Kisah
Mat Rempit Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan | Insan Terpilih
tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an
dahulu. Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan
Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.
Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam
dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu
kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama
bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….
Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya
menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah
daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala
urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak
Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung
bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”….
Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang
hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….
Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi
sedikit….Dengan penuh mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya
apa yang dijanji oleh Allah adalah benar….!
Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah
telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka
torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam
dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah….
Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi
masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur
bagi menanti sebarang kemungkinan…..
Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi
koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa
berkaca……Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup
Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri
selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak
termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar
agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi
baik….
Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang
segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang
yang mendengar cerita Dawawi…
“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu,
sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam
hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….
Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah
beredar meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang
meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali
bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah
telinganya….
Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi
Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai
bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari hadapannya, 2
orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi
sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak
kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya)….
Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia
ditanya kepada Dawawi, “MA RABBUKA!”, “MA NABIYYUKA!”, “MA DINNIKA”, “MA
KIBLATUKA!”, “MA IMMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1 pun
soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun
beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..
Dawawi dilibas dengan
rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut
terus melilit seluruh anggotanya…Subhanallah..!
Beliau menjerit dan
berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya
itu sahaja ratapannya waktu tu….Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar
bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali
lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah
melibasnya sebentar tadi….
Hamba Allah yang
berjubah tadi….Bertanya lagi : “MA RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh
Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi…Setelah libasan
tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa
beliau telah terlantar di wad Hospital…..Subhanallah…!
Mus dan rakannya yang
mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….
Allah memberi peluang
untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah
kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita….
Dawawi hanya “Hidup
Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau
membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah…..Katanya : “Aku
takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di
sana….” Subhanallah!
Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan
solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika “Meninggal Dunia”
kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3 Tahun
selepas itu….
Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana
mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa
digunakan untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla
cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya…..
Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk
dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….Allah tak pilih kita
untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk
tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi….
Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat
bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti….Insya Allah…
0 ulasan:
Catat Ulasan