Pages

Isnin, 25 Mei 2009

Uslub Dakwah-Siri2- Uslub al – Murasalah


Uslub al – Murasalah / Cara menulis surat
( sambungan uslub dakwah)

Kaedah menulis adalah salah satu kaedah yang boleh digunapakai dalam proses dakwah dan mendidik insan. Memang diakui sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi dan khalifah-khalifah Islam selepas baginda. Contoh baginda s.a.w menggunakan kaedah pengutusan suratsurat kepada pembesar–pembesar dunia pada zamannya bagi menyeru mereka menerima Islam. Hal ini perlu dikaji dan diprakraktikkan. Baginda menyuruh para sahabat r.a untuk menulis surat untuknya dan suratsurat itu kemudiannya dihantar kepada an–Najasyi(raja Habsyah), Kaisar(Raja Parsi), Hiraqqel@Hercules (Raja Rom), Maqauqis (pembesar Mesir) dan banyak lagi. Ada yang menerima dakwah Islam seperti an–Najasyi, ada yang mengakui kerasulan baginda s.a.w seperti Hiraqqel@Hercules akan tetapi tidak menerima Islam dan ada yang menentang bahkan mencabar nabi s.a.w seperti Kisra.
Di dalam kitab Minhaj as–Solihin oleh ‘Izz al–Din Baliq(sila rujuk sendiri) ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w pernah meminta sahabat r.a menulis sekuran– kurangnya 33 pucuk surat yang akan dihantar ke dalam negara dan 29 pucuk surat yang akan dihantar ke luar negara. Kesemuanya mengandungi mesej dakwah yang menyeru mereka menerima Islam. Sekiranya tidak, mereka perlu mengiktiraf Islam sebagai agama dan sebuah kerajaan berdaulat di samping membayar jizyah. Sekiranya mereka enggan dan menentang Islam, maka gerakan futuhat (pembebasan) akan dihantar ke negara tersebut sehingga tunduk kepada Islam.
Uslub penulisan surat adalah salah satu cara yang praktikal dan boleh dicontohi. Namun penulisan tidaklah terhad kepada surat sahaja bahkan boleh dimanfaatkan teknologi terkini seperti media cetak, media elektronik, sistem pesanan ringkas (SMS), internet, 3G dan sebagainya. Umat Islam perlu berusaha lebih memandangkan kaum non – Muslim sudah lama mempraktikkan cara ini bagi menyebarkan dakyah batil mereka.
Juga termasuk dalam penulisan ialah penulisan blog. Namun kita melihat ramai pendakwah yang menggunakan blog dan lebih menumpukan kepada kisah hidup dan diari mereka. Malangnya…

Erm… menjadi persoalan kepada diriku bilamana ku nak post pe2.., buat blog ni untuk diari ke atau dakwah…

0 ulasan: