Pages

Sunday, June 14, 2009

Buat Yang Tersayang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Anak-anak didikku tersayang...

Sedarilah dan fahamilah...
Sesungguhnya apa yang cikgu lakukan ini adalah semata-mata untuk membina serta mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dikalangan anda bahawa sesungguhnya anda semua mampu Berjaya dan boleh Berjaya dengan cemerlang lagi gemilang dalam peperiksaan yang anda bakal duduki nanti.

Ketahuilah olehmu,
Sesungguhnya kejayaan tidak datang bergolek,
Kejayaan memerlukan pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh,
Kejayaan memerlukan pengurusan diri yang betul,
Kejayaan memerlukan penguasaan teknik belajar yang betul,
Kejayaan memerlukan pengurusan masa yang betul dan bersistematik,
Kejayaan memerlukan restu dan keberkatan.

Oleh itu,
Berjanjilah pada diri anda,
Akan kugegarkan sekolahku, SMK Kampong Jawa ini,
Akan ku buktikan pada diriku, kedua ibubapaku, guru-guruku serta rakan-rakan seperjuanganku,
Aku tidak bodoh, aku tidak malas, aku tidak nakal,
Sebenarnya aku pelajar yang berdisiplin,

Aku boleh Berjaya,
Aku mampu mendapat kejayaan dalam setiap peperiksaan yang ku tempuhi, Aku mampu mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, Aku sesekali tidak merelakan kegagalan.

Bayangkanlah,
Tidakkah anda gembira mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti?
Tidakkah anda bangga membawa pulang serangkaian markah A untuk ditunjukkan kepada kedua ibubapa anda, melihat senyuman gembira dan mendengar ucapan tahniah daripada datuk, nenek, abang, kakak dan adik-adik anda?

Tidakkah anda ingin mendengar teriakan dan pujian daripada rakan-rakan seperjuangan dan guru-guru anda?
Ini sebenarnya merupakan satu kegembiraan dan kejayaan yang amat besar dalam sejarah perjuangan dan hidup anda.

Ketahuilah, Islam melarang keras umatnya berputus asa. Sikap berputus asa tiada dalam kamus seorang pejuang Islam. Pelajar yang sering berputus asa lebih mirip kepada tiruan dan ikutan syaitan. Bagaimana anda mahu berjaya, kalau sesudah mencuba tetapi gagal dan tidak mahu mencuba lagi kerana putus asa. Gagal dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah gagal. Gagal di sini bermaksud sekadar belum berjaya. Ia merupakan formula untuk menuju ke matlamat kejayaan.

Tiga formula untuk difikirkan,
  1. Matlamat + kesungguhan = Kejayaan
  2. matlamat – Kesungguhan = Angan-angan
  3. Kesungguhan – Matlamat = Kerja Sia-sia
Akhirnya setelah belajar, berusaha, mencuba dan berikhtiar bersungguh-sungguh, serahkanlah segala-galanya kepada Allah SWT untuk menentukannya. Dekatkan diri dengan Allah, tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Insya Allah, berkat gigih berusaha dan mendapat restu, anda akan berjaya dengan cemerlang lagi gemilang di dalam peperiksaan nanti.

Sekian.

p/s: terima kasih kepada yang bagi hadiah sempena hari guru tempoh hari.. tak sangka pulak, saya taknak list kat cni,.. cuma kadang2 saya rasa confius betui dengan pelajar pompuan ni, awat bagi bunga kat saya, de yg kirim salam bbrap kali la.. ish.. dah lah saya ni bujang lagi... de makna di sebalik ker?.. ish2..
Gurau jelah.. :-)
Thanks..


5 comments:

fazli_kz said...

Salam..hohoho..cikgu akre oi...jange ayat bebudak sekolah...bahaya...hahaha..amacam pun...bagus3...

pemburu bayang said...

aiii!!jtuh cinta ngn bdk skoloh ke??berat wokyoh!!haha

ذاكية احمد said...

amboi...ramai peminat rupenya..
jagi lah cikgu yang baik ye..

Aremaf said...

demo tau dop bkpo bdak2 tu bui bunga ko demo? sbbnya demo ni KB...hohohohoho

Ibnu Sanusi said...

untuk makluman semua,saya bagi surat layan ni secara hardcopy, ni sebenarnya salinan untuk dikongsi bersama warga siber yang lain, memang banyak perubahan berlaku selepas saya mengedarkan surat ini kepada anak didik saya... erm..