Pages

Tuesday, March 17, 2009

Ditindih Hantu Dari Pandangan Sains Moden


Apa yang ingin kita bincang bersama adalah berkaitan fenomena yang dikatakan dihempap oleh hantu sehingga tidak terbangun. Memang perkara ini sudah banyak berlaku dalam masyarakat kita, kita sendiripun mungkin pernah mengalaminya. Apa pun ini adalah hasil kajian beberapa saintis barat berkaitan fenomena ini. Susah juga untuk kita menafsirkan kebenaran yang sebenar berkaitan isu ini. Cuma boleh kita ambil sebagai ilmu pengetahuan kajian sains moden yang dihebohkan di peringkat Barat. Kebenarannya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Dari pandangan saintis Barat, fenomena hempap/tindih dikenali sebagai ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis atau dalam Bahasa Melayunya ialah ‘lumpuh waktu tidur’ keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).

Temporary Paralysis ini selalu berlaku pada waktu permulaan hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk peringkat tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kan sekejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). Jadi, ketika ini dipanggil REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, pernafasan dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.

Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.

Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dan lain-lain..) Sebab tu kita rasa macam kita kena himpit hantulah, bunyi mengilailah dan sebagainya.

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-
  1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
  2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)
  3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur… penat sgt)
  4. Stress yang terlampau … masalah keluarga, cinta-cantun, kewangan dan lain-lain
  5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi berenang kat laut, panjat gunung dan lain-lain)
  6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang dengan ahli mesyuarat)




1 comments:

hamba said...

hehehe tido atas krusi.. kompen x kena tindah