Pages

Khamis, 30 Ogos 2012

Salam Aidifitri dan Salam Perkahwinan



Ai kad jemputan kawen pun de juga ye sempena sambutan hari raya ni.. pepun….
Tahniah lah kepada sahabat2 yang akan melangsungkan perkahwinan sempena cuti hari raya nanti. Cuma sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman perkahwinan sebagai menjadi rujukan untuk anda.

  •   Ijab dan Qabul

Untuk ijab dan qabul ini, sebelum anda bersalam dengan tok imam/wali yang akan mengahwinkan anda, cubalah Tanya dahulu lafaz qabul yang macam mane yang dikehendaki oleh tok imam/wali yang perlu anda jawab nanti. Biasanya lafaz yang digunapakai adalah lafaz kata tempatan. Walaupun sebelum ini anda pernah menghafal kata qabul ini daripada buku2 agama, terima lisan daripada mana2 ustaz/tok guru, ataupun anda pernah mendengar ceramah daripada mana2  tok guru berkaitan lafaz ini, tok imam berkenaan tetap akan berpegang kepada lafaz yang dia telah tetapkan itu walaupun kita mempertikaikannya berdasarkan keilmuan yang kita ada. Ini semua bergantung kepada tok imam itu, kalau dia jenis terbuka dengan lafaz ini, maka senanglah urusan kita.


  •     Solat sunat selepas kahwin

Perkara ini selalu jarang kita tengok pengantin yang buat,tetapi itulah, rugi sangat2, sebab solat itulah satu2nya solat yang belum pernah kita buat sebelum ini, lainlah kalau kita pernah berkahwin. Sebaik sahaja selesai ijab qabul tu, tak perlulah anda nak tergesa2 bersalam,bergambar dengan isteri,mak mertua dan sebagainya, terus je bangun pergi ke mana2 sudut masjid (biasanya majlis ijab qabul ini di masjid), terus angkat takbir dan solat sunat. Biarlah anda dikelilingi oleh sanak saudara,melihat anda dalam kehairanan, tetapi keberkatan itulah yang kita cari.

  •      Ditanya soalan

Sebelum anda diijab qabulkan, kadang2 tok imam akan ada bertanya kepada anda soalan cepu emas. Semuanya bergantung kepada tok imam .kalau jenis yang memudahkan, maka mudahlah urusan anda. Kalau yang suka bertanya soalan ini, maka bersiap sedialah anda untuk ditanya. Pengalaman saya,sebaik sahaja saya hulurkan tangan untuk berijab qabul, tetiba tok imam sempat lagi kuarkan solan.. ei sebelum tu nak tanye pe niat mandi wajib.. tersentak juga saya.. saya pun terus menjawabnya dengan kalam bahasa arab supaya bagi sentakan balik sedikit pada tok imam dan tidak meneruskan lagi untuk soalan2 yang lain.. ai sempat lagi tok imam ni nak soal2..huhu. bagi saya memang tak bersetujulah kalau bersoal2 ni.kalau pengantin tu jenis darah mudah gemuruh,walau dia ustaz/tok guru sekalipun, pasti terus lupa ilmu2 die sebelum ni.. em

Itu sahaje kot sebagai perkongsian.. selamat hari raya dan selamat pengantin baru..


0 ulasan: