Pages

Monday, September 2, 2013

OO 20 sen


Hari ini riuh dengan isu kenaikan harga minyak. Bukan, sejak semalam lagi. Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri pada petang semalam berkaitan kenaikan sebanyak 20 sen untuk petrol RON95 yang akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter. Kenaikan harga minyak ini sebenarnya disebabkan pengurangan subsidi kerajaan dari 83 sen seliter untuk RON95 ke 63sen seliter dan untuk diesel dari RM1 ke 80sen.


Pengumuman PM

Isu ini hangat diperkatakan dalam laman-laman sosial, surat khabar dan lain-lain. Ada yang menyokong dan ada juga membantah. Mungkin kita boleh menyalin beberapa kenyataan sama ada daripada pihak penyokong kerajaan mahupun daripada pihak selainnya.

Komen Ketua Pembangkang

Secara peribadinya saya lihat, penyokong BN ini mesti menyokong dan mempertahankan bermati-matian sebarang isu kerajaan. Sebagai contoh dulu isu PTPTN yang dibawa oleh Datuk Seri Idris Jusoh mengatakan akan menggunakan blacklist CCRIS untuk menyenarai peminjam yang engkar, penyokong BN semua menyokong,mempertahankan dan siap kutuk-kutuk lagi siapa yang menentangnya. Tetapi apabila ditarik balik, penyokong tersebut puji dan sokong pula. Pelik dan ajaib juga mereka ini.

Untuk isu ini, rasenya lebih kurang sama.. Sama-sama kita perhatikan.

Kita sebagai rakyat biasa apabila berdepan dengan  sesuatu isu itu,alangkah baiknya kita  melihat daripada pelbagai perspektif pandangan semua pihak, baik pandangan kerajaan mahu pun bukan kerajaan. Begitu juga penyokong kerajaan dan penyokong bukan kerajaan. Dari situlah melahirkan daya berfikir dalam diri kita.

 Dalam keadaan suasana hari ini, lebih-lebih lagi isu pilihanraya yang masih terasa panasnya, tetiba naik harga minyak, em memang akan ada yang terasa pedasnya.

Masihkah kita ingat sebelum pilihanraya, ada beberapa kenyataan menyatakan harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya. Dimanakah janji-janji tersebut? Rakyat melihatnya.


Beberapa link yang menarik perhatian:




0 comments: