Pages

Isnin, 10 Januari 2011

PESANAN UNTUK SEMUA……


PESANAN UNTUK SEMUA……
Ingatlah janji Allah:
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasik). (an-Nuur: 55)
Tetapi, kenapa Islam masih belum mendapat kemenangan sebagaimana yang dijanjikan. Adakah Allah memungkiri janji-Nya?
Sudah tentu tidak!!! Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya...
Kitalah yang perlu dipersalahkan. Salah satu prasyarat kemenangan Islam ialah KOMITED DENGAN TARBIYYAH.
Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyhur pernah menyebut;
Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah.
Maka sebab itu, sama-samalah kita memperkasakan Tarbiyyah Ar-Ruhiyyah sebagai memenuhi prasyarat kemenangan Islam sebagaimana yang dijanjikan.
MUHASABAH HARIAN
1) Qiamullail
2) Solat Fardhu Berjemaah
3) Mathurat
4) Bacaan Al-Quran
5) Menjauhi Maksiat
6) Belajar/Ulangkaji

0 ulasan: