Apabila melihat kembali blog ini, aduhai.. lamanya tidak
update. Mungkin kesibukan bekerja menyebabkan seolah-olah tiada masa untuk
menaip apa-apa untuknya. Atau mungkin juga ketidakurusan masa dengan baik juga
turut menyumbang kepada ketidakkemaskinian blog ini. Apapun sebabnya, untuk
akan datang ini, cubalah taip sedikit kalaupun tidak banyak.
Bekerja sebagai seorang pendidik ini, bukanlah sesenang yang
diharapkan sebagaimana banyaknya cerita-cerita dalam masyarakat yang
dihebah-hebahkan. Ada cabaran tersendiri. Kita memang bekerja untuk mendidik
pelajar. Walaubagaimanapun, bukan sahaja masuk kelas untuk mengajar, tetapi
juga kita akan turut terlibat dengan aktiviti di sekolah.
Sebelum kita masuk kelas, memang kena buat persediaan
mengajar, apa-apa yang patut perlu kita sediakan. Selain itu, kena semak
latihan pelajar, buat soalan, tanda jawapan pelajar, masukkan markah pelajar
dalam system online,offline,buku rekod pelajar. Yang jadi guru tingkatan kena
ambil tahu pelalarnya,kehadiran dan lain-lain.Kalau ada aktiviti di sekolah,
gurulah yang akan jadi AJK. Buat banner,persiapan dewan dan lain-lain. Kalau aktiviti
ko-kurikulum, guru jugalah yang jadi jurulatih bola sepak,olahraga, jadi
penasihat pengakap, aktiviti perkhemahan, kawad, pertandingan dan
sebagainya.Ada juga jadi Ajk majalah sekolah. Yang jadi bahagian ICT, memang
kena bersedia untuk kerja-kerja ICT termasuklah pembangunan aplikasi sekolah
dan hal-hal seumpama dengannya. Kena juga jadi pegawai peralatan sekolah dan
lain-lain.
Itulah adalah sebahagian tugas-tugas guru.Mungkin ada
sahabat guru kita yang diluar itu boleh tambah lagi isi di sini. Sekadar perkongsian.
0 ulasan:
Catat Ulasan