Pages

Rabu, 17 Jun 2009

Main Kayu Tiga..?

Assalamulaikum W.B.T
Salam Sejahtera, Salam Perjuangan, Salam Persaudaraan, Salam Perpaduan,
Apa...Ujian? Erm.. Sudah semestinya ahli gerakan dakwah sentiasa berada di ambang ujian. Ujian ini kadang-kadang melemahkan kita, kadang-kadang menguatkan dan kadang-kadang menggugurkan kita dalam perjuangan. Ujian ini sebenarnya menjadi tapisan tuhan untuk menguji dan menilai sejauh mana keimanan dan keiltizaman kita di jalan-Nya.

Memang sudah menjadi adat dalam jamaah, seringkali kita dilabelkan dengan gambaran negatif. Kita dilabelkan sebagai ahli tidak komit la, ada masalah hati la, dan sebagainya bilamana kita tidak dapat menghadirkan diri untuk program jamaah semata-mata. Memang ada antara kita yang mempunyai alasan yang munasabah tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan umum; hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahuinya. Mungkin alasan itu berbentuk kebaikan; yang mana bagi pendapatnya tidak perlu didedahkan umum semata-mata untuk menjaga keikhlasan hati dan diri. Mungkin juga alasan itu berbentuk kesusahan dari segi kewangan, kekangan masa, urusan keluarga dan sebagainya yang bagi pendapatnya pendedahan tersebut mungkin akan menyusahkan jamaah dan ahli.

Apapun yang anda hadapi, jika anda tidak suka untuk didedahkan, biarlah menjadi rahsia anda dan tuhan. Biarlah orang lain nak labelkan anda apapun, tidak komit ke, pemalas ke, gugur dalam perjuangan sekalipun dan sebagainya, abaikan. Biasalah tu. Orang lain tidak boleh nak merasai apa yang anda rasai. Memang sudah menjadi tradisi dalam jamaah dari dulu dan sekarang, peringkat kepimpinan mahupun ahli melabelkan seumpama itu. Jangan terasa hati pula.

Cuma apa yang penting, anda tahu apa yang anda buat, ada perancangan dan ada matlamat yang jelas. Cuma jangan jadikan alasan tersebut untuk tidak melakukan apa-apa pekerjaan jamaah, lakukan setakat termampu sehinggalah kekangan itu diselesaikan. Jangan tunggu selesai 100% baru nak buat kerja-kerja jamaah.

Kadang-kadang anda mungkin tension dengan ahli jamaah kampus, dengan perlabelan tersebut dan sebagainya. Ok. Tinggalkan mereka untuk seketika. Mungkin boleh bergabung dengan cawangan-cawangan lain ataupun setidak-tidaknya lakukan amal sebagai daie di mana sahaja anda berada selagi mana bermaksud untuk meninggikan kalam-Nya dan mencapai visi dan misi jamaah. Sebagai contoh, buat usrah dengan masyarakat, berusaha ubah mentaliti tidak islami ahli keluarga, jiran tetangga dan ahli masyarakat sendiri. 

Kadang-kadang kita melihat ahli gerakan jamaah ini hanya berkisar dengan aktiviti jamaah semata-mata, datang meting dalaman, buat kerje itu ini, tetapi keluarga, jiran-jiran, masyarakat sekeliling terdekat terabai. Itu yang kita taknak.

Apapun yang berlaku pada diri anda, jangan abaikan :
  1. Hubungan dengan kekasih, Allahu Rabbul Jalil. Jangan putuskan hubungan tersebut dengan perlakuan syirik; besar atau kecil dan sebagainya serta beriltizamlah untuk mengurangkan perbuatan maksiat kepada-Nya
  2. Solat. Jangan tinggalkan solat secara berjemaah; sekurang-kurangnya mesti setiap hari tidak kurang sekali solat secara berjemaah di masjid
  3. Al-Quran. Sentiasa melazimi membacanya sekurang-kurangnya 3 muka surat setiap hari
  4. Zikir. Melazimi membasahi lidah dengannya, sekurang-kurangnya mathurat pagi dan petang
  5. Qiamullail. Kuatkan azam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, itu lebih baik
Apa yang digariskan adalah asas untuk menghidupkan hati untuk beriltizam jalan-Nya. Perkara ini memang telah diadaptasi oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan pengikut mereka dalam mentarbiah diri mereka sehingga amalan qiamullail menjadi kewajipan dan pakaian mereka setiap malam. Di tangan merekalah Islam terangkat kegemilangan. Ini adalah asas kepada kejayaan gerakan Islam.
Semoga coretan ini menjadi teguran bersama, termasuk diri ini.

p/s: tajuk, tak de kena mengena dengan isi pun, tarikan semata-mata.

2 ulasan:

Annur_syahmah berkata...

salam,tahniah,satu kupasan yang menarik,i`m agree with you,kadang2,itulah realiti..lain orang,lain caranya,kita xkan rasa sama macam yang orang lain rasa..mybe diam2 lebih baik dari segalanya,inilah yang harus di fahami,walauapepun,awas,ianya boleh membawa kepada kefuturan andai tidak di rawat..moga ianya tidak menjadi satu alasan untuk meninggalkan perjuangan yang suci ini..di mana bumi di pijak,di situ islam di junjung,walaupun mybe wadah or wasilah yang berbeza, namun,perjuangan yang satu,matlamat yang satu,cita2 yang satu...insyaAllah-erti hidup bagi yang menghayati&menghargai.

ummu-thariq berkata...

salam... wah, ucapan pembuka dah macam ucapan calon prk... Ada bakat terpendam rupanya shbt kita nih...