Pages

Rabu, 28 Mei 2008

Islam Hadhari..petikan Paper

Kelantan sudah lama tolak konsep Islam Hadhari
Lanjusoh
Wed | May 28, 08 | 1:07:47 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Mei (Hrkh) Ketika Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) memperlekehkan kerajaan Selangor menolak konsep Islam Hadhari, sebaliknya Kelantan telah lama menolak prinsip ciptaan pemimpin Umno itu.
Sejak awal lagi kerajaan PAS di negeri ini menolak konsep tersebut kerana Islam yang ada sudah lengkap dan tidak perlu kepada nama baru bagi Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, Kelantan sejak awal lagi tidak menerima konsep Islam Hadhari kerana agama Islam yang ada telah lengkap lagi sempurna.
Penambahan nama baru bagi Islam biar bagi apa tujuan pun secara jelas menggambarkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw seperti tidak lengkap dan ia juga boleh menggelirukan orang ramai.
Jadi kerajaan Kelantan menolak konsep itu sejak ia mula diperkenalkan. Lagi pun ia tidak lebih sebagai satu agenda politik pemimpin Umno bagi mengekang kebangkitan PAS, katanya di sini.
Kelmarin kerajaan Selangor menolak secara terbuka konsep tersebut dan menegahkan masjid dan surau di negeri terbabit menyentuh mengenai Islam Hadhari termasuk dalam khutbah.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali memberitahu negeri itu mahu kepada ajaran Islam sebenar dan bukannya Islam Hadhari.
Ekoran kenyataan itu Ketua Pengaran Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dilapor menyifatkan tindakan kerajaan Selangor sebagai sesuatu yang merugikan penduduk negeri terbabit.
Manakala Yang Dipertua Yadim, Datuk Mohd Nakhie Ahmad pula menganggapkan sebagai perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara dan orang Melayu.
Berdasarkan kepada kenyataan kedua-dua tokoh tersebut ramai menyifatkan tindakan mereka sebagai terdesak bagi mempertahankan jawatan masing-masing dan bukannya mahu mendaulatkan Islam.
Mereka bermati-matian cuba mempertahankan Islam Hadhari kerana tahu Perdana Menterilah yang melantik mereka ke jawatan yang bergaji besar sekarang dan bukannya ikhlas mempertahankan Islam, kata seorang guru agama.
Dr Fadzli yang juga Adun Temangan berkata, konsep Islam Hadhari sudah diketahui umum gagal biar pun kerajaan persekutuan terpaksa membelanjakan banyak wang bagi membawa satu aliran baru kepada orang Melayu.
Katanya, bukti yang jelas dapat dilihat apabila ramai orang Islam dan bukan Melayu menolak Umno pada pilihan raya umum lalu, yang mana sekaligus menggambarkan mereka menolak konsep ciptaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mufti Perlis secara terang-terangan menjelaskan konsep Islam Hadhari cukup menggelirukan dan mengapa pula pegawai kanan Jakim dan Yadim cuba menegak benang basah.

Sepatutnya mereka mengeluarkan kenyataan berpangkal kepada hati nurani yang ikhlas dan bukannya kelihatan ada perkara lain yang mahu dipertahankan, ujarnya.
Oleh itu beliau berkata, kerajaan Kelantan menyokong penuh langkah dibuat kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang secara jelas menolak konsep Islam Hadhari. - mj

0 ulasan: