Pages

Sabtu, 21 Jun 2008

SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK- Subhanallah..


Sebenarnya pendedahan ini telah lama diterbitkan dalam artikel-artikel penemuan sains beberapa tahun sebelum ini. Sama ada saudara-saudari peka dengan perkembangan semasa atau pun tidak. Walaubagaimanapun, saya merasakan tidak salah kalau kita bincangkan kembali perkara ini agar dapat kita memperkasakan balik keyakinan kita kepada yang maha Berkuasa.

Penemuan ini sebenarnya dipelopori oleh seorang professor fizik di Amerika Syarikat. Secara asasnya beliau telah mengkaji kewujudan cas-cas positif dan negatif di dalam jasad kita sebagai seorang manusia. Menurut beliau, dua cas elektrik ini terhasil daripada pembakaran bahan makanan kita yang ditukarkan kepada tenaga apabila kita melaksanakan sesuatu aktiviti. Selain itu, dalam proses pembakaran tenaga ini juga akan mewujudkan pertukaran cas positif dan negatif dan pada masa yamg sama mewujudkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Apabila ketidakseimbangan ini berlaku, badan kita akan merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti harian ini. Maka proses untuk menyeimbangkan cas-cas ini perlu untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal, tetapi bagaimana???

Setelah memerah otak dalam masa tertentu, beberapa teori juga telah dibuktikan yang menyatakan perlu berlaku proses sentuhan badan dalam menyeimbangkan cas-cas ini dan akhirnya professor ini terdetik kepada aktiviti harian yang sering dilakukan oleh orang-orang Islam iaitu solat. Mengapa penganut agama Islam ini menggalakkan sangat tentang pentingnya solat secara berjemaah. Ya memang tepat sekali, berlakunya sentuhan dalam irama yang konsisten berbanding aktiviti sosial yang lain. Cuma kenapa rakaat solat berubah-rubah, pagi 2 rakaat, tengah hari 4 rakaat, petang 4 rakaat, awal malam 3 rakaat dan pertengahan malam 4 rakaat. Mengapa???

Secara ringkasnya, setelah mana hasil analisis beliau, beliau telah membuat beberapa penjelasan. Untuk solat Subuh, setelah kita bangkit daripada tidur, kita merasakan segar dan sihat. Ini kerana cas-cas positif dan negatif adalah dalam keadaan yang hampir seimbang. Maka kita hanya memerlukan sedikit sahaja proses pertukaran cas untuk penyeimbangan dan memadai sekadar 2 rakaat.
Untuk solat Zuhur, setelah kita sehari bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas yang lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas yang lebih banyak.

Begitu iuga dengan solat Asar setelah mana kita menyambung balik kerja kita selepas berehat pada masa tengah hari, perlunya juga berlaku pertukaran yang lebih banyak untuk menyeimbangkan kembali cas.
Lazimnya selepas waktu Asar dan pulang daripada tempat kerja, kita tidak lagi banyak melakukan aktiviti-aktiviti menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama, maka solat Maghrib 3 rakaat adalah sesuai jika nak dibandingkan 2 waktu sebelumnya.

Tertanya-tanya pula, kenapa solat Isyak 4 rakaat. Secara logiknya kita tidak lagi banyak melakukan aktiviti dan tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Islam mensyariatkan 4 rakaat. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya solat Isyak 4 rakkat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

"KITA BILA LAGI......”



0 ulasan: