Pages

Jumaat, 16 Mei 2008

Sedikit Kongsi Kenangan


BELAJAR DI DARUSSYIFA

Sedikit pengalaman yang saya hendak kongsikan di sini, bukannya niat hendak tonjolkan diri tetapi sebagai perkongsian dan tambahan maklumat kepada sahabat-sahabiah yang dikasihi sekelian. Sejak saya berada di kawasan berdekatan Bangi ini, terlintas di fikiran tentang kewujudan Darussyifa, tetapi tidak tahu dimana dan tidak tahu punca bagaimana untuk mengahlikan diri kat situ. Alhamdulillah, akhirnya terjumpa dengan izin Allah. Ini adalah sedikit maklumat untuk sahabat-sahabat yang berminat seumpama itu juga. Sebenarnya niat untuk berguru dengan Tuan Guru Dato' Harun Din ini telah berputik sejak darjah 2 lagi bilamana bermulanya meminati dan menatapi buku perubatan yang telah ditulis beliau. Buku tersebut adalah milik ayahandaku. Ku tatapi buku tersebut dan kubacanya berulang-ulang kali, ada sedikit beramal tetapi masa itu kefahamanku telah diserlahkan tentang wujudnya keberkatan ilmu dan menguasai ilmu adalah setelah diijazahkan dan diizin oleh guru terlebih dahulu. Disebab itulah, ilmu yang ku pelajari itu hanyalah sekadar ilmu didada tanpa di praktikalkan.

Tanpa sewenang-wenangnya ku terjumpa seorang senior yang sedang belajar kat sana. Di situlah ku dapatkan maklumat dan ku minta dia daftarkan ku ke kuliah perubatan Darussyifa. Darussyifa akan mengambil pelajar barunya setiap awal Januari, borang akan dibuka pada bulan November dan akan ditemuramah pada bulan Disember sebelum dipersetujui untuk dilantik pelajar Darussyifa. Alhamdulillah ku harungi temuduga tersebut dengan hati yang selesa. Persoalan banyak ditimbulkan oleh salah seorang ustaz kat sana baik dalam aspek qiraah, feqh, akidah, dan sedikit tasawwuf. Ini semuanya bergantung kepada penemuduga tersebut.

Saya ringkaskan cerita, selama mana setahun saya belajar di sana, setiap malam Isnin saya ikuti kuliah Tuan Guru dan pagi Selasa jika berkelangan, pergi ke sana tengok bagaiman Tuan Guru mengubat, akhirnya saya di ujiankan, ditasmi' dan diijazahkan sebagai salah seorang perawat. Walaubagaimanapun, Tuan Guru berpesan agar menambah pengalaman dari semasa ke semasa dalam memperkasakan ilmu yang saya dapati ini.

Kalau saya hendak kongsi pengalaman merawat orang ni, memang ada. Pernah merawat seorang yang selalu diganggu jembalang pada setiap malam hari, kaki ditarik, terlihat bayangan sehinggakan tidak boleh nak tidur dan perlu de teman sentiasa. Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Berkuasa sembuh. Pernah rasa berputus asa bilamana merawat rasukan daripada makhluk Allah bergelar Iblis. Kalau syaitan, itu biasa dan bersifat lemah. Iblis ini dia lain, bekas Ketua para malaikat, akhirnya si dia keluar tetapi diri ini merasa tersungkur dan lemah dan rasa tak nak dah nak merawat orang. Tapi alhamdulillah, besok tu telefon ustaz kat Darussyifa dan dia memeotivasikan dan memberi sedikit nasihat. Gah bertenaga kembali. Itu adalah sedikit pengalaman untuk dikongsikan. Mungkin lain kali yang selebihnya.

Itu adalah sedkit ceroten daripada saya. Saya mengharapkan agar sahabat-sahabat yang berkelapangan, belajarlah ilmu ini. Terasa terlalu rugi jika kita berkesempatan, tetapi beralasan malas, tidak berminat dan sebagainya. Begitu banyak masyarakat yang bergelumang dengan perubatan-perubatan bomoh yang jauh terpesong daripada ajaran-Nya yang sebenar. Andaikata ilmu ini kita kuasai, sekurang-kurangnya kelurga kita, jiran tetangga dan mereka yang berdekatan boleh terhindar daripada bahaya kesyirikan ini.


Salam. Moga-moga sedikit perkongsian ini mendapat manfaat kepada sahabat-sahabat.
terima kasih


0 ulasan: