
-->
Sesuatu amalan itu akan dikira IBADAT apabila ciri-ciri berikut dipenuhi :
- 1) Niat semata-mata kerana Allah
- 2) Didorong rasa keimanan kepada Allah
- 3) Mengikut syariat-Nya
Maka begitu juga dengan dakwah. Sesuatu amalan yang memenuhi kriteria di atas bertunjangkan konsep dakwah iaitu :

- 1. menyeru kepada kebajikan
- 2. menyuruh berbuat maaruf
- 3. mencegah daripada melakukan kemungkaran
sama ada meliputi tugas seperti berceramah, tazkirah, ziarah, buat program, panggil penceramah, buat risalah, gantung banner, buat pengumuman, lagu-lagu dakwah, jual buku, azan, susun selipar, dikir barat, laung kat blok, DJ radio, buat majalah, buat laman web, operasi cegah maksiat, tangkap penjenayah dan sebagainya adalah juga DAKWAH.
SALAM PERJUANGAN SEUMUR HIDUP
0 ulasan:
Catat Ulasan