Pages

Khamis, 29 Ogos 2013

Al-Kisah Asy-Syahid Syed Qutb

Forward drpd kwn facebook


Asy Syahid Syed Qutb, lahir pada 9 Oktober 1906. Mendapat pendidikan pertama di rumah orang tuanya, yang kuat beragama. Pada usia 6 tahun, Asy Syahid Syed Qutb di hantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia 7 tahun ia mulai menghafal Al-Qur'an, dan akhirnya berjaya menghafal seluruh Al-Qur`an. Diperakui sebagai intelektual Mesir, pendidik, aktivis Islam, penyair, penulis revolusioner dan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Hasan Al-Banna. Salah satu arkitek utama dalam kebangkitan Islam terkini, bersama Abul A'la Maududi pendiri Jamaat Islami Pakistan.

Ahad, 25 Ogos 2013

Lelaki Pakai Gelang dan Rantai?


Kalau kita perhatikan masyarakat sekeliling kita, sedar atau tidak masih ramai lagi dikalangan kita yang masih mengekalkan fahaman dan adat lama iaitu memakai gelang dan rantai. Yang saya khususkan di sini ialah yang melibatkan lelaki. Lelaki memakai gelang, memakai rantai. Itu yang cuba saya kupaskan di sini. Untuk yang melibatkan orang perempuan, memang tiada masalah. Asalkan gelang dan rantai bukan daripada najis dan benda-benda haram.

Perkara ini sebenarnya telah banyak diwarwarkan oleh ustaz-ustaz, dalam buku-buku, majalah, siri-siri ceramah, dalam tv juga ada, tetapi itulah. Kita tidak tahu kenapa masih kurang amalnya dalam masyarakat. Mungkin ada orang kata dia tidak tahu. Atau juga buat-buat tidak tahu. Entahlah. Susah juga untuk kita tafsirkan. Tetapi tidak apa. Kita hanya menyampaikan walaupun secebis peringatan. Mudah-mudahan ada kebaikan di situ.

Di sana juga ada dibincangkan berkaitan gelang yang dikatakan ada unsur perubatan iaitu bermagnet. Nanti kita cuba bincangkan.

Selasa, 20 Ogos 2013

Mesir Bergolak- Dimanakah Kita?


Hari ini, sudah lebih 800 nyawa telah terkorban dalam krisis yang melanda Mesir. Pertumpahan darah berlaku di mana-mana. Sungguh kejam, tragis, pihak yang menggunakan kekerasan sebagai penyelesaian krisis. Bukan sahaja menggunakan gas pemedih mata, memukul, menendang tanpa belas kasihan, malahan turut menggunakan peluru hidup menembak insan-insan yang bergelar rakyatnya sendiri ini, tanpa mengenal erti kanak-kanak kecil, orang tua, orang yang lemah serta rakan-rakan seagama. Di manakah nilai kemanusiaan yang ada dalam diri mereka, sehingga sanggup memperlakukan orang lain sedemikian rupa? Di manakah nilai keagamaan yang ada dalam diri mereka, sehingga sanggup menzalimi rakan-rakan seagama mereka; sanggup memukul dan menembak mereka bagaikan mereka itu hanyalah seumpama haiwan-haiwan liar yang berkeliaran di sana-sini, yang boleh ditembak sesuaka hati, tanpa maruah diri sebagai seorang manusia? Dimanakah para alim ulama yang berani tampil ke depan menyatakan kebenaran dan memeperbetulkan mereka yang zalim ini? Di manakah para pemimpin negara Islam yang lain; membisu bahasa dengan isu di Mesir ini? Di manakah OIC, pertubuhan Negara-negara Islam dan peranannya? Di manakah suara-suara umat Islam di seluruh dunia yang lain; yang dikatakan bilangannya lebih separuh daripada jumlah penduduk dunia ini? Di manakah PBB?



Andaikata kita meletakkan diri kita berada di Negara yang bergolak itu, tetiba semasa kita menghadiri masjid Al-Fath untuk melaksanakan tanggungjawab Jumaat kita. Tatkala itu kita memerhatikan satu persatu rakan masjid kita gugur syahid ditembak sewenang-wenangnya, bagaimanakah perasaan kita. Lebih-lebih lagi yang turut terlibat terkorban adalah ayah kita, adik dan abang kita, malahan ibu kita. Ya Allah.. Kejamnya mereka… Ya Allah…



Ayuh sahabat-sahabat sekelian, mereka adalah saudara-saudara kita semua. Saudara sesame manusia, saudara sesame agama. Bantulah mereka, setakat mana yang kita mampu. Tunjuklah kebencian kita kepada orang yang melakukan kezaliman ini. Tahniah kepada yang sempat berhimpun di masjid-masjid, di kedutaan Mesir, menyatakan bantahan kita, ketidaksokongan kita kepada pencerobohan demokrasi ini. Biar pentadbir haram sementara Mesir ini, merasa agar tertekan dengan tekanan antarabangsa yang kita berikan itu. Dan juga paling kurang yang boleh kita buat, berdoalah kepada Tuhan agar menyelamatkan saudara-saudara kita ini daripada orang-orang yang zalim, makmurkanlah kembali Negara Mesir ini dan mudah-mudahan pemimpin mereka yang zalim ini akan menerima balasan setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan. Ameen





Sabtu, 17 Ogos 2013

Lamanya Tidak Update


Apabila melihat kembali blog ini, aduhai.. lamanya tidak update. Mungkin kesibukan bekerja menyebabkan seolah-olah tiada masa untuk menaip apa-apa untuknya. Atau mungkin juga ketidakurusan masa dengan baik juga turut menyumbang kepada ketidakkemaskinian blog ini. Apapun sebabnya, untuk akan datang ini, cubalah taip sedikit kalaupun tidak banyak.

Bekerja sebagai seorang pendidik ini, bukanlah sesenang yang diharapkan sebagaimana banyaknya cerita-cerita dalam masyarakat yang dihebah-hebahkan. Ada cabaran tersendiri. Kita memang bekerja untuk mendidik pelajar. Walaubagaimanapun, bukan sahaja masuk kelas untuk mengajar, tetapi juga kita akan turut terlibat dengan aktiviti di sekolah.


Sebelum kita masuk kelas, memang kena buat persediaan mengajar, apa-apa yang patut perlu kita sediakan. Selain itu, kena semak latihan pelajar, buat soalan, tanda jawapan pelajar, masukkan markah pelajar dalam system online,offline,buku rekod pelajar. Yang jadi guru tingkatan kena ambil tahu pelalarnya,kehadiran dan lain-lain.Kalau ada aktiviti di sekolah, gurulah yang akan jadi AJK. Buat banner,persiapan dewan dan lain-lain. Kalau aktiviti ko-kurikulum, guru jugalah yang jadi jurulatih bola sepak,olahraga, jadi penasihat pengakap, aktiviti perkhemahan, kawad, pertandingan dan sebagainya.Ada juga jadi Ajk majalah sekolah. Yang jadi bahagian ICT, memang kena bersedia untuk kerja-kerja ICT termasuklah pembangunan aplikasi sekolah dan hal-hal seumpama dengannya. Kena juga jadi pegawai peralatan sekolah dan lain-lain.


Itulah adalah sebahagian tugas-tugas guru.Mungkin ada sahabat guru kita yang diluar itu boleh tambah lagi isi di sini. Sekadar perkongsian.