Pages

Jumaat, 5 September 2008

AWAS…Jangan tertipu…



Kehadiran bulan Ramadhan memang ditunggu-tunggu oleh setiap jiwa yang merdeka; merdeka daripada 
hawa nafsu dan perhiasan dunia. Masing-masing berlumba-lumba melaksanakan amalan kebajikan baik yang bersifat khususiyyah ataupun sebaliknya. Kehadiran hadis-hadis yang bersifat fadhailul a’mal (kelebihan-kelebihan amal) juga banyak memotivasikan diri kitaa untuk terus beristiqamah dalam amal kebajikan ini. Memang berlakunya ikhtilaf tentang hadis seumpama ini, biasanya taraf hadis tersebut di bawah status hassan tetapi tidak dinafikan tentang wujudnya yang berstatus shahih dan hassan serta mutawatir. Boleh beramal dengan hadis sedemikian, Cuma tidak kuat untuk dibuat hujah. Ini sebenarnya tidak ada masalah, Cuma yang menjadi masalah apabila wujudnya hadis-hadis yang direka-reka. Sebagai contohnya, yang banyak tersebar di internet dalam masa terdekat. No komen dan kita sebagai yang orang berilmu perlu sama-sama menulusuri dan mendasari; sama ada benar atau sebaliknya. Bagus dari segi maksudnya, ada mesej yang hendak disampaikan, cuma....Dari segi kesahihan diragui.......



Ini adalah hadis yang diwarwarkan dalam masa terdekat:


Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Ni adalah hadis yang sebenarnya :

Maksud hadis:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]


0 ulasan: