Pages

Monday, June 9, 2008

ISU SEMASA......minyak naik ke naik minyak???

Sedikit perkongsian maklumat dari pembacaan yg ingin dikongsi bersama;


Kenaikan harga minyak Malaysia merupakan satu kejutan besar kerana tidak ada negara yang berani menaikkan harga minyak sehingga 78 peratus, malah Malaysia adalah negara pengeluar minyak.
Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan(termasukla h harga palet, kos pengangkutan, bahan mentah, binatang ternak, kos operasi dalam semua sektor dlm industri pembuatan, pertanian dll). Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.
Harga Petrol naik dari RM1.92 kepada RM2.70/L dan Diesel naik dari RM1.52/L kepada RM2.50/L. Adakah kenaikan itu realistik dan relevan dengan Negara kita yg cukup terkenal sebagai negara pengeskport minyak dunia?

Sama-sama kita teleti sedikit
FAKTA yang sy perolehi dari pembacaan utk dikongsi bersama.
1. JANJI TINGGAL JANJI;
Pada 25 Febuari lalu, Timbalan Perdana Menteri (TPM) menafikan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas
pilihanraya umum ke-12.

Najib, apabila ditanya wartawan mengenai khabar angin kenaikan harga minyak, menafikan dengan keras dan menyatakan bahawa kerajaan BN masih boleh menampung subsidi.

Sekarang?
2. NEGARA SUKA MEM'BODOH'KAN RAKYAT @ Suka buat perbandingan salah;

Mari kita lihat pula berapa harga minyak di negara-negara lain pengeluar minyak. Jangan kita lupa bahawa Malaysia antara negara pengeluar minyak dunia (lihat jadual di bawah).

Ertinya, apabila harga minyak dunia meningkat,
Malaysia juga akan mendapat keuntungan besar.

Sebelum ini Kabinet Malaysia seringkali membuat perbandingan dengan negara yang bukan pengeluar minyak. Sekarang anda lihat sendiri berapa banyak rakyat di negara pengeluar minyak membayar untuk seliter petrol.

Perbanding SEBENAR harga minyak di Malaysia dengan negara2 pengeluar minyak lain;

3. PERBANDINGAN DENGAN NEGARA JIRAN;
A. Thailand

Jika kita membandingkan dengan Thailand, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah. Malahan selepas petrol dinaikkan sebanyak 78 sen sekalipun, harga di Malaysia masih lagi murah.

Akan tetapi, di Thailand,
rakyatnya tidak dibebankan dengan harga tol yang mahal. Fakta: Jumlah tol yang kena bayar untuk memandu kereta dari Surat Thani yang terletak di selatan ke Bangkok. Lebuhrayanya panjang dan tidak sesak. Perjalanan mengambil masa lapan jam. Harga tol yang perlu dibayar hanyalah RM4!

Di Malaysia? Harga tol dari UPM ke Senawang pun dah cecah RM6.80! Baru sahaja 40 minit dan bukannya 8 jam.

Jika kita melihat kemudahan-kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada rakyatnya.
Harga kereta di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.
B. Singapura

Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita.
Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .
Selain itu mereka ada "pilihan". Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)
Tetapi akibat dasar "flip-flop" kerajaan kita � sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh - penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.
4. ILHAM DARI PM
PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk "PM: Get true picture of global oil price hikes" (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)
Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.
Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.
"Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang."
Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini - peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Petikan daripada
Blog A. Kadir Jasin:

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk "mendapatkan gambaran sebenar" mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.
Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).
(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)
Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.
Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.
Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.
Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.
Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.
Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah "murah" kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah �mahal� kerana pendapatan kita rendah.
Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport.
Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Picture purporting to show a tsunami striking the coast of Phuket, Thailand (or Indonesia, depending on version)
5. TSUNAMI HARGA BARANG -"Barang Naik" - Silent Killer!
Kenaikan harga bahan api sebanyak RM0.78 seliter untuk petrol dan RM1.00 seliter untuk diesel teramat membebankan rakyat.

Kenaikan ini akan membawa satu lagi tsunami kenaikan harga barangan yang begitu mendadak seumpama menjerut tali di leher rakyat sendiri.
Sebelum kenaikan terbaharu harga bahan bakar, kenaikan harga barangan sudah menjadikan dompet pengguna semakin kempis.
Dari awal tahun hingga ke pertengahan tahun, ada sahaja harga barangan keperluan harian yang naik. Bagi mereka yang berpendapatan lumayan kenaikan ini mungkin tidak begitu dirasa apatah lagi jika menggunakan 'wang plastik'!
Yang malangnya adalah mereka yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan bermukim di tengah bandar, semakin terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Kenaikan harga bahan bakar ini sudah tentu akan memberikan kesan besar kepada pengguna, khususnya peningkatan kepada kos pengangkutan.

"Begitu juga kenaikan harga bahan bakar ini akan memberi kesan jaringan kepada pengeluaran barang dan kos pengangkutan. Ini menyebabkan kos pengeluaran dan pengangkutan turut meningkat. Seterusnya ini akan menyebabkan kenaikan harga barang di pasaran," jelas Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA).

Menurut beliau, secara puratanya pengguna di Malaysia membelanjakan kira-kira 40 peratus pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan.
"Kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga bahan api ini tidak dapat tidak akan menyebabkan perbelanjaan mereka turut meningkat kepada sekitar 50 peratus.
"Harga makanan yang diproses akan naik kerana harga bahan mentah naik disebabkan kos pengangkutan yang meningkat. Oleh itu, restoran dan gerai akan menaikkan harga makanan," jelasnya kepada Bernama.
Walaupun kerajaan akan membayar balik rebet tunai sewaktu pembaharuan cukai jalan, tetapi tsunami kenaikan harga barangan yang bakal berlaku pasti melampaui jumlah rebet yang hanya diperolehi secara tahunan.


AKHIR:
Adakah kenaikan itu realistik dan relevan dengan Negara kita yg cukup terkenal sebagai negara pengeskport minyak dunia?
Sama-sama kita bincangkan.

MASA UNTUK BERUBAH??

0 comments: