
Hari ni saya nak bincang pasal keajaiban air.Ketika saya belajar di Darussyifa' pun ada dimasukkan sukatan pelajaran berkaitan air. Air inilah yang memberi kesan kepada pesakit dengan izin Allah. Berikut disenaraikan urutan air yang baik untuk didoakan ketika merawat pesakit iaitu:
i. Air Zamzam
ii.Air Kolah Masjid
iii.Air hujan malam Jumaat
iv. Air mineral
Sebagai contoh jika merawat pesakit yang kena gangguan biasanya bila mereka minum air yang didoakan ada macam-macam ragam yang dapat diperhatikan. Antaranya sakit-sakit di tempat-tempat tertentu, lenguh badan,ada yang tak nak buka mulut dan kena paksa minum, ada yang menjerit dan sebagainya. Antara keajaiban air ni rupa-rupanya dapat merakam percakapan kita, kalau baik kita cakap maka baiklah jadinya dan kalau jahat percakapan kita maka jahatlah jadinya.
Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.

Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.
Perhatikan!
Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan kata yang baik kepadanya.
Selain itu, jika kita sekadar menampal perkataan baik seperti ucapan terima kasih, juga membentuk molekul yang cantik. Begitulah juga jika sebaliknya.
Selanjutnya ditunjukkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah (gambar atas) dan ketika ditunjukan kata "setan", kristal berbentuk buruk dengan bola api ditengah (gambar bawah).
Contoh molekul air yang terbentuk bila dibisikkan perkataan yang buruk kepadanya
Apabila diperdengarkan muzik heavy metal :
Apabila disebut Adolph Hitler :
Aktiviti
Inilah satu keajaiban Allah s.wt yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu
diucapkan kalimah Allah s.w.t. tentulah lagi berkilaulah cahaya molekulnya. Di sini saya nak ajar satu ilmu kepada pembaca blog ini berkaitan dengan air dan diharap pembaca blog ini dapat mencubanya. Ambil

air mineral sebanyak 2 gelas dan ambilkan satu tasbih.
Untuk gelas pertama cuba bacakan kalimah Allah seperti bismillah @fatihah@yaasin dan sebagainya
a. Untuk gelas kedua cuba ucapkan kata-kata yang jahat pada air itu seperti
jahanam,celaka,sial dan sebagainya. Kemudian ambilkan tasbih letakkan diatas gelas tersebut. Insyaallah gelas yang dibisikkan kalimah Allah akan berputar tasbihnya dan gelas yang gelas yang dibisikkan kata yang jahat tidak akan berputar. Tapi dengan syarat kena"yakin".Insyaallah. Semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan. Insyaallah.
Kesimpulan Kendiri
Apabila merenungi diri kita, tahu tak diri kita sendiri terdiri daripada 70% adalah air. Bolehkah anda semua menghubungkaitkan diri kita ini dengan situasi seperti yang dibincangkan di atas? Oleh itulah mengapa baginda menekankan umatnya untuk sentiasa mendampingi ulamak, menghadiri majlis ilmu walaupun pada majlis tersebut kita tidur, mendengar Al-Quran walaupun tidak membacanya dan lain-lain lagi adalah untuk memulihkan kristal molekul air dalam diri kita supaya sentiasa membentuk dan cantik dan dikaitkan dengan kesihatan rohani dan jasmani. Sehubungan itu, marilah sama-sama kita :
- Membasahi diri dengan zikir (dari segi fizik telah dibincangkan sebelum ini)
- Mendampingi Al-Quran
- Bersama Ahli Solihin
- Melazimi majlis ilmu
- Menjauhi lagu-lagu yang keras
1 ulasan:
Salam saudara Ibnu sanusi.
Makcik mohon maaf kerana tak minta kebenaran terlebih dahulu ambil artikel Di sebalik Penciptaan Air ini dan letak di blog makcik.. namun dah terjadi.. makcik harap sangat saudara maafkan.
Catat Ulasan