Lama tak update blog ni..
Ahad, 5 Oktober 2025
Sabtu, 17 Februari 2024
Yang Membatalkan Islam Dan Yang Membawa Kekufuran
Sekadar berkongsi catatan semasa menyiapkan tugasan berkaitan akidah. Nota ini adalah ringkasan daripada kitab akidah karangan Said Ibrahim (1996), Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Darul Ma’rifat, Kuala Lumpur
Antara faktor yang boleh menyebabkan batalnya Islam seseorang ialah seperti berikut:
Menafikan apa-apa sifat daripada sifat kamalat Allah s.w.t.,
Menta'wilkan sifat-sifat Allah dan nama-nama-Nya dengan ta'wilan yang mengurangkan sifat-sifat kamalat Allah, atau mengehadkan (membataskan) sifat-sifat kamalat Allah itu pada sesuatu perkara yang tertentu
Mensabitkan apa-apa sifat bagi Allah Taala yang Allah Taala sendiri menafikan sifat-sifat itu pada diri-Nya, atau Rasulullah s.a.w. menafikan sifat-sifat itu daripada Allah s.w.t.,
Mensabitkan sesuatu sifat daripada sifat-sifat Allah pada diri seseorang, atau pada makhluk
Ingkar kepada perkara-perkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.
Ingkar akan sesuatu ayat yang ada di dalam al-Quran
Ingkar akan sesuatu hukum yang didapati dalil dan nasnya di dalarn al-Quran atau as-Sunnah
Ingkar akan satu ayat-ayat al-Quran, atau ingkar pada sesuatu perkara yang ghaib,
Ingkar kerasulan rasul-rasul yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w., atau ingkar akan kisah-kisah rasulrasul itu bersama-sama kaumnya yang disebutkan di dalam al-Quran, atau ingkar cara kejadian makhluk yang disebutkan Allah di dalam al-Quran, atau mendakwa kejadian makhluk itu bukan sebagaimana yang disebutkan di dalam a-lQuran, atau mereka ingkar adanya jin dan syaitan, atau ingkar adanya kursi, Arasy, Luh Mahfuz dan kalam yang sabit nasnya di dalam al-Quran.
Ingkar kerasulan rasul-rasul atau kenabian nabi-nabi
Ingkar mu'jizat al-Quran yang berkekalan hingga ke hari kiamat
Memperolok-olok atau mengejek-ejek sesuatu hukum yang sudah jelas diketahui dalam agama Islam
Melahirkan kebencian dan kemarahan ketika menyebut dan mengingati Allah dan rasul-Nya, atau ketika dibacakan ayat-ayat Quran, atau membincangkan sesuatu hukum agama, atau ketika berdakwah bersabit dengan agama Islam
Isnin, 13 Februari 2023
Lama Juga Menyepi
Sudah berapa tahun sudahku tinggalkan dunia blog ini.. Bila lagi ye untuk diaktifkan kembali... mungkin dengan topik kehidupan harian.. Entah la.. huhu
Rabu, 20 Mei 2020
Pembelajaran Atas Talian bersama Google For Education by GEG APAC CONNECT (Bahasa Malaysia)
Jumaat, 15 Mei 2020
Baca Buku Untuk Rekod SPLKM- LDP
- Buka laman web SPLKPM Klik Link Ini Website SPLKPM
- Log masuk ke akaun individu.
- Klik Pembelajaran Kendiri > Senarai Pembelajaran Kendiri > Pembacaan buku > Tambah Aktiviti.
- Isikan data yang diperlukan dan klik “SIMPAN”.Ok siap bahagian online
- Borang sinopsis individu, boleh ambil di link ni. Klik Link ini utk Download Borang
- Taipkan maklumat yang diperlukan.Kemudian hantar kepada SU LADAP untuk pengesahan.
Nota Google Classroom
[Kredit daripada Aziz Mahmud]
Layari Channel Youtube saya dipautan berikut :
https://www.youtube.com/channel/UCLhH1NXz-CY5DVinpBXR6Lw
Cara Pelajar Menjawab Dan Menghantar Tugasan Dalam Google Classroom
https://youtu.be/TEQm2ZxRnuM
Cara Melaksanakan Reuse Post Dalam Google Classroom
https://youtu.be/3rhox5IYhDE
Cara Membina Tugasan Assignment Dalam Google Classroom
https://youtu.be/AdvC0Lo1iPE
Membina Classroom GC
https://youtu.be/CyUzsC-SESQ
Invite Teacher Ke Dalam Classroom Kita
https://youtu.be/FXgrbKpt3lI
Invite Masuk Pelajar Guna Class Code & Email
https://youtu.be/5tsR_IaplWI
Edit Kelas Yang Sudah Dibina
https://youtu.be/QXKOWAtOb4g
Convert Upload Google Drive
https://youtu.be/DlJ4jb9zdjw
Cara Menerima Invitation CO Teacher Classroom
https://youtu.be/jygQMU-iABc
Cara Mencipta Material Dalam Google Classroom
https://youtu.be/O5OZ8Le4kok
Cara menyemak tugasan pelajar menggunakan telefon bimbit di Google Classroom
https://youtu.be/vKB_PsS54v0
Cara Setting Email @moe-dl.edu.my dan Google Classroom Dalam Telefon Bimbit
https://youtu.be/4OyS9xG07oU
Cara Import Grade Dalam Google Classroom Bersama Cikgu Shafinas
https://youtu.be/TtvzzLqJXRA
Import Quizizz Ke Dalam Google Classroom Bersama CIkgu Shafinas
https://youtu.be/hzJrNXNeZIQ
Import Soalan Dari Google Docs Ke Google Form Bersama Cikgu Shafinas
https://youtu.be/AAAuvXLgS6o
Cara Bagaimana Menaip Jawi Di Dalam Dokumen Google Docs Bersama Cikgu Shafinas
https://youtu.be/o5Cqb9MX3RE
Cara Memulakan Pengendalian Aplikasi Google Meet Untuk Sidang Video
https://youtu.be/sYgnf7BqZnc
Cara Kongsikan Paparan Screen dan Window Di Dalam Google Meet
https://youtu.be/HTwKtzK7kzM
Cara Menggunakan Jamboard Dalam Aplikasi Google Meet Sebagai Smart Board
https://youtu.be/rofeGpxLqHw
Cara Menggunakan Google Meet Dalam Google Classroom
https://youtu.be/PWlIYN3Hc94
Cara Mengaktifkan Google Meet Di Dalam Google Classroom Menerusi Telefon Mudah Alih
https://youtu.be/vryouib_d9s
Cara Setting Grid View Google Meet Supaya Nampak Semua Gambar Rakan Kita Semasa Meeting
https://youtu.be/dlsojlFgiGI
JOM SERTAI TELEGRAM RASMI : GOOGLE CLASSROOM TRAINING MALAYSIA : http://t.me/GoogleClassroomTraining
Rabu, 8 Januari 2020
Lamenya blog ni tidak ter'update'
mungkin disebabkan teknologi hari ini yang lebih maju media sosialnya menjadikan platform blog ini agak suram dipandang citizen..
Untuk kali ini ku gagahi sekadar untuk mencoret kate menghidupkan sedikit minat berblog ini..
ku perhatikan memang sudah aktif member2 yang lain..
Sekadar ingatan kepada diri sendiri...
Daripada Abu Hurairah r.a. : Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu, kemudian ia menyembunyikannya, maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka.
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)