Hari ini riuh dengan isu kenaikan harga minyak. Bukan, sejak
semalam lagi. Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri pada petang semalam
berkaitan kenaikan sebanyak 20 sen untuk petrol RON95 yang akan berharga RM2.10
seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. Kenaikan harga minyak ini
sebenarnya disebabkan pengurangan subsidi kerajaan dari 83 sen seliter untuk
RON95 ke 63sen seliter dan untuk diesel dari RM1 ke 80sen.
Pengumuman PM
Isu ini hangat diperkatakan dalam laman-laman sosial, surat
khabar dan lain-lain. Ada yang menyokong dan ada juga membantah. Mungkin kita
boleh menyalin beberapa kenyataan sama ada daripada pihak penyokong kerajaan
mahupun daripada pihak selainnya.
Komen Ketua Pembangkang
Secara peribadinya saya lihat, penyokong BN ini mesti
menyokong dan mempertahankan bermati-matian sebarang isu kerajaan. Sebagai
contoh dulu isu PTPTN yang dibawa oleh Datuk Seri Idris Jusoh mengatakan akan
menggunakan blacklist CCRIS untuk menyenarai peminjam yang engkar, penyokong BN
semua menyokong,mempertahankan dan siap kutuk-kutuk lagi siapa yang
menentangnya. Tetapi apabila ditarik balik, penyokong tersebut puji dan sokong
pula. Pelik dan ajaib juga mereka ini.
Untuk isu ini, rasenya lebih kurang sama.. Sama-sama kita
perhatikan.
Kita sebagai rakyat biasa apabila berdepan dengan sesuatu isu itu,alangkah baiknya kita melihat daripada pelbagai perspektif
pandangan semua pihak, baik pandangan kerajaan mahu pun bukan kerajaan. Begitu
juga penyokong kerajaan dan penyokong bukan kerajaan. Dari situlah melahirkan
daya berfikir dalam diri kita.
Dalam keadaan suasana
hari ini, lebih-lebih lagi isu pilihanraya yang masih terasa panasnya, tetiba
naik harga minyak, em memang akan ada yang terasa pedasnya.
Masihkah kita ingat sebelum pilihanraya, ada beberapa
kenyataan menyatakan harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya.
Dimanakah janji-janji tersebut? Rakyat melihatnya.
Beberapa link yang menarik perhatian:
0 ulasan:
Catat Ulasan