Rabu, 19 September 2012
Matematik dan Solat
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Secara matematiknya, kita lihat berikut:
Solat berjemaah :
1 waktu = lebih 27 kali pahala
1 hari = 5 waktu x 27 = lebih 135 kali pahala
Sebulan = 30 hari x 135 = lebih 4,050 kali pahala
Setahun = 12 bulan x 4,050 = lebih 48,600 kali pahala
10 tahun = 10 tahun x 48,600 = lebih 486,000 kali pahala
Solat sendirian :
1 waktu = 1 pahala
1 hari = 5 waktu x 1 = 5 pahala
Sebulan = 30 hari x 5 = 150 pahala
Setahun = 12 bulan x 150 = 1800 pahala
10 tahun = 10 tahun x 1800 = 18,000 pahala
Sama ada kita sedar atau tidak, bagi yang sembahyang sendirian di rumah selama 10 tahun, pahalanya hanya menyamai beberapa bulan solat berjemaah.
Andai kata pahala 486,000 itu dalam bentuk RM486,000 (atau 486,000 liter petrol) agaknya barulah ramai manusia mengejarnya. Ramai manusia inginkan syurga tapi tidak mencari ke arahnya; sebaliknya ramai manusia yang takutkan neraka tapi tidak menghindar diri dari terjerumus kepadanya. Wallahu'alam.
share drpd sebuah blog
Khamis, 30 Ogos 2012
Salam Aidifitri dan Salam Perkahwinan
Ai kad jemputan kawen pun de juga ye sempena sambutan hari
raya ni.. pepun….
Tahniah lah kepada sahabat2 yang akan melangsungkan
perkahwinan sempena cuti hari raya nanti. Cuma sedikit perkongsian berdasarkan
pengalaman perkahwinan sebagai menjadi rujukan untuk anda.
- Ijab dan Qabul
Untuk ijab dan
qabul ini, sebelum anda bersalam dengan tok imam/wali yang akan mengahwinkan
anda, cubalah Tanya dahulu lafaz qabul yang macam mane yang dikehendaki oleh
tok imam/wali yang perlu anda jawab nanti. Biasanya lafaz yang digunapakai
adalah lafaz kata tempatan. Walaupun sebelum ini anda pernah menghafal kata
qabul ini daripada buku2 agama, terima lisan daripada mana2 ustaz/tok guru,
ataupun anda pernah mendengar ceramah daripada mana2 tok guru berkaitan lafaz ini, tok imam
berkenaan tetap akan berpegang kepada lafaz yang dia telah tetapkan itu
walaupun kita mempertikaikannya berdasarkan keilmuan yang kita ada. Ini semua
bergantung kepada tok imam itu, kalau dia jenis terbuka dengan lafaz ini, maka
senanglah urusan kita.
Isnin, 18 Jun 2012
Hati-hati Sepanjang Perjalanan
Alhamdulillah, sudah ramai antara kita ini sudah berkecimpung dalam bidang pembangunan insan ini; iaitu suatu bidang yang memerlukan semangat juang yang tinggi dalam mengharungi ranjau berduri liku-liku perjuangan. Yang saya maksudkan di sini adalah bidang dakwah; mengajak manusia kembali pada fitrahnya, mentaati suruhan pencipta_Nya sebagaimana yang telah dipelopori oleh para nabi dan rasul terdahulu. Memang itulah tugas mereka, dan apabila mereka sudah tiada, maka siapalah lagi yang diharapkan untuk menyambung perjuangan tersebut jika tidak diletakkan pada bahu kita semua ini. Sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah dalam Al-Quran, kita inilah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia sejagat, untuk menyuruh ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Maka sebab itulah, galaslah tugas ini dengan sebaik-baiknya. Berwaspadalah kepada musuh-musuh kita yang sentiasa berusaha untuk memesongkan setiap langkah kita ini. baik berupa serangan luaran dan juga dalaman kita sendiri. Apa yang saya ingin kongsikan di sini, beberapa isu hasil daripada pembacaan buku haraki di mana cuba membongkar masalah yang sering
dihadapi gerakan Islam sepanjang zaman iaitu masalah dalaman yang
mengganggu perjalanan gerakan Islam, di samping mencari jalan penyelesaian kepada
masalah yang dihadapi berkaitan ahli dan pendukung gerakan Islam sendiri dan memberi suntikan baru kepada ahli untuk lebih komited dalam perjuangan
dengan memahami tentang cabaran dan dugaan yang akan dihadapi.
Antara ancaman pertama iaitu : Al-FUTUR (terhenti dan melengah-lengah)
Pengertian
Dari sudut bahasa :-
(1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak.
(2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.
Atasilah dengan :
- Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar ataupun yang kecil
- Berterusan melakukan ibadat harian
- Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat
- Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama.
- Meletakkan diri dalam dakapan jamaah
- Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya
- Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
- Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan.
- Sentiasa mendampingi orang-orang yang soleh yang berjihad dikalangan hamba Allah.
- Memberi hak kepada badan
- Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus.
- Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi
- Sentiasa mengingati mati dan soal kubur
- Sentiasa mengingati syurga dan neraka
- Sentiasa menghadiri majlis ilmu
- Menerima Islam secara keseluruhan
- Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa
Rujukan:
Wabak sepanjang Jalan
Ahad, 20 Mei 2012
Selamat Hari Guru
3 hari yang lepas, ku
bersama-sama sahabat guru meraikan hari yang berbahagia dalam hidup kami
sebagai seorang guru. Memang kehidupan seorang guru ini ada cabarannya yang
tersendiri. Hanya guru sahaja yang memahami hidup sebagai seorang guru.
Kadang-kadang kita ada terbaca di
mana-mana berkaitan komen-komen, kritikan, tuduhan dan sebagainya terhadap
guru. Cubalah teliti dahulu siapakah mereka ini, adakah seorang guru jua.
Sepemerhatian saya, semua itu adalah komen daripada orang luar yang tidak
terlibat dalam profesion perguruan. Bagi saya, orang-orang seumpama ini perlu
diberi ruang kepadanya untuk menjadi guru walau dalam tempoh masa yang sekejap.
Sebagai contohnya dalam masa sebulan ke, agar mereka ini lebih memahami kerjaya
seorang guru dan pada masa yang sama jikalau mereka ini juga adalah ibu bapa,
maka mereka boleh memain peranan yang terbaik semasa berada di rumah.
Kebanyakkan ibu bapa menyerahkan sepenuhnya peranan mendidik anak-anak mereka
kepada guru-guru dan pihak sekolah. Cuba bayangkan berapa bilangankah pelajar
di sekolah berbanding guru-guru. Dikalangan pelajar ini pula punyai pelbagai
ragam manusia. Ada yang suka ponteng
kelas, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah, tak suka belajar, buat kacau
bising dalam kelas, kerja sekolah gagal disiapkan dan lain-lain lagi, semuanya
itu men’tension’kan guru di sekolah. Alangkah baiknya kalau semua pelajar macam
robot, boleh dikawal tuturbicaranya, kelakuannya, semua focus untuk belajar. Tugas
guru masuk kelas, mengajar dan keluar kelas. Di samping itu juga, guru pun
boleh focus kepada pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya tanpa memikirkan
perkara-perkara yang lain.
Bila terkenang kembali masa
yang lalu, ku dulu adalah seorang pelajar dan di hadapanku adalah seorang guru.
Masa terus berlalu dan kini ku telahpun bergelar sebagai seorang guru juga.
Memang banyak jasa yang telah ditaburkan oleh guruku kepadaku. Ku hargai
sangat-sangat. Setiap wajah guru-guruku sentiasa menari-nari dalam ingatan.
Merekalah yang menjadi mentorku dalam mendidik anak bangsa ini. Segala ilmu
yang kuperolehi, akan ku abadikan dan persembahkan kepada masyarakat untuk
manfaat sejagat.
Terima Kasih guru…
Di sini ku ungkilkan nukilan dari Sasterawan Negara
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Sabtu, 19 Mei 2012
Ibu
Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat terbaru ini
menyambut hari ibu pada minggu ke-2 bulan Mei setiap tahun. Dengan keadaan
iklan yang diwarwarkan di mana-mana, sama ada di media massa dan media
elektronik, memeriahkan lagi suasana hari ibu. Walaubagaimanapun, kita sebagai
seorang muslim, janganlah menyambut hari ibu ini untuk setahun sekali ini
sahaja, tetapi hari ibu kita adalah sepanjang tahun. Itulah sepatutnya.
Ibu, betapa besar dan banyaknya jasamu kepada kami
Tanpa engkau, tidak mungkin kami ini akan dilahirkan
Enkaulah perantara ketentuan Ilahi
Dari rahimmulah, kami dibesarkan
Bermulanya kami ini setitik benih
Kemudian beransur-ansur menjadi seketul darah
Membentuk daging dan tulang temulang ini
Di Rahim inilah kami dibekalkan dengan segala nutrient makanan
yang diperlukan
Semua itu datangnya daripada dikau wahai ibu
Jika dulu engkau dapat menikmati makanan seenaknya
Tetapi kini setelah kami berada dalam dirimu, semuanya berubah
Engkau menjadi tersangat lapar walaupun baru sahaja
menikmati santapanmu
Engkau kadang-kadang tersentak dari lamunan tidurmu
Dek kerana gangguan kami yang menendang-nendang perutmu
Engkau kadang-kadang terbeban setiap masa, memikul kami
ini ke mana-mana
Engkau merasa cepat penat, letih, berpeluh-peluh kerana
kami di sisi
Sembilan bulan engkau tanggung
Pada saat kelahiran kami, pelbagai penderitaan yang
engkau terpaksa hadapi
Sehingga tidak termampu untuk diungkapkan melalui
kata-kata
Hanya tuhan sahajalah yang tahu, penderitaan dikau.
Terima kasih ibuku…
Jumaat, 11 Mei 2012
Al-Kisah..
Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di
masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan
lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan
pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju
masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi,
bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi
berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di
perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.'
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa
lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali
diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu
menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg
membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan
kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua
kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke
masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya
membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh
penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn
selamat..'
MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah
tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi
melaksanakan niat baik tersebut .
Di petik dari seorang sahabat dalam facebook..
Khamis, 26 April 2012
Tabiat Jalan Dakwah
Merupakan suatu jalan yang susah dan
panjang
Memerlukan kesabaran dan ketekunan
memikul bebanan yang berat
Memerlukan kemurahan hati, pemberian
dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus
harapan
Kita hanya disuruh
berusaha, tidak disuruh melihat hasil dan buahnya
Hasilnya terserah kepada
Allah di waktu yang dikehendaki-Nya
Akan berhadapan dengan gangguan dan penyeksaan daripada golongan taghut dan musuh-musuh Islam
Akan menerima tuduhan-tuduhan keji yang
direka-reka.
Sepanjang perjalanan, mesti ada :
- Iman yang mendalam
- Perancangan pembentukan gerakan yang rapi dan kemas
- Usaha dan amal yang berterusan
Langgan:
Catatan (Atom)






