Pages

Isnin, 19 Oktober 2015

Tayar Kereta Kita


Kita sering menukar tayar kereta...tapi kita sering lupa untuk meneliti nombor-nombor dan kod-kod yang ada tayar tersebut. Sebenarnya ada maklumat penting seperti, tarikh tayar dikeluarkan dan had laju maksimum yang perlu kita teliti sebelum bersetuju untuk membeli tayar tersebut.....


205/65/R15 94H


Nombor 205 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.

Nombor 65 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan angka 15 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.

 Nombor 94 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg.

Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sehingga 210 km/j.

Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
 - T - 190 km/j
 - U - 200 km/j
 - H - 210 km/j
 - V - 240 km/j
 - Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j


Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 0811 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 8 pada 2011. 



0 ulasan: