Pages

Jumaat, 27 Februari 2009

Saya Makan Ulat Sagu???



Saya sebenarnya tertarik dengan iklan majalah 3 untuk siaran minggu ini, iaitu berkaitan dokumentari mengenai ulat sagu dari bumi kenyalang. Termenung daku dibuatnya. Manakan tidak terimbau kenangan lampau semasa ku sendiri berada di sana. Sudah 4 tahun ku meninggalkan bumi kenyalang ini. Air liurku tiba-tiba meleleh, membasahi hujung bibirku. Rakan-rakan Ibanku tergelak beramai-ramai. Mengunyah-ngunyah bagaikan memakan gula-gula getah. “ Akram, rasalah sedikit..”,pinta seorang rakan. Tetapi ku menolak pelawaan tu. Perasaan geli-gelimang memenuhi ruang jasadku.”Biar dok pon”, bisikku dalam hati.

Beberapa hari kemudian, ku menghadiri kuliah yang disampaikan oleh ustaz murabbiku, timbalan pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Beliaulah juga yang menandatangi sijil kursus kahwinku. Tersenyumku teringatkannya. Boleh dikatakan setiap minggu, ku memancakkan diri mendengar ceramahnya di masjid utama di sana. Berbahasakan campuran melayu Sarawak dan bahasa melayu standard, kadang-kadang memeningkan sesiapa yang berasal dari semenanjung. Alhamdulillah, ku boleh memahami percakapannya. (Sekarang ni, dah pening dah, lama tak guna)

Ku memberanikan diri bertanya ustaz berkaitan isu ini. Memang biasalah ustaz ni bertanya ku masa time kuliah, maklumlah ku ade sedikit asas dekat sekolah dulu, sebagai memperingatkan balik ilmu yang ku pelajari sebelum ini. Komunikasiku dengannya tak lah terisi dengan perasaan malu dan sebagainya. Ku dah biasa. Kadang-kadang ku menyoal, kadang-kadang dia menyoal.

Ustaz cakap kalau bab-bab ulat ni, memang ku juga tahu pasal ini (teringat daku kitab Feqah Islamiyyah,karangan kalau tak silap bekas mufti Sabah dan dalam kitab Iqna’), kalau kita makan buah dan ulat ada di dalamnya, dimaafkan bilamana kita makan secara tidak sengaja. Ini adalah kerana ruksah/kepayahan yang timbul untuk mencarinya apabila kita memakan buah.. jika termakan..dimaafkan. Tetapi apabila kita nampak ulat itu mellilit atau nampak terjulur kepala dan kita tak berusaha untuk mengeluarkannya dan terus memakannya, itu adalah HARAM. Begitu juga jika kita keluarkan ulat itu, kita asingkan ke dalam bekas yang lain, dan makan selepas itu, itu lebih-lebihlah HARAM. Begitu juga jika dikaitkan dengan ulat sagu. Ini sebenarnya pandangan ashabul As-Syafieyyah, kalau pendapat mazhab lain, Wallahua’lam.

So, sama-samalah kita mengambil pengajaran bersama. Kalau dah termakan tu, kira rezekilah. Sampaikanlah kepada mereka-mereka yang tidak mengetahuinya.


0 ulasan: