Tuesday, October 20, 2009

Hukum Bersanding....

Thursday, October 15, 2009

5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT

Kesibukan sikit, lama tidak meng'update' blog ini. Apa pun, dalam sudut tazkirah kali ini, kita hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit, kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja, tetapi tidak menyelera hingga ke hati.

2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang sempit fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.

Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat. Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa.

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita menyebut selalu macam resam ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).

Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain.

Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Saturday, August 29, 2009

Perkenalan Lelaki Perempuan

Saturday, August 1, 2009

10 LATIHAN TAJAM MINDA

1) Tarik nafas dalam dalam dan tahan selama 10 saat. Ia dapat membantu menyalurkan oksigen dengan banyaknya dan menjadikan otak anda berfikir dengan cepat

2) Biasakan diri bermain permainan yang mencabar minda seperti teka silang kata, puzzle, sudoku dan sebagainya

3) Bersenam kerana ia dapat merangsang pengeluaran bahan kimia ‘endorphin’ yang membuatkan otak lebih tenang

4) Menonton TV dengan mematikan suaranya. Setelah itu cuba meneka apakah yang diperkatakan oleh watak itu


5) Cuba bertanding dengan teman permainan yang mudah. Contohnya mengingati lebih banyak ayat hafazan dalam 60 saat


6) Disamping berzikir, biarkan otak anda berehat atau berlegar legar sewaktu menunggu tertidur. Pilih satu tahun atau bulan untuk mengingati peristiwa tertentu. Ia dapat mengasah otak untuk lebih mengingati sesuatu

7) Belajar untuk membaca secara terbalik. Para pengkaji mendapati bila kita melakukan tugas normal dengan cara yang pelik ia dapat menajamkan minda seseorang

8) Sentiasa memastikan otak kamu berfikir secara kreatif. Misalnya mengebut nama dua benda yang tiada kaitan langsung. Setelah itu cuba meluahkan idea untuk menggabungkan kedua duanya


9) Berfikir menerusi gambar. Contohnya perhatikan sebuah meja dan bayangkannya pada kedudukan yang berbeza

10) Pejamkan mata dan tumpukan sepenuh perhatian kamu kepada satu bunyi antara bunyi yang lain.


Sunday, July 26, 2009

A Cut Of Diary; My Sweet Memory with SMK Kg Jawa

Some of my friends always ask me about my diary when i stayed at Klang, Selangor. I shared some of my pictures and what I had done there.. Catatan ini juga sebagai kenangan dan simpanan pada masa hadapan untuk ku tatapi nanti.

Al-Kisahnya... Ku menginap di kuarters guru di SAMT Hisamuddin. Walaubagaimanapun ku bukannya mengajar di sekolah tersebut, tetapi sekolah di sebelahnya iaitu SMK Kg Jawa. Pelik kan... Oleh sebab tersebut, peranan ku sebagai pendidik melibatkan kedua-dua sekolah ini. Erm..
At school, i was called with the different names such as Sir, Teacher, Cikgu and also Ustaz.

Ni gambar yg ku ambil sendiri.. Baru balik dari solat maghrib kat surau sekolah hisamudin. Sedang duduk di meja study, nak baca Al-Quran. Ku biasanya pergi ke surau berserban. Ni sebenarnya sebagai galakan kepada pelajar berasrama ini untuk melazimi pemakaian serban.Berbanding dengan sekolah ku dahulu, pemakaian adalah seolah2 wajib, tetapi di sini penekanan daripada pihak sekolah tiada. Ustaz2 diorg pun tak pakai.pelajar2 hanya seorg dua sahaja yang pakai. Erm..ku sendiri pun tak mahu campur urusan pentadbiran sekolah ni.

Di sekolah ini, ku selalu memberi tazkirah dan kuliah setiap minggu. Ku diminta oleh ustaz di situ. Pernah satu ketika, gempar penemuan Pocong kat asrama. So, pada minggu tu, ku bagi kuliah hantu.. terlopong budak2 ni.. Ku juga diminta untuk bagi pengisian untuk naqib naqibah untuk mereka bawa dalam usrah masing2.. Pengalaman lepas banyak membantu.

Masa minggu pertama kedua di sini, ku lihat suasana kat surau sekolah bising sangat dengan bualan, ketawa pelajar2. ku terdiam. At last, hujung minggu ke-2, ku sound diorang.."Woi.. ko ingat ni rumah bapak ko punya ke.. bising memanjang je.. ko nak tunggu tuhan bagi bisu baru nak berhenti bercakap.."Senyap seketika. sejak itu, bila ku sampai je kat surau tu.. mulalah berbunyi senyap dan sebagainya. Hipokrit betui lah mereka. erm...

AKTIVITI
- Penasihat Persatuan Pelajar Islam
- Penasihat Silat Kalimah Panglima Tangkas

- Penasihat Ping Pong


Masa public speaking in front of students, sempat lagi tu ambil gambar.. ish2...






Bersama Guru Pembimbing..



Pn Norida Salleh
Guru Pakar Add Math/Math







Cik Nurul Wahida Abd Rahman
Guru IT
(muda setahun dari saye)




Bersama Rakan Seperjuangan








Bersama Anak didik tercinta






















Banyak lagi sebenarnye gambar, tetapi memandangkan lama betui nak upload satu2 gambar.. so share setakat ni je la..

Pe pun.. dimana bumi di pijak.. di situ Islam tetap dijunjung...
Biar ape sekalipun orang nak kata...

Friday, July 24, 2009

MIMPI SEORANG GADIS

Forward Email Daripada Seorang Sahabat

Minta maaf, selalu forward je.. bukan idea sendiri..

Sebab ada pengajaran daripada cerita ini...




Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahm ani rrahim
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -T
V 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang
kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak
yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas
gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan
gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan
kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya
ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh
dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan
sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan
kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan
yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi
walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan
kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon
petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan
kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA
MANUSIA..... ......SEBARKANLA H.
......
WASSALAM!!!. ........

Tuesday, July 21, 2009

Solat Subuh...

FORWARD EMAIL DARIPADA SEORANG SAHABAT



Seorang lelaki miskin telah bangun pagi2 lagi untuk pergi solat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan kaki menuju ke masjid dalam ketiadaan lampu suluh. ditengah perjalanan menuju ke masjid , lelaki itu jatuh dan pakaiannya semua kotor. Dia bangkit, lantas membersihkan bajunya, dan pulang semula kerumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan berjalan semula menuju ke masjid.
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia terjatuh sekali lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali lagi kerumah nya. Dirumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah perjalan menuju ke masjid , dia bertemu seorang lelaki yg sedang memegang lampu suluh. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju ke masjid td , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi perjalanan kamu.' lelaki pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , lelaki pertama mengajak kepada lelaki yang membawa lampu itu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. lelaki kedua menolak. lelaki pertama tetap mengajak lagi hingga berkali2 dan, jawapannya masih sama. lelaki pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk ke masjid dan solat bersamanya. lelaki kedua terus menjawab
Aku adalah Syaitan


lelaki itu terkejut dgn jawapan lelaki kedua itu. Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah telah memaafkan segala dosa2mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah saja, kamu tetap memutuskan kembali ke masjid . Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh ahli keluargamu. Saya khuatir jika saya membuat mu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk kampung mu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..''


Sebagai pengajaran jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap hasutannya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan, kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu hadapi dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .