Pages

Khamis, 11 Jun 2009

BI mesti lulus..


Isu ini hangat diperkatakan apabila timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengungkapkan kata awal untuk mewajibkan setiap pelajar lulus BI sebagai prasyarat melayakkan mendapat sijil lulus SPM. Masing-masing mempunyai pandangan berbeza. Apabila diteliti, memang isu ini ada pro dan kontranya.
Secara realitinya, apabila isu ini dibangkitkan, kita perlu jujur dengan keadaan masyarakat, bangsa dan Negara kita sendiri. Memang kalau kita sekarang ini adalah orang akademik ataupun sudah melepasi alam persekolahan dan alam peperiksaaan dengan keputusan yang agak baik, kita akan menyokongnya isu tersebut bilamana kita melihat di situ akan menanam semangat motivasi yang tinggi dikalangan murid untuk berjaya dan sekaligus menguasai bahasa Inggeris. Kita juga tidak menolak perasaan murid-murid takut untuk gagal SPM dan berusaha untuk melepasi pangkat kelulusan sekurang-kurangnya juga membantu penguasaannya.
Apapun, kita kena melihat kepada keseluruhan masyarakat dan rakyat. Dengan keadaan subjek bahasa Melayu yang diwajibkan lulus sebelum ini pun masih ada yang gagal, dan yang gagal itu adalah bangsa Melayu kebanyakkannya tanpa menafikan yang bangsa yang lain turut terlibat. Itu untuk subjek BM. Hal ini banyak terjadi di kawasan pedalaman dan tidak dinafikan juga di kawasan bandar. Kalau anda sekalipun berada di kawasan bandar, cuba anda buat tinjauan sendiri atau bertanya kepada guru-guru di sekolah-sekolah berdekatan dengan kawasan anda, masih lagi ramai yang gagal dalam SPM dan menunjukkan keperatusan yang rendah.Kalaulah bahasa Inggeris pula.
.
Saya juga melihat seolah-olah wujudnya konsep kapitalisme dalam isu ini seperti “konsep orang yang kaya akan bertambah kaya, manakala orang yang miskin akan terus miskin”. Bilamana orang di bandar dengan keadaan ibubapa dan masyarakat yang sentiasa terdedah dengan persekitaran bahasa Inggeris dan menggalakkan penguasaannya agak banyak membantu berbanding yang di luar bandar yang kurang dukungan daripada keluarga, teknologi maklumat dan masyarakat, lebih-lebih lagi membebankan. Andaikata semua subjek si anak desa ini lulus kecuali bahasa inggeris, kesiannya sebab terpaksa bayar yuran peperiksaan dan ambil balik subjek ini tahun berikutnya dan mungkin kegagalan ini menimbulkan demotivasi untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ada juga desas-desus yang mengatakan kenapa nak wajibkan bahasa Inggeris, kenapa tidak pelajaran agama diwajibkan dengan keadaan masyarakat yang tunggang-langgan berkaitan agama sekarang ini... Erm... betul juga tu... setuju benor2...
Apa-pun semuanya bergantung pandangan rakyat untuk menilainya...




0 ulasan: