Pages

Jumaat, 15 Mei 2020

Baca Buku Untuk Rekod SPLKM- LDP


Salam /Hi..

Memandangkan ramai di kalangan guru dan staf mempunyai mata kredit yang sedikit, lebih-lebih lagi pada tahun 2020 ini kita banyak bercuti dengan cuti Perintah Kawalan Pergerakan ini, maka disarankan agar Guru2 dan staf dpt membaca buku /journal berbentuk ilmiah agar guru2 dan staf dpt menambah mata kredit masing2.

Utk makluman semua guru dan staf , bagi 1 buku yg dibaca, cikgu2 boleh mendapat

1 Buku = 6 JAM = 1 HARI LDP= 6 MATA KREDIT.

Maksimum buku yg boleh dibaca  ialah 3 buah buku.

Oleh itu Cikgu2, SELAMAT MEMBACA semasa cuti Sekolah ini ya.

Dikongsikan bersama langkah untuk mendaftar pembacaan buku dalam sistem e-SPLG.
Dikongsikan juga 1 buku dalam bentuk e-book untuk dibaca.



  1. Buka laman web SPLKPM    Klik Link Ini Website SPLKPM
  2. Log masuk ke akaun individu. 
  3.  Klik  Pembelajaran Kendiri > Senarai Pembelajaran Kendiri > Pembacaan buku > Tambah Aktiviti.
  4. Isikan data yang diperlukan dan klik “SIMPAN”.Ok siap bahagian online
  5. Borang sinopsis individu, boleh ambil di link ni. Klik Link ini utk Download Borang 
  6. Taipkan maklumat yang diperlukan.Kemudian hantar kepada SU LADAP untuk pengesahan.

Di sini dikongsikan 1 buku e-book.. leh la untuk dimasukkan dalam SPLKPM

Buku bertajuk 40 Hadis Tentang Wabak Penyakit - Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Karya ini menghimpunkan 40 Hadis berkaitan wabak penyakit serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Hadis-hadis ini amat sesuai untuk dibaca dan ditekuni pada hari PKP ni untuk ilmu pengetahuan.. 46 muka surat je.. Selamat membaca






0 ulasan: