Pages

Selasa, 10 Jun 2008

Cahaya Oh Cahaya.......

Color Vibration Therapy
Pernahkah anda dengar tentang Terapi Getaran Warna? Ataupun di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Color Vibration Therapy” ataupun di dalam bahasa Arab disebut sebagai "Qausu quzahin” . Apakah yang menarik di sebalik nama-nama ini? Sebenarnya konsep ini secara tidak sengaja saya sedari apabila diketemukan dengan izin-Nya dengan seseorang yang ahli kepada bidang pengkajian sains fizik dan kimia ini.

 Berbekalkan sifat ingin tahu yang tertanam sejak azali lagi, maka sedikit pengkongsian ilmu berlaku dengan agak sempurna. Hasilnya menanam perasaan ingin mengkaji bidang sains ini secara mendalam. Mungkin sedikit boleh saya kongsikan bersama, atas dasar untuk mengkaji kejadian makhluk Allah ini ke arah melahirkan sifat ketundukkan, kehinaan, kelemahan dan sekaligus mengakui kebesaran-Nya.

Cukup berbeza dengan apa yang telah ku pelajari dalam perubatan Islam bergurukan Dato Dr Haron Din, dan mungkin adalah salah satu tokok tambah kepada ilmuku. Alhamdulillah Ya Rabbi. Walaupun ku masih lagi bukan pelajar terapi ini, tetapi pengetahuan awal sudah cukup untukku mengagumi ilmu-ilmu perawatan alternatif yang lain. Untuk makluman, Profesor Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab adalah pengasas kepada terapi pengkajian sians fizik dan kimia ini dan sekarang mempunyai klinik di Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Terapi ini sebenarnya adalah merupakan satu seni sains alamiah yang menggabungjalinkan getaran cahaya, warna dan bunyi sebagai kunci utama penjagaan kesihatan dan rawatan pelbagai penyakit. Penerapan unsur agama juga turut diberi penekanan berdasarkan fakta dan kajian sains dan seterusnya membantu pesakit pulih secara semulajadi.

Secara asasnya, setiap individu kita ini mempunyai warna tertentu yang menaungi jasadnya dan sekaligus mendominasi perwatakannya. Apabila kita diserang sesuatu penyakit, maka berlakunya perubahan warna asal kita kepada warna yang lain di tempat penyakit itu menyerang kita. Mengikut ilmu kajian ini, terdapat salah satu daripada empat jenis warna yang menyelubungi setiap individu. Warna itu ialah bermula biru, hijau, pink dan akhirnya putih. Warna biru adalah yang paling ramai dimiliki, kemudian diikuti hijau, pink dan akhir sekali paling sedikit ialah individu yang berwarna putih. Setiap warna mempunyai kelebihan masing-masing yang telah diazalikan lagi.

Berlakunya banyak perbincangan dengan emak anak didk tuisyen ku ini, tetapi apa yang ku terkagum dan tersentak ialah berkaitan pemilihan pasangan hidup. Katanya individu tertentu tidak digalakkan untuk memilih pasangan yang mempunyai warna yang serupa dengannya. Kesannya berdasarkan kajian daripada beribu-ribu sample mengatakan kebanyakkan anak-anak yang dilahirkan oleh ibubapa yang berwarna sama, mempunyai masalah sebagai contoh lemah dalam pelajaran walaupun emak dan ayahnya adalah doctor, terencat akal, masalah kesihatan, tidak dapat anak dan sebagainya. Konsep ini lebih kurang sama dengan konsep darah positif dan negatif ibubapa.

Selain itu, pemakanan juga boleh mempengaruhi watak individu. Sebagai contoh mereka yang keterlaluan meminati makanan masam sering memperlihatkan perwatakan cemburu, tidak sabar serta sering punya rasa syak wasangka.

Renungan daripada surah Ali-Imran Ayat 191:

"(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk,atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi,(Seraya berkata):"Ya Tuhan Kami,tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksa neraka".


Semoga saya dikurniakan isteri yang berlainan warna. Walaubagaimanapun, jika sama, saya serahkan segala takdir kepada-Nya yang lebih mengetahui. Untuk makluman, warna dominan saya ialah Putih...
Bersambung.......

0 ulasan: