Pages

Ahad, 8 Mac 2009

Hah.. Buat Kerje Syirik??


Daun pintu ku tolak perlahan-lahan. Bunyi krek pintu tiba-tiba mengingatkan daku dengan cerita-cerita seram suasana di rumah berhantu. Ku melangkah memasuki bilik tersebut. Kaki kanan ku goyah. Kertas kuning berframe emas tiba-tiba menyilau pandanganku. Mataku merenung jauh ke dinding, memandang tepat ke frame itu. Terpaku ku di situ.Tiada kata yang keluar dari mulutku. Perlahan-lahan ku membaca apa yang tertulis di situ.

“Sesiapa yang menggantungkan azimat ayat ini di dalam rumah, maka rumah tersebut tidak akan ditimpa sebarang musibah seperti kebakaran, kemusnahan, kecurian dan musibah-musibah yang lain”

Termenung panjang ku dibuatnya. Manakan tidak, melibatkan persoalan akidah..erm….

Komen

Memang tidak dinafikan, situasi seperti ini memang banyak berlaku dikalangan masyarakat kita sehingga hari ini. Ada yang menggantung dengan rajah-rajah, ayat-ayat dan sebagainya yang menunjukkan ada unsur-unsur memohon keselamatan dan seumpama dengannya. Cuba anda semua perhatikan contoh yang saya letakkan dalam penceritaan di atas, boleh anda terjemahkan kepada persoalan akidah yang kita pegang selama ini.

Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah mensyirikkan Allah dengan meletakkan sesuatu menyamai kekuasaan-Nya. Adakah azimat itu yang menjadikan dan menghalang sesuatu musibah?
“Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hamba-Nya (dengan tadbir dan takdir); Dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam Pengetahuan-Nya”-Al-An’am 17&18

Menggunakan sesuatu benda sama ada tangkal dan sebagainya dengan keyakinan ia dapat memberikan manfaat atau menolak kemudharatan adalah mencemari Kemurniaan tauhid kerana benda tersebut dianggap sejajar dengan kekuasaan Allah, malah mengambil alih kekuasaan Allah dalam menentukan apa yang dapat membawa manfaat dan menolak mudharat.

Apabila diteliti tentang benda-benda seumpama ini, memang banyak namanya. Bilamana mengkaji dari segi bahasa, hadis, panggilan masyarakat dan sebagainya. Ada yang dikenali sebagai Al-Tuqatan, Al-Tamaim, Al-Tiwalah, wafaq dan lain-lain.

Sedikit contoh yang masih ada dikalangan masyarakat kita. Kat UPM pun ada, Cuma tak nak ambik gambar dan letak kat sini. Fikir-fikirlah sendiri….

Huruf yang kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi isinya ternyata bukan.
Wafaq yang dinamakan tapak Rasulullah SAW yang digunakan sebagai pelindung. Ramai yang menyimpannya di dalam kereta, atau dalam beg dan sebagainya.
Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.

"Kalau dah tahu pasal ni, ambillah tindakan, buang je la kalau ada tergantung kat rumah tu. Moga rahmat Allah sentiasa menaungi"


0 ulasan: