Pages

Jumaat, 12 September 2008

Iklan...



Tidak dapat tidak, perlunya kita melengkapi dengan ilmu, termasuk juga ilmu mempertahankan diri. Kalau boleh mempelajari ilmu ketenteraan seperti penggunaan senapang, M16, kereta perisai dan sebagainya juga adalah baik sebagai salah satu persediaan “tarbiah jihadiyyah” dalam melengkapi kekuatan dan menakutkan musuh-musuh Allah.
 


Walaubagaimanpun, andaikata tidak berkemampuan untuk mempelajari ilmu ketenteraan, tetapi sekurang-kurangnya belajar ilmu mempertahankan diri yang biasa sama ada ilmu mempertahankan diri tempatan atau luar Negara seperti silat, taekwando, judo, tomoi dan sebagainya juga dikira bersedia.
Apa pun, kat sini saya nak memperkenalkan kepada kalian semua berkaitan dengan ilmu mempertahankan diri tempatan iaitu Silat. Khususnya ialah silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia


Kelebihan:
  • Isi luar ilmu ini adalah silat dan mempertahankan diri, tetapi pada masa yang sama, mengenal Allah yang Esa
  • Menolak benda-benda yang mencarik adat yang boleh dilatih dan dipertontonkan. (yang mencarik adat; mukjizat, karamah, maunah,istidraj dan sihir)
  • Mudah dipelajari
  • Boleh tamat belajar dalam masa 7 bulan sahaja
  • Gerak silat adalah mengikut gerak manusia normal yang bersifat khalifah berbanding kita meniru geraklaku haiwan
  • Asal silat ini adalah warisan panglima Kedah; andaikata berlatih betul-betul boleh mengalahkan sebarang ilmu mempertahankan diri yang lain

  • Silat beladiri bukan silat tarian kahwin dan seumpama dengannya
Maltamat Utama :
  • Untuk mendaulat silat Melayu yang betul-betul asli

  • Untuk membasmi dan menentang segala bentuk kefahaman ilmu ghaib, tahyul dan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan agama Islam

Silat ini sebenarnya diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad, seorang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama tetapi pada masa yang sama mewarisi ilmu yang telah diguna pakai sejak sekian lama iaitu ilmu kepahlawanan Panglima Ismail, panglima kanan kerajaan Kedah (sila rujuk sejarah negeri Kedah). Ilmu ini sebenarnya hanya diajar oleh orang-orang tertentu sahaja, panglima dan bakal panglima dan kerabat diraja Kedah. Dari segi sejarah ringkas, Panglima Ismail telah menurunkan ilmu persilatan ini kepada Panglima Tok Rashid. Panglima Tok Rashid sempat mengajarkan ilmu ini kepada seseorang bernama Yahya Said sebelum menghembuskan nafas terakhir dengan beberapa wasiat iaitu beliau memohon kepada Yahya agar memulangkan balik ilmu ini kepada anak cucunya yang keturunan Kedah jika mereka berhajat mempelajarinya. Yahya Said adalah seorang polis dan menetap di Perak. Beliau dianggap sebagai pemegang amanah. Ilmu ini telah terpendam selama 40 tahun tanpa diajarkan oleh sesiapa sehinggalah Ustaz Hanafi mengambil balik daripada Yahya Said.

Guru-guru Ustaz Hanafi pernah menasihati ustaz agar membuka pondok daripada membuka gelanggang silat. Ustaz Hanafi mengatakan bahawa kalau buka pondok, memang tak de masalah Cuma orang-orang yang datang sudah semestinya berjiwa suci bersih. Jadi bagaimana pula mereka-mereka yang berkelakuan tidak baik, maka jalan silat lah salah satu cara mendekati mereka dan pada masa yang sama menarik mereka kepada jalan yang lurus disamping sebagai alternatif kepada ilmu-ilmu persilatan yang agak bercanggah dengan akidah seorang muslim.


Bersambung…..

Saksikan Kehebatan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia





0 ulasan: