Pages

Wednesday, December 24, 2008

Tak diSangka-sangKa

Sudah agak lame ku tidak menyapa di laman ini. Kenangan yang lampau tiba-tiba menerjah ke kotak mindaku; seolah-olah peristiwa itu sedang menari-nari dikelopak mataku. Tiada kata yang boleh ku lafazkan melainkan ucapan syukur sebanyak-banyaknya kepada-Nya; menyelamatkan jiwa yang hina ini daripada musibah yang tidak terlintas ini. Tidak disangka-sangka program Kem Anak Muda Islam (KAMI) anjuran PMIUPM yang kuhadiri itu benar-benar menjadi nostalgia bermakna padaku. Masakan tidak inilah nostalgia yang pertama kali ku rasai setelah 24 tahun dilahirkan.


Kugagahi diri untuk bangkitkan diri; terasa kaki dan tangan di sebelah bahagian kanan badanku seakan-akan tidak bernyawa. Ku tongkati dengan kaki kiriku;longlai jasadku, jika ada seekor lalat pun jikalau hinggap di badanku pada masa itu, ku mungkin tersungkur ke bumi.Lemahnya diriku. Mataku liar memerhati kenderaan dibelakangku; entah berhenti ataupun tidak. Jika tidak, sudah semestinya ku akan dihenpapnya dan mengucaplah ku di situ. Tetapi... Alhamdulillah... Ku terus mencapai motosikal silverku. Kasihan ku melihat keadaannya. Jika dia bernyawa, pastinya riuh rendah jeritannya dikala petang itu. Apakan daya. Manakan tidaknya, hampir 5,6 meter ku terserek bersamanya di MRR2 ini.

bersambung....

1 comments:

hamba said...

salam... kenapa?? deme eksiden ke??
bile?