Pages

Rabu, 21 Oktober 2009

Jumaat, 16 Oktober 2009

5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT

-->
Kesibukan sikit, lama tidak meng'update' blog ini. Apa pun, dalam sudut tazkirah kali ini, kita hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit, kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja, tetapi tidak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
    Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang sempit fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
     Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
     Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat. Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa.

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita menyebut selalu macam resam ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).

   Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.

     Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Ahad, 30 Ogos 2009

Sabtu, 1 Ogos 2009

10 LATIHAN TAJAM MINDA

1) Tarik nafas dalam dalam dan tahan selama 10 saat. Ia dapat membantu menyalurkan oksigen dengan banyaknya dan menjadikan otak anda berfikir dengan cepat

2) Biasakan diri bermain permainan yang mencabar minda seperti teka silang kata, puzzle, sudoku dan sebagainya

3) Bersenam kerana ia dapat merangsang pengeluaran bahan kimia ‘endorphin’ yang membuatkan otak lebih tenang
-->
4) Menonton TV dengan mematikan suaranya. Setelah itu cuba meneka apakah yang diperkatakan oleh watak itu


-->
5) Cuba bertanding dengan teman permainan yang mudah. Contohnya mengingati lebih banyak ayat hafazan dalam 60 saat

6) Disamping berzikir, biarkan otak anda berehat atau berlegar legar sewaktu menunggu tertidur. Pilih satu tahun atau bulan untuk mengingati peristiwa tertentu. Ia dapat mengasah otak untuk lebih mengingati sesuatu

7) Belajar untuk membaca secara terbalik. Para pengkaji mendapati bila kita melakukan tugas normal dengan cara yang pelik ia dapat menajamkan minda seseorang


-->
-->
8) Sentiasa memastikan otak kamu berfikir secara kreatif. Misalnya mengebut nama dua benda yang tiada kaitan langsung. Setelah itu cuba meluahkan idea untuk menggabungkan kedua duanya

9) Berfikir menerusi gambar. Contohnya perhatikan sebuah meja dan bayangkannya pada kedudukan yang berbeza

10) Pejamkan mata dan tumpukan sepenuh perhatian kamu kepada satu bunyi antara bunyi yang lain.


Jumaat, 24 Julai 2009

MIMPI SEORANG GADIS

Forward Email Daripada Seorang Sahabat
Minta maaf, selalu forward je.. bukan idea sendiri..
Sebab ada pengajaran daripada cerita ini...




Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahm ani rrahim
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -T
V 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang
kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak
yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas
gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan
gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan
kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya
ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh
dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan
sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan
kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan
yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi
walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan
kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon
petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan
kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA
MANUSIA..... ......SEBARKANLA H.
......
WASSALAM!!!. ........

Selasa, 21 Julai 2009

Solat Subuh...

FORWARD EMAIL DARIPADA SEORANG SAHABAT


Seorang lelaki miskin telah bangun pagi2 lagi untuk pergi solat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan kaki menuju ke masjid dalam ketiadaan lampu suluh. ditengah perjalanan menuju ke masjid , lelaki itu jatuh dan pakaiannya semua kotor. Dia bangkit, lantas membersihkan bajunya, dan pulang semula kerumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan berjalan semula menuju ke masjid.
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia terjatuh sekali lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali lagi kerumah nya. Dirumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah perjalan menuju ke masjid , dia bertemu seorang lelaki yg sedang memegang lampu suluh. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju ke masjid td , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi perjalanan kamu.' lelaki pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , lelaki pertama mengajak kepada lelaki yang membawa lampu itu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. lelaki kedua menolak. lelaki pertama tetap mengajak lagi hingga berkali2 dan, jawapannya masih sama. lelaki pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk ke masjid dan solat bersamanya. lelaki kedua terus menjawab
Aku adalah Syaitan


lelaki itu terkejut dgn jawapan lelaki kedua itu. Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah telah memaafkan segala dosa2mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah saja, kamu tetap memutuskan kembali ke masjid . Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh ahli keluargamu. Saya khuatir jika saya membuat mu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk kampung mu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..''


Sebagai pengajaran jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap hasutannya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan, kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu hadapi dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .


Selasa, 14 Julai 2009

Sorry


Minta maaf bebanyak... kesuntukan masa nak update..
Huhu.....

Rabu, 17 Jun 2009

Main Kayu Tiga..?

Assalamulaikum W.B.T
Salam Sejahtera, Salam Perjuangan, Salam Persaudaraan, Salam Perpaduan,
Apa...Ujian? Erm.. Sudah semestinya ahli gerakan dakwah sentiasa berada di ambang ujian. Ujian ini kadang-kadang melemahkan kita, kadang-kadang menguatkan dan kadang-kadang menggugurkan kita dalam perjuangan. Ujian ini sebenarnya menjadi tapisan tuhan untuk menguji dan menilai sejauh mana keimanan dan keiltizaman kita di jalan-Nya.

Memang sudah menjadi adat dalam jamaah, seringkali kita dilabelkan dengan gambaran negatif. Kita dilabelkan sebagai ahli tidak komit la, ada masalah hati la, dan sebagainya bilamana kita tidak dapat menghadirkan diri untuk program jamaah semata-mata. Memang ada antara kita yang mempunyai alasan yang munasabah tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan umum; hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahuinya. Mungkin alasan itu berbentuk kebaikan; yang mana bagi pendapatnya tidak perlu didedahkan umum semata-mata untuk menjaga keikhlasan hati dan diri. Mungkin juga alasan itu berbentuk kesusahan dari segi kewangan, kekangan masa, urusan keluarga dan sebagainya yang bagi pendapatnya pendedahan tersebut mungkin akan menyusahkan jamaah dan ahli.

Apapun yang anda hadapi, jika anda tidak suka untuk didedahkan, biarlah menjadi rahsia anda dan tuhan. Biarlah orang lain nak labelkan anda apapun, tidak komit ke, pemalas ke, gugur dalam perjuangan sekalipun dan sebagainya, abaikan. Biasalah tu. Orang lain tidak boleh nak merasai apa yang anda rasai. Memang sudah menjadi tradisi dalam jamaah dari dulu dan sekarang, peringkat kepimpinan mahupun ahli melabelkan seumpama itu. Jangan terasa hati pula.

Cuma apa yang penting, anda tahu apa yang anda buat, ada perancangan dan ada matlamat yang jelas. Cuma jangan jadikan alasan tersebut untuk tidak melakukan apa-apa pekerjaan jamaah, lakukan setakat termampu sehinggalah kekangan itu diselesaikan. Jangan tunggu selesai 100% baru nak buat kerja-kerja jamaah.

Kadang-kadang anda mungkin tension dengan ahli jamaah kampus, dengan perlabelan tersebut dan sebagainya. Ok. Tinggalkan mereka untuk seketika. Mungkin boleh bergabung dengan cawangan-cawangan lain ataupun setidak-tidaknya lakukan amal sebagai daie di mana sahaja anda berada selagi mana bermaksud untuk meninggikan kalam-Nya dan mencapai visi dan misi jamaah. Sebagai contoh, buat usrah dengan masyarakat, berusaha ubah mentaliti tidak islami ahli keluarga, jiran tetangga dan ahli masyarakat sendiri. 

Kadang-kadang kita melihat ahli gerakan jamaah ini hanya berkisar dengan aktiviti jamaah semata-mata, datang meting dalaman, buat kerje itu ini, tetapi keluarga, jiran-jiran, masyarakat sekeliling terdekat terabai. Itu yang kita taknak.

Apapun yang berlaku pada diri anda, jangan abaikan :
  1. Hubungan dengan kekasih, Allahu Rabbul Jalil. Jangan putuskan hubungan tersebut dengan perlakuan syirik; besar atau kecil dan sebagainya serta beriltizamlah untuk mengurangkan perbuatan maksiat kepada-Nya
  2. Solat. Jangan tinggalkan solat secara berjemaah; sekurang-kurangnya mesti setiap hari tidak kurang sekali solat secara berjemaah di masjid
  3. Al-Quran. Sentiasa melazimi membacanya sekurang-kurangnya 3 muka surat setiap hari
  4. Zikir. Melazimi membasahi lidah dengannya, sekurang-kurangnya mathurat pagi dan petang
  5. Qiamullail. Kuatkan azam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, itu lebih baik
Apa yang digariskan adalah asas untuk menghidupkan hati untuk beriltizam jalan-Nya. Perkara ini memang telah diadaptasi oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan pengikut mereka dalam mentarbiah diri mereka sehingga amalan qiamullail menjadi kewajipan dan pakaian mereka setiap malam. Di tangan merekalah Islam terangkat kegemilangan. Ini adalah asas kepada kejayaan gerakan Islam.
Semoga coretan ini menjadi teguran bersama, termasuk diri ini.

p/s: tajuk, tak de kena mengena dengan isi pun, tarikan semata-mata.

Isnin, 15 Jun 2009

Buat Yang Tersayang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Anak-anak didikku tersayang...

Sedarilah dan fahamilah...
Sesungguhnya apa yang cikgu lakukan ini adalah semata-mata untuk membina serta mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dikalangan anda bahawa sesungguhnya anda semua mampu Berjaya dan boleh Berjaya dengan cemerlang lagi gemilang dalam peperiksaan yang anda bakal duduki nanti.

Ketahuilah olehmu,
Sesungguhnya kejayaan tidak datang bergolek,
Kejayaan memerlukan pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh,
Kejayaan memerlukan pengurusan diri yang betul,
Kejayaan memerlukan penguasaan teknik belajar yang betul,
Kejayaan memerlukan pengurusan masa yang betul dan bersistematik,
Kejayaan memerlukan restu dan keberkatan.

Oleh itu,
Berjanjilah pada diri anda,
Akan kugegarkan sekolahku, SMK Kampong Jawa ini,
Akan ku buktikan pada diriku, kedua ibubapaku, guru-guruku serta rakan-rakan seperjuanganku,
Aku tidak bodoh, aku tidak malas, aku tidak nakal,
Sebenarnya aku pelajar yang berdisiplin,

Aku boleh Berjaya,
Aku mampu mendapat kejayaan dalam setiap peperiksaan yang ku tempuhi, Aku mampu mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, Aku sesekali tidak merelakan kegagalan.

Bayangkanlah,
Tidakkah anda gembira mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti?
Tidakkah anda bangga membawa pulang serangkaian markah A untuk ditunjukkan kepada kedua ibubapa anda, melihat senyuman gembira dan mendengar ucapan tahniah daripada datuk, nenek, abang, kakak dan adik-adik anda?

Tidakkah anda ingin mendengar teriakan dan pujian daripada rakan-rakan seperjuangan dan guru-guru anda?
Ini sebenarnya merupakan satu kegembiraan dan kejayaan yang amat besar dalam sejarah perjuangan dan hidup anda.

Ketahuilah, Islam melarang keras umatnya berputus asa. Sikap berputus asa tiada dalam kamus seorang pejuang Islam. Pelajar yang sering berputus asa lebih mirip kepada tiruan dan ikutan syaitan. Bagaimana anda mahu berjaya, kalau sesudah mencuba tetapi gagal dan tidak mahu mencuba lagi kerana putus asa. Gagal dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah gagal. Gagal di sini bermaksud sekadar belum berjaya. Ia merupakan formula untuk menuju ke matlamat kejayaan.

Tiga formula untuk difikirkan,
  1. Matlamat + kesungguhan = Kejayaan
  2. matlamat – Kesungguhan = Angan-angan
  3. Kesungguhan – Matlamat = Kerja Sia-sia
Akhirnya setelah belajar, berusaha, mencuba dan berikhtiar bersungguh-sungguh, serahkanlah segala-galanya kepada Allah SWT untuk menentukannya. Dekatkan diri dengan Allah, tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Insya Allah, berkat gigih berusaha dan mendapat restu, anda akan berjaya dengan cemerlang lagi gemilang di dalam peperiksaan nanti.

Sekian.

p/s: terima kasih kepada yang bagi hadiah sempena hari guru tempoh hari.. tak sangka pulak, saya taknak list kat cni,.. cuma kadang2 saya rasa confius betui dengan pelajar pompuan ni, awat bagi bunga kat saya, de yg kirim salam bbrap kali la.. ish.. dah lah saya ni bujang lagi... de makna di sebalik ker?.. ish2..
Gurau jelah.. :-)
Thanks..


Ahad, 14 Jun 2009

Perginya Seorang Pejuang...


Gempar seluruh dunia Islam....Tidak disangka, semalm, 13 Jun 2009 merupakan hari terakhir kepada seorang pujangga Islam yang mengabdikan seluruh hidup dan jasadnya semata-mata atas nama perjuangan menegakkan agama kekasih-Nya, Rabbul Jalal. Nama yang tidak asing lagi dikalangan kita semua iaitu Dr. Fathi Yakan.

Mengimbas kembali hidup Al-Marhum. Sejarah banyak membuktikan keterlibatan beliau dalam perjuangan menegakkan agamanya. Antara karya yang paling mashyur ialah buku "Maza ya'ni Intima' lil Islam" yang digunapakai seluruh pelusuk dunia. Selain itu, al-Mutasiqituna fala toriq dakwah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain melebihi 35 buah.

Beliau telah terlibat dengan kerja dakwah sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal tahun 60an dan pernah menjawat ketua umum di dalam jamah Islam. Beliau juga pernah bertanding kerusi parlimen Lubnan dan memenanginya.

MOGA ALLAH MERAHMATI AL-MARHUM DAN DILETAKKAN BERSAMA ROH PARA ANBIYA' SERTA AL-SOLIHIN. AMIN

AL-FATIHAH



Khamis, 11 Jun 2009

BI mesti lulus..


Isu ini hangat diperkatakan apabila timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengungkapkan kata awal untuk mewajibkan setiap pelajar lulus BI sebagai prasyarat melayakkan mendapat sijil lulus SPM. Masing-masing mempunyai pandangan berbeza. Apabila diteliti, memang isu ini ada pro dan kontranya.
Secara realitinya, apabila isu ini dibangkitkan, kita perlu jujur dengan keadaan masyarakat, bangsa dan Negara kita sendiri. Memang kalau kita sekarang ini adalah orang akademik ataupun sudah melepasi alam persekolahan dan alam peperiksaaan dengan keputusan yang agak baik, kita akan menyokongnya isu tersebut bilamana kita melihat di situ akan menanam semangat motivasi yang tinggi dikalangan murid untuk berjaya dan sekaligus menguasai bahasa Inggeris. Kita juga tidak menolak perasaan murid-murid takut untuk gagal SPM dan berusaha untuk melepasi pangkat kelulusan sekurang-kurangnya juga membantu penguasaannya.
Apapun, kita kena melihat kepada keseluruhan masyarakat dan rakyat. Dengan keadaan subjek bahasa Melayu yang diwajibkan lulus sebelum ini pun masih ada yang gagal, dan yang gagal itu adalah bangsa Melayu kebanyakkannya tanpa menafikan yang bangsa yang lain turut terlibat. Itu untuk subjek BM. Hal ini banyak terjadi di kawasan pedalaman dan tidak dinafikan juga di kawasan bandar. Kalau anda sekalipun berada di kawasan bandar, cuba anda buat tinjauan sendiri atau bertanya kepada guru-guru di sekolah-sekolah berdekatan dengan kawasan anda, masih lagi ramai yang gagal dalam SPM dan menunjukkan keperatusan yang rendah.Kalaulah bahasa Inggeris pula.
.
Saya juga melihat seolah-olah wujudnya konsep kapitalisme dalam isu ini seperti “konsep orang yang kaya akan bertambah kaya, manakala orang yang miskin akan terus miskin”. Bilamana orang di bandar dengan keadaan ibubapa dan masyarakat yang sentiasa terdedah dengan persekitaran bahasa Inggeris dan menggalakkan penguasaannya agak banyak membantu berbanding yang di luar bandar yang kurang dukungan daripada keluarga, teknologi maklumat dan masyarakat, lebih-lebih lagi membebankan. Andaikata semua subjek si anak desa ini lulus kecuali bahasa inggeris, kesiannya sebab terpaksa bayar yuran peperiksaan dan ambil balik subjek ini tahun berikutnya dan mungkin kegagalan ini menimbulkan demotivasi untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ada juga desas-desus yang mengatakan kenapa nak wajibkan bahasa Inggeris, kenapa tidak pelajaran agama diwajibkan dengan keadaan masyarakat yang tunggang-langgan berkaitan agama sekarang ini... Erm... betul juga tu... setuju benor2...
Apa-pun semuanya bergantung pandangan rakyat untuk menilainya...




Khamis, 28 Mei 2009

Keajaiban Al-Quran (suatu perkongsian)


Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang
disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali

MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali


UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali


IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali


BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali


BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali


MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali


NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali


LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali


LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus


Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!





P/s : Banyak rahsia lagi yang perlu digali.. erm...



Isnin, 25 Mei 2009

Uslub Dakwah-Siri2- Uslub al – Murasalah


Uslub al – Murasalah / Cara menulis surat
( sambungan uslub dakwah)

Kaedah menulis adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai dalam proses dakwah dan mendidik insan. Memang diakui sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi dan khalifah-khalifah Islam selepas baginda. Contoh baginda s.a.w menggunakan kaedah pengutusan suratsurat kepada pembesar–pembesar dunia pada zamannya bagi menyeru mereka menerima Islam. Hal ini perlu dikaji dan diprakraktikkan. Baginda menyuruh para sahabat r.a untuk menulis surat untuknya dan suratsurat itu kemudiannya dihantar kepada an–Najasyi(raja Habsyah), Kaisar(Raja Parsi), Hiraqqel@Hercules (Raja Rom), Maqauqis (pembesar Mesir) dan banyak lagi. Ada yang menerima dakwah Islam seperti an–Najasyi, ada yang mengakui kerasulan baginda s.a.w seperti Hiraqqel@Hercules akan tetapi tidak menerima Islam dan ada yang menentang bahkan mencabar nabi s.a.w seperti Kisra.
Di dalam kitab Minhaj as–Solihin oleh ‘Izz al–Din Baliq(sila rujuk sendiri) ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w pernah meminta sahabat r.a menulis sekuran– kurangnya 33 pucuk surat yang akan dihantar ke dalam negara dan 29 pucuk surat yang akan dihantar ke luar negara. Kesemuanya mengandungi mesej dakwah yang menyeru mereka menerima Islam. Sekiranya tidak, mereka perlu mengiktiraf Islam sebagai agama dan sebuah kerajaan berdaulat di samping membayar jizyah. Sekiranya mereka enggan dan menentang Islam, maka gerakan futuhat (pembebasan) akan dihantar ke negara tersebut sehingga tunduk kepada Islam.
Uslub penulisan surat adalah salah satu cara yang praktikal dan boleh dicontohi. Namun penulisan tidaklah terhad kepada surat sahaja bahkan boleh dimanfaatkan teknologi terkini seperti media cetak, media elektronik, sistem pesanan ringkas (SMS), internet, 3G dan sebagainya. Umat Islam perlu berusaha lebih memandangkan kaum non – Muslim sudah lama mempraktikkan cara ini bagi menyebarkan dakyah batil mereka.
Juga termasuk dalam penulisan ialah penulisan blog. Namun kita melihat ramai pendakwah yang menggunakan blog dan lebih menumpukan kepada kisah hidup dan diari mereka. Malangnya…

Erm… menjadi persoalan kepada diriku bilamana ku nak post pe2.., buat blog ni untuk diari ke atau dakwah…

Rabu, 20 Mei 2009

BULAN TARBIAH......

Sudah sekian lama ku tidak mencorakkan apa-apa di halaman ini. Walaupun di fikiran ini ada sesuatu untuk ku coretkan, tetapi kekangan masa menyebabkan semua itu terpendam. Ku gagahi jua. “Bulan Tarbiyyah” yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor ; tiba-tiba ku tersentak. Maklumlah perancangan kerajaan yang begitu berbeza berbanding sebelum ini walaupun sudah hampir 5 tahun ku bermukim di Selangor ini.

2 minggu yang lepas, ku gagahi diri ini mengunjungi rumah-Nya. Masjid Negeri, yang terletak di Shah Alam menjadi destinasi mindaku. Maklumlah tukar angin sikit. Perlahan-lahan ku melangkahkan kaki ini menyusuri anak-anak tangganya. Air yang sedikit bergelingan di sekitar tiba-tiba mengganggu pergerakkanku. Agak licin. Kumemasuki dewan masjidnya. “ Eh, ramainya orang, penuh dewan”, bisikku. Ku berjalan membongkok diri sedikit di celah-celah pengunjung di situ. “Ah, dah jumpa dah tempat strategic, betul-betul menghadap pentas forum”. Ku melabuhkan punggungku. Menanti dan terus menanti. Dewan sedikit riuh,al-maklum lah. Mataku terpacak ke depn. Kadang-kadang, mata ini juga melilau ke kanan dan ke kiri, memmerhati kot-kot ada sahabat-sahabat lama, atau yang dikenali. “Eh, tak kenal sorang pun, students UiTM pun tak nampak batang hidung.. Erm…. Maybe muslimat je kot yang dating, duk kat belakang kot”, fikirku.

Suara gema MC, tiba-tiba mengejutkan semua hadirin. Senyap. MC terus memperkenalkan barisan ahli panel iaitu Datuk Ismail Kamus, Dato’ Hashim Yahya dan forum dipengerusikan oleh Dato’ Hasan Ali. Selama 2 jam lebih ku ternganga di sana, setiap point-point yang penting ku catat dalam nota ku. Mungkin ku boleh list kat sini beberapa point.

Persoalan tarbiyyah memang tidak boleh dipisahkan dengan individu yang ingin terus bersama-Nya. Individu yang beriltizam dengan perjuangan-Nya sebagaimana yang diasaskan oleh kekasih-Nya dan utusan kepada seluruh manusia keseluruhannya. Tarbiyyah dalam erti kata yang mudah adalah ,merujuk kepada mendidik atau juga mengajar. Tetapi apabila dirujuk kepada khususiyyah adalah merujuk kepada proses mendidik diri untuk membina syakhsiah sebagai seorang muslim sejati.

Apa yang memeningkan ku sejak sekian lamanya adalah berkaitan model pentarbiahan yang telah diasaskan oleh Rasul junjungan sejak individu berada dalam kandungan, umur kanak-kanak, remaja dan dewasa.Ku tercari-cari model itu. Diumur remaja, apa yang sepatutnya mereka telah miliki, apa yang perlu diberi semasa ini dan akan datang. Bagaimana pendekatan terbaik. Perlu tak ketegasan dan di mana.. Erm….menjadi assignment bagiku..

Sepanjang forum ini, satu point yang menarik bagiku. Dalam proses mendidik anak-anak, ada 2 elemen penting yang perlu ada iaitu :

1. Kasih Sayang
2. Ketegasan

Bagaimana Rasulullah s.a.w mendidik Hasan Husin sehinggakan Rasulullah sanggup ditunggani mereka samada semasa solat dan di luar solat. Bagaimana begitu tegasnya Rasulullah apabila mendepan hokum Allah dan melibatkan ahli keluarganya..

Erm…. Persoalan yang perlu ku ungkaikan….
Secara detailnya

"BERSAMBUNG....."



Isnin, 18 Mei 2009

Sory





I'm so sorry because do not update this blog for about 1 month..

Sedikit kekalutan...

When i a bit free... i will update with the latest issue.

Tq


Selasa, 24 Mac 2009

USLUB DA’WAH-Siri1



MUQADDIMAH


Dewasa ini kita melihat semakin ramai mad'u yang diabaikan oleh para da'i rentetan ketidakfahaman tentang cara pendekatan/uslub yang sebetulnya, mengikut keadaan masa dan akal mad'u. Bagi memastikan kesinambungan dakwah, para da’i hendaklah memiliki beberapa persiapan bagi memastikan mereka terus bersedia dan beristiqamah dalam mengajak manusia kepada mengenal Allah SWT. Persiapan-persiapan ini termasuklah persiapan ilmu, mentaliti, jasmani, rohani, akhlak dan daya kepimpinan.

tentang uslub dakwah itu sendiri. Ilmu dakwah dan uslubnya adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan, umpama aur dengan tebing, yang menjadi penentu kepada kejayaan dakwah yang hendak dibawa. 

DEFINISI DAN PENGERTIAN USLUB DAKWAH

‘Uslub’ adalah perkataan Arab yang membawa maksud jalan atau seni dalam percakapan atau pekerjaan. Juga didefinisikan sebagai metodologi atau cara melakukan sesuatu atau sistem melakukan sesuatu. 

DEFINISI DAN PENGERTIAN USLUB DAKWAH 

‘Uslub’ adalah perkataan Arab yang membawa maksud jalan atau seni dalam percakapan atau pekerjaan. Juga didefinisikan sebagai metodologi atau cara melakukan sesuatu atau sistem melakukan sesuatu.
‘Uslub’ adalah perkataan Arab yang membawa maksud jalan atau seni dalam percakapan atau pekerjaan. Juga didefinisikan sebagai metodologi atau cara melakukan sesuatu atau sistem melakukan sesuatu.
Uslub dakwah merupakan suatu sistem tersendiri yang tidak boleh dicipta oleh mana-mana sistem di alam cakerawala ini. Ianya bersifat rabbani; diwahyukan oleh Allah SWT kepada semua RasulNya untuk diaplikasikan mengikut tahap dan situasi. Uslub tersebut tidak ketinggalan zaman kerana ianya bersifat terkini selamanya yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan siapakah yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT” (Surah al-Fussilat: 33) 

Uslub dakwah merupakan suatu sistem tersendiri yang tidak boleh dicipta oleh mana-mana sistem di alam cakerawala ini. Ianya bersifat rabbani; diwahyukan oleh Allah SWT kepada semua RasulNya untuk diaplikasikan mengikut tahap dan situasi. Uslub tersebut tidak ketinggalan zaman kerana ianya bersifat terkini selamanya yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan siapakah yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT” (Surah al-Fussilat: 33) 

“Dan siapakah yang lebih elok percakapannya dari mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah SWT” (Surah al-Fussilat: 33) 


Senjata pertama yang perlu dimiliki oleh seorang da’i ialah persiapan ilmu. Secaranya umumnya setiap da’i hendaklah memahami persoalan aqidah, akhlak, hukum-hukum fiqh dan seterusnya ke peringkat yang lebih besar dalam persoalan dakwah dan jihad.

Keberkesanan dakwah berkadar terus dengan selok belok dakwah yang antara lainnya menyentuh

Usaha yang lebih berkesan dan realisasi mesej hanya boleh dicapai apabila dakwah itu mempunyai method atau uslub yang relevan dan terkini. Dengan ini, methodologi itu merupakan satu ilmu, yang perlu dipelajari, dikaji dan dikuasai sebaiknya bagi memudahkan segala urusan dalam lapangan kehidupan.




Bersambung.....


Nukilan Ilmu Daripada Kuliah Prof. Dato Dr. Haron Din