Pages

Thursday, January 22, 2009

Selamatkan Gaza


" Hukum syar'ie yang disarankan syariat Islam melalui pelbagai mazhab dalam keadaan sekarang (serangan rejim Zionis ke atas Gaza) adalah WAJIB ke atas umat Islam bergabung dengan bangsa (rakyat Palestin di GAza) yang dicerobohi seandainya bangsa tersebut tidak mampu melawan pencerobohan tersebut bersendirian. Orang Islam adalah umat yang satu.. Islam mewajibkan berperang semata-mata membantu golongan yang lemah"- Syeikh Yusuf Al-Qardhawi

Saudara-saudara seIslam semua,

Bantulah saudara-saudara kita di Palestin dengan apa cara sekalipun. Di sini disertakan beberapa langkah yang boleh kita ambil bersama. Antaranya :
  1. Semua khatib, pendakwah, guru dan umat Islam di seluruh pelusuk dunia hendaklah memberi pesanan kepada orang ramai supaya menguatkan ikatan dan keimanan kepada Allah taa'la. Beritahu orang ramai agar menjauhi segala maksiat kerana maksiat merupakan antara penyebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan Allah lambat menjelma.
  2. Menghidupkan kembali program boikot semua barangan syarikat-syarikat Yahudi, Zionis dan lain-lain yang membantu menguatkan Israel.
  3. Turut serta dalam semua aktiviti dan program yang memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk Islam Gaza
  4. Melancarkan kempen-kempen derma wang ringgit sama ada di peringkat individu, yayasan, syarikat, badan dan seumpamanya
  5. Membuat propaganda dan iklan secara meluas melalui media massa dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan dan kesedaran tentang isu yang berlaku di Gaza
  6. Semua persatuan hak asasi manusia hendaklah bertindak dengan segera membuat tekanan kepada proksi Zionis dan menghantar surat-surat mengutuk tindakan Zionis dan menggerakkan demontrasi dan perhimpuanan menentang Zionis.



0 comments: