar jizyah. Sekiranya mereka enggan dan menentang Islam, maka gerakan futuhat (pembebasan) akan dihantar ke negara tersebut sehingga tunduk kepada Islam.
Uslub penulisan surat adalah salah satu cara yang praktikal dan boleh dicontohi. Namun penulisan tidaklah terhad kepada surat sahaja bahkan boleh dimanfaatkan teknologi terkini seperti media cetak, media elektronik, sistem pesanan ringkas (SMS), internet, 3G dan sebagainya. Umat Islam perlu berusaha lebih memandangkan kaum non – Muslim sudah lama mempraktikkan cara ini bagi menyebarkan dakyah batil mereka.
Juga termasuk dalam penulisan ialah penulisan blog. Namun kita melihat ramai pendakwah yang menggunakan blog dan lebih menumpukan kepada kisah hidup dan diari mereka. Malangnya…

Erm… menjadi persoalan kepada diriku bilamana ku nak post pe2.., buat blog ni untuk diari ke atau dakwah…

Rabu, 20 Mei 2009

BULAN TARBIAH......

Sudah sekian lama ku tidak mencorakkan apa-apa di halaman ini. Walaupun di fikiran ini ada sesuatu untuk ku coretkan, tetapi kekangan masa menyebabkan semua itu terpendam. Ku gagahi jua. “Bulan Tarbiyyah” yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor ; tiba-tiba ku tersentak. Maklumlah perancangan kerajaan yang begitu berbeza berbanding sebelum ini walaupun sudah hampir 5 tahun ku bermukim di Selangor ini.

2 minggu yang lepas, ku gagahi diri ini mengunjungi rumah-Nya. Masjid Negeri, yang terletak di Shah Alam menjadi destinasi mindaku. Maklumlah tukar angin sikit. Perlahan-lahan ku melangkahkan kaki ini menyusuri anak-anak tangganya. Air yang sedikit bergelingan di sekitar tiba-tiba mengganggu pergerakkanku. Agak licin. Kumemasuki dewan masjidnya. “ Eh, ramainya orang, penuh dewan”, bisikku. Ku berjalan membongkok diri sedikit di celah-celah pengunjung di situ. “Ah, dah jumpa dah tempat strategic, betul-betul menghadap pentas forum”. Ku melabuhkan punggungku. Menanti dan terus menanti. Dewan sedikit riuh,al-maklum lah. Mataku terpacak ke depn. Kadang-kadang, mata ini juga melilau ke kanan dan ke kiri, memmerhati kot-kot ada sahabat-sahabat lama, atau yang dikenali. “Eh, tak kenal sorang pun, students UiTM pun tak nampak batang hidung.. Erm…. Maybe muslimat je kot yang dating, duk kat belakang kot”, fikirku.

Suara gema MC, tiba-tiba mengejutkan semua hadirin. Senyap. MC terus memperkenalkan barisan ahli panel iaitu Datuk Ismail Kamus, Dato’ Hashim Yahya dan forum dipengerusikan oleh Dato’ Hasan Ali. Selama 2 jam lebih ku ternganga di sana, setiap point-point yang penting ku catat dalam nota ku. Mungkin ku boleh list kat sini beberapa point.

Persoalan tarbiyyah memang tidak boleh dipisahkan dengan individu yang ingin terus bersama-Nya. Individu yang beriltizam dengan perjuangan-Nya sebagaimana yang diasaskan oleh kekasih-Nya dan utusan kepada seluruh manusia keseluruhannya. Tarbiyyah dalam erti kata yang mudah adalah ,merujuk kepada mendidik atau juga mengajar. Tetapi apabila dirujuk kepada khususiyyah adalah merujuk kepada proses mendidik diri untuk membina syakhsiah sebagai seorang muslim sejati.

Apa yang memeningkan ku sejak sekian lamanya adalah berkaitan model pentarbiahan yang telah diasaskan oleh Rasul junjungan sejak individu berada dalam kandungan, umur kanak-kanak, remaja dan dewasa.Ku tercari-cari model itu. Diumur remaja, apa yang sepatutnya mereka telah miliki, apa yang perlu diberi semasa ini dan akan datang. Bagaimana pendekatan terbaik. Perlu tak ketegasan dan di mana.. Erm….menjadi assignment bagiku..

Sepanjang forum ini, satu point yang menarik bagiku. Dalam proses mendidik anak-anak, ada 2 elemen penting yang perlu ada iaitu :

1. Kasih Sayang
2. Ketegasan

Bagaimana Rasulullah s.a.w mendidik Hasan Husin sehinggakan Rasulullah sanggup ditunggani mereka samada semasa solat dan di luar solat. Bagaimana begitu tegasnya Rasulullah apabila mendepan hokum Allah dan melibatkan ahli keluarganya..

Erm…. Persoalan yang perlu ku ungkaikan….
Secara detailnya

"BERSAMBUNG....."



Isnin, 18 Mei 2009

Sory





I'm so sorry because do not update this blog for about 1 month..

Sedikit kekalutan...

When i a bit free... i will update with the latest issue.

Tq


Selasa, 24 Mac 2009

USLUB DA’WAH-Siri1



MUQADDIMAH


Dewasa ini kita melihat semakin ramai mad'u yang diabaikan oleh para da'i rentetan ketidakfahaman tentang cara pendekatan/uslub yang sebetulnya, mengikut keadaan masa dan akal mad'u. Bagi memastikan kesinambungan dakwah, para da’i hendaklah memiliki beberapa persiapan bagi memastikan mereka terus bersedia dan beristiqamah dalam mengajak manusia kepada mengenal Allah SWT. Persiapan-persiapan ini termasuklah persiapan ilmu, mentaliti, jasmani, rohani, akhlak dan daya kepimpinan.

tentang uslub dakwah itu sendiri. Ilmu dakwah dan uslubnya adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan, umpama aur dengan tebing, yang menjadi penentu kepada kejayaan dakwah yang hendak dibawa. 

DEFINISI DAN PENGERTIAN USLUB DAKWAH

‘Uslub’ adalah perkataan Arab yang membawa maksud jalan atau seni dalam percakapan atau pekerjaan. Juga didefinisikan sebagai metodologi atau cara melakukan sesuatu atau sistem melakukan sesuatu. 

DEFINISI DAN PENGERTIAN USLUB DAKWAH 

‘Uslub’ adalah perkataan Arab yang membawa maksud jalan atau seni dalam percakapan atau pekerjaan. Juga didefinisikan sebagai metodologi atau cara melakukan sesuatu atau sistem melakukan sesuatu.
‘Uslub’ adalah perkataan Arab yang membawa maksud jalan atau seni dalam percakapan atau pekerjaan. Juga didefinisikan sebagai metodologi atau cara melakukan sesuatu atau sistem melakukan sesuatu.
Uslub dakwah merupakan suatu sistem tersendiri yang tidak boleh dicipta oleh mana-mana sistem di alam cakerawala ini. Ianya bersifat rabbani; diwahyukan oleh Allah SWT kepada semua RasulNya untuk diaplikasikan mengikut tahap dan situasi. Uslub tersebut tidak ketinggalan zaman kerana ianya bersifat terkini selamanya yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan siapakah yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT” (Surah al-Fussilat: 33) 

Uslub dakwah merupakan suatu sistem tersendiri yang tidak boleh dicipta oleh mana-mana sistem di alam cakerawala ini. Ianya bersifat rabbani; diwahyukan oleh Allah SWT kepada semua RasulNya untuk diaplikasikan mengikut tahap dan situasi. Uslub tersebut tidak ketinggalan zaman kerana ianya bersifat terkini selamanya yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan siapakah yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT” (Surah al-Fussilat: 33) 

“Dan siapakah yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT” (Surah al-Fussilat: 33) 


Senjata pertama yang perlu dimiliki oleh seorang da’i ialah persiapan ilmu. Secaranya umumnya setiap da’i hendaklah memahami persoalan aqidah, akhlak, hukum-hukum fiqh dan seterusnya ke peringkat yang lebih besar dalam persoalan dakwah dan jihad.

Keberkesanan dakwah berkadar terus dengan selok belok dakwah yang antara lainnya menyentuh

Usaha yang lebih berkesan dan realisasi mesej hanya boleh dicapai apabila dakwah itu mempunyai method atau uslub yang relevan dan terkini. Dengan ini, methodologi itu merupakan satu ilmu, yang perlu dipelajari, dikaji dan dikuasai sebaiknya bagi memudahkan segala urusan dalam lapangan kehidupan.




. Bersambung.....


Nukilan Ilmu Daripada Kuliah Prof. Dato Dr. Haron Din


Ahad, 22 Mac 2009

Kebersihan

Termenung ku seketika. Setiap helaian ku teliti satu persatu. Berbahasa Arab yang simple, benar-benar tidak menyusahkan sesiapa yang ada asas bahasa Arab untuk menelitinya. Buku 2 jilid ini dengan setiap satu bermuka surat 200 benar-benar menguji tatabahasa Arabku. Almaklumlah sudah hampir enam tahun ku meninggalkannya. Namun mataku tak lekang meneliti setiap untaian katanya.

“Assakhsiyatul Muslimi”- sakhsiah @ akhlak sebagai seorang muslim, karangan Abu Alhashimi Al-Jaaafari benar-benar menyentuh sanubariku. Masakan tidak, apabila membaca setiap bait-bait yang ditulisnya, membakar setiap jiwa yang bergelar muslim ini. Setiap patah perkataannya, seolah-olah mengetuk kepala-kepala yang mengaku muslim ini. Ku tenungi masyarakat muslim sekelilingku. Memang jauh berbeza seperti yang digariskan, Cuma ada segelintir..

Cuma satu je topic yang ingin ku perkatakan di sini adalah berkisarkan kepada soal kebersihan…

Masyarakat kita bukannya tidak tahu berkaitan kebersihan ini. Masing-masing boleh menyebut bahawa Kebersihan itu sebahagian cabang-cabang iman yang perlu disempurnakan. Tetapi bila tengok sekeliling, nampak cam orang tidak tahu berkaitan kebersihan ini adalah melibatkan keimanan... erm.....

Sedar atau pun tidak, sebenarnya Andaikata kita tidak mempraktikkan dasar ini, ini akan mencacatkan iman kita. Bagaimana mungkin kita melafazkan kalimah iman kepada Allah, mengucap dua kalimah syahadah tetapi pada masa yang sama kita menafikan tuntutan-tuntutan kalimah tersebut? Bagaimana mungkin kita menghadap Allah dengan keadaan iman yang cacat ini? Boleh ke masuk syurga ni??.....

Bercakap dengan isu yang besar-besar, tetapi isu yang kecil ni pun kita entah di mana...

Sama-samalah kita bermuhasabah. Yang baik, ambil sebagai pengajaran, yang buruk tinggal-tingalkanlah. Apa-apa pun, setiap perbuatan dan perubahan biarlah berniat kerana Allah.

Antara contoh yang berlaku dalam masyarakat kita, negara Islam:
  • lempar sampah merata-rata
    habis makan je, terus lempar sekeliling. Kalau naik kenderaan, lempar ikut tingkap kenderaan, sampah dalam kenderaan
  • Luar Rumah- sungai..Masya Allah, tepi jalan, tepi rumah, kat pejabat, sekolah, masjid pun
  • Halaman rumah dan dalam rumah-
  • pengurusan bau- baju lama dah tak basuh, tergantung kat sana sini, longkang tersumbat dibiarkan cam tu, tong sampah
  • pengurusan kebersihan diri- tandas,ish2... siap kat masjid lagi..erm..

Alam Bunian...




Kuliah Undang-undang keluarga Islam oleh Prof Madya Dr Fauzi Muhamad kuhadiri seperti biasa minggu ini. Namun apa yang ingin ku kongsi di sini adalah berkaitan beberapa cerita yang agak menarik bagiku. Isu yang disebutnya adalah berkaitan alam bunian. Beliau ada menceritakan individu-individu yang berdepan secara sendiri dengan alam yang unik ini, disembunyikan dan sebagainya.

Erm….

Menanam minatku untuk mengkaji fenomena misteri ini. Sedikit perjumpaan dengan yang mahir dan berpengalamn perlu, pembacaan dan pengalaman sendiri juga perlu dalam merungkai alam misteri ini.

Nantikan kemunculannya….