Pages

Selasa, 20 Ogos 2013

Mesir Bergolak- Dimanakah Kita?


Hari ini, sudah lebih 800 nyawa telah terkorban dalam krisis yang melanda Mesir. Pertumpahan darah berlaku di mana-mana. Sungguh kejam, tragis, pihak yang menggunakan kekerasan sebagai penyelesaian krisis. Bukan sahaja menggunakan gas pemedih mata, memukul, menendang tanpa belas kasihan, malahan turut menggunakan peluru hidup menembak insan-insan yang bergelar rakyatnya sendiri ini, tanpa mengenal erti kanak-kanak kecil, orang tua, orang yang lemah serta rakan-rakan seagama. Di manakah nilai kemanusiaan yang ada dalam diri mereka, sehingga sanggup memperlakukan orang lain sedemikian rupa? Di manakah nilai keagamaan yang ada dalam diri mereka, sehingga sanggup menzalimi rakan-rakan seagama mereka; sanggup memukul dan menembak mereka bagaikan mereka itu hanyalah seumpama haiwan-haiwan liar yang berkeliaran di sana-sini, yang boleh ditembak sesuaka hati, tanpa maruah diri sebagai seorang manusia? Dimanakah para alim ulama yang berani tampil ke depan menyatakan kebenaran dan memeperbetulkan mereka yang zalim ini? Di manakah para pemimpin negara Islam yang lain; membisu bahasa dengan isu di Mesir ini? Di manakah OIC, pertubuhan Negara-negara Islam dan peranannya? Di manakah suara-suara umat Islam di seluruh dunia yang lain; yang dikatakan bilangannya lebih separuh daripada jumlah penduduk dunia ini? Di manakah PBB?



Andaikata kita meletakkan diri kita berada di Negara yang bergolak itu, tetiba semasa kita menghadiri masjid Al-Fath untuk melaksanakan tanggungjawab Jumaat kita. Tatkala itu kita memerhatikan satu persatu rakan masjid kita gugur syahid ditembak sewenang-wenangnya, bagaimanakah perasaan kita. Lebih-lebih lagi yang turut terlibat terkorban adalah ayah kita, adik dan abang kita, malahan ibu kita. Ya Allah.. Kejamnya mereka… Ya Allah…



Ayuh sahabat-sahabat sekelian, mereka adalah saudara-saudara kita semua. Saudara sesame manusia, saudara sesame agama. Bantulah mereka, setakat mana yang kita mampu. Tunjuklah kebencian kita kepada orang yang melakukan kezaliman ini. Tahniah kepada yang sempat berhimpun di masjid-masjid, di kedutaan Mesir, menyatakan bantahan kita, ketidaksokongan kita kepada pencerobohan demokrasi ini. Biar pentadbir haram sementara Mesir ini, merasa agar tertekan dengan tekanan antarabangsa yang kita berikan itu. Dan juga paling kurang yang boleh kita buat, berdoalah kepada Tuhan agar menyelamatkan saudara-saudara kita ini daripada orang-orang yang zalim, makmurkanlah kembali Negara Mesir ini dan mudah-mudahan pemimpin mereka yang zalim ini akan menerima balasan setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan. Ameen





0 ulasan: