3 hari yang lepas, ku
bersama-sama sahabat guru meraikan hari yang berbahagia dalam hidup kami
sebagai seorang guru. Memang kehidupan seorang guru ini ada cabarannya yang
tersendiri. Hanya guru sahaja yang memahami hidup sebagai seorang guru.
Kadang-kadang kita ada terbaca di
mana-mana berkaitan komen-komen, kritikan, tuduhan dan sebagainya terhadap
guru. Cubalah teliti dahulu siapakah mereka ini, adakah seorang guru jua.
Sepemerhatian saya, semua itu adalah komen daripada orang luar yang tidak
terlibat dalam profesion perguruan. Bagi saya, orang-orang seumpama ini perlu
diberi ruang kepadanya untuk menjadi guru walau dalam tempoh masa yang sekejap.
Sebagai contohnya dalam masa sebulan ke, agar mereka ini lebih memahami kerjaya
seorang guru dan pada masa yang sama jikalau mereka ini juga adalah ibu bapa,
maka mereka boleh memain peranan yang terbaik semasa berada di rumah.
Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan sepenuhnya peranan mendidik anak-anak mereka
kepada guru-guru dan pihak sekolah. Cuba bayangkan berapa bilangankah pelajar
di sekolah berbanding guru-guru. Dikalangan pelajar ini pula punyai pelbagai
ragam manusia. Ada yang suka ponteng
kelas, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah, tak suka belajar, buat kacau
bising dalam kelas, kerja sekolah gagal disiapkan dan lain-lain lagi, semuanya
itu men’tension’kan guru di sekolah. Alangkah baiknya kalau semua pelajar macam
robot, boleh dikawal tuturbicaranya, kelakuannya, semua focus untuk belajar. Tugas
guru masuk kelas, mengajar dan keluar kelas. Di samping itu juga, guru pun
boleh focus kepada pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya tanpa memikirkan
perkara-perkara yang lain.
Bila terkenang kembali masa
yang lalu, ku dulu adalah seorang pelajar dan di hadapanku adalah seorang guru.
Masa terus berlalu dan kini ku telahpun bergelar sebagai seorang guru juga.
Memang banyak jasa yang telah ditaburkan oleh guruku kepadaku. Ku hargai
sangat-sangat. Setiap wajah guru-guruku sentiasa menari-nari dalam ingatan.
Merekalah yang menjadi mentorku dalam mendidik anak bangsa ini. Segala ilmu
yang kuperolehi, akan ku abadikan dan persembahkan kepada masyarakat untuk
manfaat sejagat.
Terima Kasih guru…
Di sini ku ungkilkan nukilan dari Sasterawan Negara
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
0 ulasan:
Catat Ulasan