Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat terbaru ini
menyambut hari ibu pada minggu ke-2 bulan Mei setiap tahun. Dengan keadaan
iklan yang diwarwarkan di mana-mana, sama ada di media massa dan media
elektronik, memeriahkan lagi suasana hari ibu. Walaubagaimanapun, kita sebagai
seorang muslim, janganlah menyambut hari ibu ini untuk setahun sekali ini
sahaja, tetapi hari ibu kita adalah sepanjang tahun. Itulah sepatutnya.
Ibu, betapa besar dan banyaknya jasamu kepada kami
Tanpa engkau, tidak mungkin kami ini akan dilahirkan
Enkaulah perantara ketentuan Ilahi
Dari rahimmulah, kami dibesarkan
Bermulanya kami ini setitik benih
Kemudian beransur-ansur menjadi seketul darah
Membentuk daging dan tulang temulang ini
Di Rahim inilah kami dibekalkan dengan segala nutrient makanan
yang diperlukan
Semua itu datangnya daripada dikau wahai ibu
Jika dulu engkau dapat menikmati makanan seenaknya
Tetapi kini setelah kami berada dalam dirimu, semuanya berubah
Engkau menjadi tersangat lapar walaupun baru sahaja
menikmati santapanmu
Engkau kadang-kadang tersentak dari lamunan tidurmu
Dek kerana gangguan kami yang menendang-nendang perutmu
Engkau kadang-kadang terbeban setiap masa, memikul kami
ini ke mana-mana
Engkau merasa cepat penat, letih, berpeluh-peluh kerana
kami di sisi
Sembilan bulan engkau tanggung
Pada saat kelahiran kami, pelbagai penderitaan yang
engkau terpaksa hadapi
Sehingga tidak termampu untuk diungkapkan melalui
kata-kata
Hanya tuhan sahajalah yang tahu, penderitaan dikau.
Terima kasih ibuku…
0 ulasan:
Catat Ulasan