Hari ini,
sudah lebih 800 nyawa telah terkorban dalam krisis yang melanda Mesir. Pertumpahan
darah berlaku di mana-mana. Sungguh kejam, tragis, pihak yang menggunakan
kekerasan sebagai penyelesaian krisis. Bukan sahaja menggunakan gas pemedih
mata, memukul, menendang tanpa belas kasihan, malahan turut menggunakan peluru
hidup menembak insan-insan yang bergelar rakyatnya sendiri ini, tanpa mengenal
erti kanak-kanak kecil, orang tua, orang yang lemah serta rakan-rakan seagama.
Di manakah nilai kemanusiaan yang ada dalam diri mereka, sehingga sanggup
memperlakukan orang lain sedemikian rupa? Di manakah nilai keagamaan yang ada
dalam diri mereka, sehingga sanggup menzalimi rakan-rakan seagama mereka;
sanggup memukul dan menembak mereka bagaikan mereka itu hanyalah seumpama
haiwan-haiwan liar yang berkeliaran di sana-sini, yang boleh ditembak sesuaka
hati, tanpa maruah diri sebagai seorang manusia? Dimanakah para alim ulama yang
berani tampil ke depan menyatakan kebenaran dan memeperbetulkan mereka yang
zalim ini? Di manakah para pemimpin negara Islam yang lain; membisu bahasa
dengan isu di Mesir ini? Di manakah OIC, pertubuhan Negara-negara Islam dan
peranannya? Di manakah suara-suara umat Islam di seluruh dunia yang lain; yang
dikatakan bilangannya lebih separuh daripada jumlah penduduk dunia ini? Di
manakah PBB?
Andaikata
kita meletakkan diri kita berada di Negara yang bergolak itu, tetiba semasa
kita menghadiri masjid Al-Fath untuk melaksanakan tanggungjawab Jumaat kita.
Tatkala itu kita memerhatikan satu persatu rakan masjid kita gugur syahid
ditembak sewenang-wenangnya, bagaimanakah perasaan kita. Lebih-lebih lagi yang
turut terlibat terkorban adalah ayah kita, adik dan abang kita, malahan ibu
kita. Ya Allah.. Kejamnya mereka… Ya Allah…
Ayuh sahabat-sahabat
sekelian, mereka adalah saudara-saudara kita semua. Saudara sesame manusia,
saudara sesame agama. Bantulah mereka, setakat mana yang kita mampu. Tunjuklah
kebencian kita kepada orang yang melakukan kezaliman ini. Tahniah kepada yang
sempat berhimpun di masjid-masjid, di kedutaan Mesir, menyatakan bantahan kita,
ketidaksokongan kita kepada pencerobohan demokrasi ini. Biar pentadbir haram
sementara Mesir ini, merasa agar tertekan dengan tekanan antarabangsa yang kita
berikan itu. Dan juga paling kurang yang boleh kita buat, berdoalah kepada
Tuhan agar menyelamatkan saudara-saudara kita ini daripada orang-orang yang
zalim, makmurkanlah kembali Negara Mesir ini dan mudah-mudahan pemimpin mereka
yang zalim ini akan menerima balasan setimpal dengan apa yang telah mereka
lakukan. Ameen
0 ulasan:
Catat Ulasan