Kita semua semestinya
ingin tahu sama ada telefon bimbit yang kita gunakan ini asli atau ciplak. Cara
memeriksa kod ini adalah cara lama, tapi masih relevan dipraktikkan bagi
sesiapa yang belum maklum akan cara- caranya. Jadi, sila perhatikan kod-kod di
bawah dan semoga kita sama- sama menjadi pengguna bijak dengan membeli barangan
tulen.
Sila lakukan langkah berikut:
1. Tekan *#06# dan tekan dail - nombor siri atau IMEI akan terpapar di
skrin telefon bimbit anda
2. Sila lihat pada nombor siri 15 angka atau IMEI telefon anda, fokus pada
nombor digit ke-7 dan ke-8.
3. Contoh 958061016411753
Sila lihat telefon anda sekarang pada no digit 7 dan 8
01 atau 10 - buatan Finland, maksudnya telefon itu baik kualitinya
02 atau 20 - buatan China atau Emiriyah, maksudnya kualiti sangat buruk
08 atau 80 - buatan Jerman, maksudnya berkualiti
00 - maksudnya ia
dihasilkan di kilang asal dan kualiti pada tahap terbaik.
13 - maskudnya telefon itu dibuat di Azerbaijan dan berkualiti rendah serta
membahayakan kesihatan
06 atau 60- buatan
China, Hong Kong, Mexico- berkualiti rendah
Kesimpulannya… telefon yang bernombor 02,20,
13, 06, 60 adalah yang kurang kualiti. Elakkan membeli
Kes yang pernah berlaku:
a) 01 atau 10 itu bukan buatan China, tetapi dari kilang asal syarikat telefon
tersebut, jadi kualitinya lebih baik berbanding buatan China.
b) Ada juga kes badan telefon itu mempunyai pelekat SIRIM, dan apabila pelekat
itu dicabut, kelihatan 'made by nokia' tapi selepas buat *#06#, nombor yang
keluar = 353504029093758.Kenapa pula ia buatan China? Bila berhadapan
dengan keadaaan ini, lebih baik anda tidak percaya kepada cop luaran telefon
itu. Hakikatnya, tulisan made in nokia itu boleh dibuat di mana- mana kilang
dan satu lagi, telefon ciplak biasanya ringan.
c) Tidak kiralah telefon jenama apa pun, kalau diSUB kan ke kilang China, ia
akan tetap asli. Tetapi bagi jenama nokia, banyak negara yang menciplaknya
padahal negara asalnya Finland. Tambahan pula, telefon buatan China berbeza
dengan yang asli iaitu bentuknya sama tetapi fungsinya berlainan.80% telefon
nokia dilengkapi sistem symbian dan yang buatan China semuanya java.
d) Kebanyakan telefon asli tulen (SE, Nokia, HTC dan sebagainya) sekarang
memang dibuat di China. Cukup mudah sebenarnya untuk kita bezakan telefon tulen
dengan yang ciplakan China berdasarkan 4 aspek berikut:
* harga - harga Iphone asli tulen dalam RM2k++ tapi Itouch (Iphone yang
diciplak) hanya RM300++
* kualiti - pegang pun kita boleh beza antara kualiti asli dengan tiruan
* operating system - nokia asli selalunya pakai symbian, tapi kalau nok'L'a
(nokia yang diciplak) pakai java
* skrin - telefon asli akan membuatkan gambar kelihatan cantik, sebaliknya bagi
telefon ciplak.
0 ulasan:
Catat Ulasan