Pages

Selasa, 15 Julai 2008

DAKWAH FARDIYYAH


Dakwah sebenarnya punyai banyak istilah/pendekatan yang diperkenalkan. Pokok asasnya ialah mengajak manusia kepada Islam, kebaikan, kebajikan dan mencegah mereka daripada mengingkari perintah Allah. Semua ini didasari dengan hikmah dan dipagari dengan syariat.

Dua istilah sahaja yang saya ingin utarakan di sini. Yang selebihnya insya Allah kita akan bincang pada masa akan datang. Dakwah Ammah dan dakwah Fardiyyah. Yang utama ingin saya bincangkan di sini ialah dakwah Fardiyyah.

Dakwah Ammah secara kasar ialah suatu pendekatan dakwah secara umum iaitu kita memasarkan Islam ini kepada masyarakat umum tanpa kita ketahui kedudukan sosial, ilmu dan kefahaman mereka. Ada yang alim, ada yang jahil dan sebagainya. Caranya terlalu banyak. Biasanya melalui ceramah, pidato, kuliah, penulisan, pasang kaset dan sebagainya. 


Dakwah Fardiyyah pula adalah pendekatan dakwah secara khusus dan peribadi kepada individu-individu tertentu yang kita sasarkan. Kita membantu mad’u sehingga mereka menjadi mukmin sejati. Kita menyelami diri mad’u, kenal, tahu kedudukan sosial mereka, kedudukan ilmu, iman, kefahaman, pengamalan mereka dengan agama dan sebagainya. Di sinilah kita akan bimbing mereka. Kalau yang baru memeluk Islam, bagaimana kita nak bimbing, yang rockers bagaimana pula. Kalau yang hafiz, bagaimana dan lain-lain lagi kedudukan dan posisi mad’u tersebut.

Dakwah Fardiyyah biasanya dibawa dan dipraktikkan di dalam usrah sebenarnya. Rasanya saya tidak perlu untuk terangkan di sini apa itu usrah. Dakwah Fardiyyah ini memepunyai 7 peringkat yang telah diasaskan oleh ulama’-ulama’ haraki terdahulu. Antaranya :

PERINGKAT PERTAMA
Apa yang perlu kita buat pada peringkat ini ialah berkenalan, konsep yang mudah. Berkenalan dengan individu-individu yang kita sasarkan. Wujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u. Bagaimana caranya itu adalah bergantung kepada pendekatan masing-masing. Yang paling mudah, beri salam dan kemudian berbual-bual pasal pengajian, tempat tinggal dan sebagainya. Seelok-eloknya ialah kita wujudkan ’sharing’ di sini. Dia memberi, kita pun memberi. Pada peringkat ini, kita tidak perlu lagi berbincang dengan mad’u pasal iman, dakwah dan sebagainya. Apa yang penting adalah wujudkan hubungan dan kemesraan antara hati-hati ini. Berjayanya peringkat ini adalah apabila mad’u merasakan kita benar-benar mengambil berat terhadap dirinya, bertanya khabar apabila dia tiada dan sebagainya. Peringkat ini bukannya terbina dalam masa satu hari, tetapi bergantung kepada pembawaan masing-masing.

Bersambung.........

Jumaat, 4 Julai 2008



Subhanallah......



Batu ni la yg nk ikut Rasulullah s.a.w time israk mikraj.. mmg dye terapung.. kt palestin.



Gambar batu seakan-akan sujud...hadap kiblat



Kebesaran kalimat "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT" berbentuk pokok