Pages

Jumaat, 6 Mac 2009

Ku Cekik Jembalang???


Lemah longlai ku dibuatnya. Masakan tidak, asyik keluar masuk je kerjanye. Ish-ish, tension betul. Erm.. itu adalah lumrah kehidupan pesakit yang kerasukan. Walaupun kita sudah pun menyeksa begitu teruk makhluk tersebut, masih lagi berdegil; dengan memberi air doa lagi, cuba anda bayangkan bagaimana air yang panas mengelegak tiba-tiba memasuki kerongkong kita, hah cam tu lah rasanya; dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran bagaikan membakar seluruh isi kulitnya, tambah lagi sentuhan mencekik tali lehernya dengan siap tarik ke bawah ke atas lagi, fuyoo…degil sungguh. Di hati ini tiba-tiba rasa, “ish… kan daku sembelih terus je ni.. “, tapi Akram,.bersabar. Sebagai orang Islam, mana boleh kita buat cam tu, mana boleh membunuh sesuka hati, bagilah peluang, mungkin dia jahil atau diperalatkan sesiapa atau ada alasan tersendiri. Ku cuba bercakap secara diplomasi, tetapi dia tak nak membuka mulut. “Eik.. bisu ke”, fikirku.

Untuk pengetahuan anda semua, jin yang berada dalam badan kita ini adalah berbeza dari segi perangai dan watak, sama juga dengan manusia.Ada yang baik, ada yang lembut,ada yang degil dan ada juga yang jahat.Ada yang jadi ketua, ada yang jadi kuli, ada yang kuat, ada yang lemah dan sebagainya.





Ada jin yang bertitle syaitan, ada yang menggelar dirinya sebagai Iblis. Kalau bergelar Iblis, pengalaman ku, memang teruk, sebabnya dia adalah bekas ketua malaikat, pernah menjadi hamba Allah yang paling taat, alim dan dicintai-Nya, sudah tentu, dia boleh menyalahkan kita, siap memperlekehkan kita, bacaan kita… tetapi yakinlah Insya Allah kita mampu mendepaninya. Tersenyum ku mengingatkan peristiwa itu. Ku cakap,”Woi iblis, kau tak payah lah nak ajar aku baca Al-Quran, aku dah khatam 20 guru dah, kau tu yang taknak mengaku, tengok muka dah tahu,berkerut-kerut, sakit dah tu.. keluar je la…Kau nak aku baca lagi…”. Salah satu petikan kata-kataku… Malas nak sambung,.. lain kali.


Kalau jin yang degil. itulah kita sebagai manusia perlu lebih bersabar. Kita juga kena sedar, kita ini adalah makhluk yang lemah, tidak ada kuasa pun, yang berkuasa dan menyembuhkan adalah Allah s.w.t. Manusia hanya berusaha, tetapi yang memberi kesembuhan adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tuan guru Dato Haron Din pun pernah berpesan katanya kita tidak mampu untuk menarik makhluk itu keluar, tetapi teruskan dengan meminum air insya Allah jin itu akan kepanasan dan lemah maka dia akan keluar dengan sendirinya. Semasa merawat, banyakkan berdoa supaya Allah memakbulkan doa kita dan mengurniakan kesembuhan.


JANGAN TERLALU MEMAKSA SANGAT. Mungkin hari ini, dia tak nak keluar, mungkin besok wallahua’lam. Ku juga memerhatikan pesakit guruku, boleh dikatakan setiap minggu, 50% pesakit histeria adalah pesakit yang sama setiap minggu. Keluar masuk.. erm..

NASIHAT
  • AMALKAN ZIKIR SETIAP HARI,pe-pe zikir pun, mathurat atau pe-pe pun walaupun semasa uzur (perempuan) sebab zikir inilah yang akan mendindingi kita dari serangan makhluk ini. Andaikata makhluk itu sudah menghuni diri, zikir itulah yang akan membakar dan mengusirnya keluar.
  • Jauhilah maksiat kepada-Nya.

  • Taatilah perintah-Nya








0 ulasan: