Pages

Ahad, 22 Mac 2009

Kebersihan

Termenung ku seketika. Setiap helaian ku teliti satu persatu. Berbahasa Arab yang simple, benar-benar tidak menyusahkan sesiapa yang ada asas bahasa Arab untuk menelitinya. Buku 2 jilid ini dengan setiap satu bermuka surat 200 benar-benar menguji tatabahasa Arabku. Almaklumlah sudah hampir enam tahun ku meninggalkannya. Namun mataku tak lekang meneliti setiap untaian katanya.

“Assakhsiyatul Muslimi”- sakhsiah @ akhlak sebagai seorang muslim, karangan Abu Alhashimi Al-Jaaafari benar-benar menyentuh sanubariku. Masakan tidak, apabila membaca setiap bait-bait yang ditulisnya, membakar setiap jiwa yang bergelar muslim ini. Setiap patah perkataannya, seolah-olah mengetuk kepala-kepala yang mengaku muslim ini. Ku tenungi masyarakat muslim sekelilingku. Memang jauh berbeza seperti yang digariskan, Cuma ada segelintir..

Cuma satu je topic yang ingin ku perkatakan di sini adalah berkisarkan kepada soal kebersihan…

Masyarakat kita bukannya tidak tahu berkaitan kebersihan ini. Masing-masing boleh menyebut bahawa Kebersihan itu sebahagian cabang-cabang iman yang perlu disempurnakan. Tetapi bila tengok sekeliling, nampak cam orang tidak tahu berkaitan kebersihan ini adalah melibatkan keimanan... erm.....

Sedar atau pun tidak, sebenarnya Andaikata kita tidak mempraktikkan dasar ini, ini akan mencacatkan iman kita. Bagaimana mungkin kita melafazkan kalimah iman kepada Allah, mengucap dua kalimah syahadah tetapi pada masa yang sama kita menafikan tuntutan-tuntutan kalimah tersebut? Bagaimana mungkin kita menghadap Allah dengan keadaan iman yang cacat ini? Boleh ke masuk syurga ni??.....

Bercakap dengan isu yang besar-besar, tetapi isu yang kecil ni pun kita entah di mana...

Sama-samalah kita bermuhasabah. Yang baik, ambil sebagai pengajaran, yang buruk tinggal-tingalkanlah. Apa-apa pun, setiap perbuatan dan perubahan biarlah berniat kerana Allah.

Antara contoh yang berlaku dalam masyarakat kita, negara Islam:
  • lempar sampah merata-rata
    habis makan je, terus lempar sekeliling. Kalau naik kenderaan, lempar ikut tingkap kenderaan, sampah dalam kenderaan
  • Luar Rumah- sungai..Masya Allah, tepi jalan, tepi rumah, kat pejabat, sekolah, masjid pun
  • Halaman rumah dan dalam rumah-
  • pengurusan bau- baju lama dah tak basuh, tergantung kat sana sini, longkang tersumbat dibiarkan cam tu, tong sampah
  • pengurusan kebersihan diri- tandas,ish2... siap kat masjid lagi..erm..

0 ulasan: